12/31/12

setahun berlalu lagi

wah, dah 31 disember. hmm, apa macam?

tak sedar dah setahun kita dalam tahun 2012. bagaimana hidup? kalau tanya aku, aku pun tak tahu. bercampur baur. aha, kalau kau rajin kau pergilah baca dari awal tahun sampai post ni. aku tak suruh pun kau nak baca, tapi kalau nak lah. oh abaikan. aku memang hambar.

macam-macam sebenarnya yang terjadi dalam tahun yang diramalkan kiamat oleh kaum Maya. dan sebenarnya banyak lagi cerita, kalau nak dikonklusikan dalam sebuah dokumentari pun belum pasti cukup 1 hari kau nak tengok. mesti cerita nak dekat seminggu. punya banyak benda yang jadi dalam seantero dunia ni.

tapi benda yang paling besar sekali (mungkin, sebab ramai rasanya yang gembira) adalah kejatuhan rejim Mubarak, dan naik seorang ahli Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohammed Mursi memegang tampuk pemerintahan. akhirnya sebuah kerajaan diktator tumbang kepada kekuasaan rakyat dalam memilih pemimpin mereka. kembali tertegaknya syiar Islam di tanah yang terkandung sejarah Nabi Musa a.s.

dan paling besar mungkin, bumi Arab terus bergolak. nyata sekali di Syria, jelas tertancap pandangan warganegaranya yang mahukan kebebasan dari pemerintahan kuku besi Basyar Al-Assad. entahlah, kalau ikutkan mungkin maksud namanya yang belakang itu singa. tapi kalau dah macam ni, dah macam singa simpan taring. lari sana sini.

tapi benda yang mungkin menyedihkan, serangan Yahudi laknatullah ke atas Semenanjung Gaza. ya, kalau kalian sedar, serangan yang menimpa rakyat Palestin di Awal Muharram lalu. banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban. sesungguhnya untuk mereka adalah syurga bagi mereka yang syahid mempertahankan nusa bangsa tanah kita!

banyak. macam-macam 2012 ni. kegawatan ekonomi di Eropah, menyaksikan Greece telah jatuh bankrap. hmm, banyak juga aku tak cakna isu 2012. banyak aku tengok pasal diri aku je. hahaha. biarlah. mohon 2013 membawa sinar baru. tak ada calon baru, hubungan baru dengan calon lama pun aku terima :)



p/s: gua rasa nak buat perjumpaan dengan follower gua yang sikit ni. hahaha. kepala anda

12/24/12

mungkin yang terakhir

assalamualaikum,

nursyifa bt basri.

apa khabar? sudah sekian lama kita tidak bertegur sapa sejak dari hari itu, sejak i-innova tak silap. syifa senyap sepanjang hari itu, sampai danial tertanya, apakah danial buat salah. danial mesej syifa sepanjang hari tu, dan syifa buat tak endah mesej-mesej danial.
danial tak tahu kenapa, sampai danial dapat tahu, yang intuisi danial selama ini betul. masakan tidak, benda yang danial takutkan tejadi akhirnya. syifa sangkut juga dengan dia. mungkin orang lain tak tahu, tapi danial rasa budak ISA semua tahu mungkin. mungkin syifa yang beritahu mereka. entah.

danial tahu, syifa tak suka danial marah syifa. tapi syifa tak tahu kenapa danial marah syifa. sebab tu, masa syifa suruh danial cakap benda yang danial tak nak cakapkan tu, syifa paksa. dan danial tak tahu, lepas tu, syifa pun macam cuba menjarakkan diri, sampai syifa tiba-tiba bengang, sebab danial kacau aten. untuk pengetahuan syifa, danial tak ada sedikit pun perasaan dekat aten. danial cuma kacau dia pun. tak ada niat sikit pun nak mengorat aten. syifa mungkin tak tahu yang dia dah ada tunang, kot. mungkin, sejak tu syifa mula sukakan dia kan?

masa syifa marah danial masa tu, danial terus tak tahu nak buat apa. terus danial nak lari, dan sembunyi. tapi tak boleh. danial tak tahu kalau selama ni syifa perasan, kalau syifa dalam kelas arab bentang, danial lari. ya, danial cuba untuk membibitkan rasa benci dalam diri danial supaya lupakan syifa terus, sebab masa tu danial rasa syifa dah mula hilang kepercayaan pada danial. dan bagi danial, tak mungkin syifa berpaling lagi pada danial.

sampai satu hari tu, danial teringat hari lahir syifa. danial tak tahu kenapa tiba-tiba danial rasa nak ucap selamat hari lahir pada syifa. dan, yang tak disangka-sangka, syifa balas mesej danial. danial pun tak pasti, apa sebenarnya dalam hati syifa. marah, dendam, apa pun. dan danial minta maaf kalau masa syifa sampai ke malaysia hari tu, danial buat istikharah, dan Dia tak takdirkan kita berjumpa. dan sampai syifa di malaysia pun, danial dah mula serabutkan minda syifa. danial serang syifa dengan macam-macam soalan.

sampai hari raya. memang. danial nak sangat pergi rumah syifa, sebab kalau boleh danial terus nak jumpa mama syifa. tapi taklah sampai nak merisik, mungkin beramah mesra. masa tu, memang danial dah nak masuk pulau, tapi syifa tetap tak bagi. kalau danial tahu masa tu syifa dah sukakan dia, mungkin danial tak minta nak pergi.

danial pun tak tahu kenapa, syifa buat danial berharap. sedangkan masa tu syifa sendiri dah suka dia, kenapa? syifa cakap tengok dulu. ya, danial marah sangat sebab benda tu. syifa suruh danial tunggu syifa. dan akhirnya danial tengok sendiri harapan danial musnah macam tu ja.

sampai satu hari syifa cakap nak balik pulau pinang. syifa deactivate. lepas tu, bila syifa activate balik, baru danial dapat tahu, yang syifa dah lama suka dia. bukan apa syifa, selama ni memang danial dari dulu lagi, dari pertama kali dia post dekat wall syifa. tak tahu kenapa, yang akhirnya mesti antara salah seorang ada perasaan nanti. tengok-tengok, betul. danial tak tahu kenapa syifa sentiasa persoalkan kenapa danial kena cemburu. mungkin danial silap masa tu, danial tak terus terang pada syifa. dan mungkin lepas ni, danial dah tak tahu danial ada lagikah peluang tu.

ya, macam-macam syifa. walaupun setahun, tapi pelbagai macam kita lalui. mungkin syifa tak rasa, tapi bagi danial, setiap masa syifa luangkan untuk danial, danial sangat hargai. sampai sekarang, mesej syifa dari raya dulu danial simpan lagi. mungkin kalau sony tu tak rosak, mesej syifa ada lagi. mesej dalam telefon naim, dalam telefon hanif. banyak. dalam telefon amjad pun danial rasa ada.

syifa ingat tak lagi, aiskrim yang syifa beli masa lepas shooting dekat dataran? syifa letak sampah tu dalam poket danial. danial simpan lepas tu, tapi lepas syifa marah, benda tu danial pun tak tahu pergi mana. kipas terbang tu pun ada lagi syifa. danial tak sanggup nak buang. syifa masa tu tak reti main :)

entah syifa, danial pun tak tahu mana nak berhenti. banyak sebenarnya yang danial nak cakap dekat syifa. tapi, danial tak tahu kalau syifa faham apa yang danial nak cakap ni.

hmm, lagi lepas danial tahu yang syifa suka dia. danial memang dari dulu lagi, sejak dia main post dekat fb syifa, memang danial dah anti dia. sebab mungkin dia baik sangat. ya, nampak intim. ya, danial cemburu. ya, syifa pun tak perasan kot yang danial post gambar megi kat syifa :)

sampai hari ni, hmm. kalau kes nama syarikat tu, syifa nak tahu tak? asalnya danial bagi nama apa tahu? 'Saya Suka' Deli. nampak tak? nama syarikat tu sebenarnya masa awal-awal danial memang marah sangat. marah yang amat. ya, syifa pun tak tahu kan. sebab danial bukan siapa-siapa pada syifa.

kalau diingatkan dari dulu, mungkin danial bukan siapa-siapa. mungkin masa tu syifa belum ramai kawan, dan kebetulan syifa cuma kenal danial dengan naim. danial ingat lagi, masa syifa takut pergi ceramah ikut siapa tah, syifa tak cakap. maaf kalau masa tu, danial tak dapat buat apa-apa. sebab danial pun takut, dan danial tak dapat nak tolong syifa. tapi alhamdulillah syifa selamat.

banyak sebenarnya, syifa suruh danial masa tu tanyakan kelas mandarin yang syifa ambil semester ni. danial ingat lagi, syifa cakap, 'jangan buat benda ni sebab syifa tau?' tapi sebenarnya, danial memang buat semua benda yang syifa nak untuk syifa.

maaf kalau danial banyak cakap. memang, banyak lagi sebenarnya kalau nak diingatkan sepanjang setahun danial kenal syifa. banyak syifa banyak.

entah, mungkin danial patut berhenti disini. ya, danial tak tahu kenapa susah sangat danial nak lupakan syifa. mungkin juga sebab danial dah nekad nak tunggu syifa sejak raya hari tu. dan mungkin sebab danial sayang sangat kat syifa.

bersyukur sangat kalau syifa dapat baca ni. terima kasih sebab syifa sudi dengar luahan hati danial.

dan syifa, kalau syifa izinkan, memang danial nak tunggu syifa sampai suatu hari nanti, syifa sah menjadi hak milik dia, atau siapa-siapa. tak, ini bukan modal nak suruh syifa patah balik, tapi cuma nak beritahu syifa sepanjang setahun yang bagi syifa, 'knp ngn a year pun', sangat bermakna bagi danial.

mungkin, lepas ni, danial tak marah dah syifa.

ya, danial suka syifa sejak danial nampak syifa dalam makmal, dari semester 1 lagi. ya semester 1.

maaf nursyifa bt basri. saya sayang awak.

ikhlas yang hanya Dia lihat akannya,
muhammad danial qawiem bin azman

'nama kna bg dkt tau
[11/9/2011 3:23:58 AM] syeefachibo: nursyifa
[11/9/2011 3:24:00 AM] syeefachibo: hehe'

12/23/12

semester 3, sempurna

kini, dengan rasminya saya telah menyempurnakan pembelajaran saya dalam semester 3 kursus bioteknologi makanan. maka dengan ini saya telah pun mempelajari subjek-subjek berikut: kimia makanan, teknologi dan sains makanan, prinsip dakwah, akidah, prinsip dan pengurusan bisnes, dan subjek paling aku kecewa sekali, critical thinking and problem solving. punyalah banyak nak baca. memang dah suruh orang fikir, dah tu suruh orang baca lagi. OMG

hmm, tapi apa pun, aku dah lepas satu lagi semester dekat USIM ni. apa kau ingat duduk USIM ni, nama je universiti baru, tapi markah sama juga kalau tak belajar pun. begitulah jua kalau duduk di mana sekalipun, kalau tak usaha maka tak dapatlah apa kalian mahu. macam kau nak makan epal, tak panjat pokok maka tiadalah epal bagimu.

sekian, aku tak tahu nak cerita apa yang menarik dalam semester 3 aku ni. walaupun ada beberapa yang menarik, tapi aku tak tahu lah. kalau diikutkan dari awal semester, ada family day. meriah kot, macam biasa tiap tahun. haha, tapi peliknya, kenapa objektif program ni macam tak sampai kepada bebudak tahun 1. main futsal pun sekali je dulu. bila ajak tak ada jawapan. musykil. mungkin sebab budak biotek sendiri makin bertambah.

lagi satu, halfest. taklah berapa nak best, tapi bestnya banyak makan percuma. manakan tidak kalau dah pergi sana, tester sikit punya banyak. pusing sana, pusing sini, cekau sana, cekau sini. lagi gila, aku masuk pertandingan makan hotdog. mak kau, saiz jumbo. tak ke nak hadam dengan cepat kalau macam tu. bayangkan dalam perut kau sekarang penuh sate dengan otak-otak. lepas tu, crush kau depan mata sapot kau, tapi dalam masa yang sama dia tak bersungguh mana pun sokong. oh lagi dengan manusia yang hancurkan harapan kau suatu masa dahulu. cilakak.

entah, tapi aku tak tahu semester aku ni macam sadis yang amat. semua sebab dia. dia dia. aku tak tahu dah nak buat apa.

dah. hilang mood.

12/19/12

jawapan

tiba-tiba terasa bagaikan serpihan harapan itu mula merekah. tapi kenapa?

kata dah berhenti berharap, jadi? kenapa aku terasa dengan semua ini, kenapa? kemon, aku tak mampu nak bersandiwara kalau hal macam ni.

i do stay if you want, i'll hold to my feelings if you want, i'll wait if it deserves.

saya sendiri pun emosi tak stabil. jangan awak ingat awak seorang sahaja. awak ingat saya tak sedih? sendiri pun sakit kalau mengharap setinggi gunung. awak pun tahu, kan?

tolonglah, sebuah jawapan yang pasti. berharap sangat. saya tak mampu dah nak buat apa lagi macam dia yang buat awak jatuh hati pada dia.

saya cuma boleh menanti, seandainya itu pasti.

12/17/12

9 november 2011

patut sekarang aku tengah baca buku CTPS ni bagi habis, tapi...

saya sentiasa tunggu awak dekat twitter sebenarnya. hmm.

awak, ingat lagi 9 november tahun lepas? saya rasa, awak tak ingat pun. sebab saya pun baru sedar betapa tarikh itu begitu bermakna bagi saya. ya, mungkin hanya saya yang merasakannya istimewa. sebab pada tarikh tu juga sebenarnya saya mengenali awak sedikit demi sedikit. mungkin tidak sepenuhnya, kerana selepas itu, bagi saya detik itu tidak pernah kembali, walaupun kita bertemu hampir sepanjang hari. ya, senyuman diutus sekadar dibibir. setiap kali saya nampak awak, saya berasa gembira sangat. kerana celoteh awak seperti mewarnai hari saya. awak tak segan menegur saya. terasa saya pula yang malu-malu. haha. indahnya saat itu. tapi sayangnya, kita hanya mampu bertemu di makmal ketika itu :(

sekadar mampu mencoret hingga saat itu sahaja.

ya ALLAH :'(

12/16/12

liku noda

berbekalkan kafein aku meredah malam gelita ini. ya, aku dirundung sebuah manifestasi hidup yang aku cipta sendiri. menempuh fantasi yang direka untuk kepuasan minda dan diri, namun kecundang akhirnya kerana realiti milik Tuhan lebih ampuh menerjah kehidupan. alam maya ini takkan pernah menemui pengakhiran yang bahagia, kerana alam nyata terlebih dahulu menyapa sebelum mimpi sampai ke klimaksnya.

puas sudah aku merancang hidup yang tak mungkin menjadi nyata. mungkin aku perlu sedar, apa yang dikirimkannya melalui jalan cerita yang tiada cela ini patut aku jadikan iktibar. bekalan hidup sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. patut aku lupakan luka yang lahir dari azab sengsara mengimpikan cinta sang puteri yang mencari ilham dalam bait-bait kalam suci Yang Esa. patut juga aku buang segala memori dan kenangan yang lahir dari bibit mesra perhubungan maya.

tapi, Dia seperti memberi tanda agar aku patut terus berjuang mencapai apa yang aku kejar selama ini. aku tak tahu, kenapa pada dirinya masih ada sesuatu yang dia nampak dalam diri aku. sedangkan aku dah mencuba sedaya upaya agar dia lupakan aku. mungkin juga, ini semua angkara syaitan durjana. apakah dia sedar? dia menyukai insan lain, bukan? tapi?

entah, tapi. mungkin? aku keliru jua.


12/15/12

hanya Tuhan yang tahu

saya tak tahu kalau awak baca ni.

ya, saya ceritakan segalanya pada dia kelmarin. dan dia pun menerima seadanya. ya, sebenarnya dah lama saya pendam dekat dia. saya marah betul dengan dia sejak dari awak berkenalan dengan dia lagi. awal-awal dah nampak rapat. awak bukan tahu apa yang saya rasa masa tu. kalau saya marah awak pun tak guna, sebab saya pun belum ada apa hubungan dengan awak. ya, saya selalu marah awak dulu, sebab saya tahu, awak makin jauh dari saya lepas tu. dahlah awak hutang cerita banyak dengan saya.

saya tak tahu kalau awak baca ni. kadang memang saya berharap sangat kalau awak baca ni.

sebenarnya dia pun dah tahu awak dah lama suka dia. sejak semester lepas kan? saya pun dah tahu sebab awak pun cerita pada saya. saya tak tahulah kalau awak sendiri ada cerita pada sesiapa. namun hakikatnya begitulah. kita tak pernah tahu kalau orang yang kita suka akan suka kembali pada kita.

ya, saya tak tahu kenapa saya jadi begini. semua sebab awak, tahu? saya tahu saya banyak cakap benda tak elok. tapi biarlah. nilailah diri saya dari sikap saya. saya tak dapat beri apa-apa lagi seandainya Dia tak izinkan. ALLAH yang tentukan hidup kita. biarlah kita berjalan tanpa perlu menongkah arus. pacu langkah kehadapan seiring dengan misi hidup kita.

maafkan saya. saya sayang awak. itu saja.

12/14/12

fuck

for every fucking thing of this, I want to tell every bullshit of my life from the first semester.

as the bullshit goes on, that girl whom I met before you only give me a false, shit pieces of hopes. and fuck me for trying to keep on following her butt. I don't know why but she just don't give me some damn answers I need.

and maybe you, I also don't know why. I never have any feelings towards that girl. yes, that girl whom you think I do fell in love with. teasing is not one of the way of picking up girls. and I never ever text or have intimate conversation with her. if you do think I'm just playing around with you that take note, I don't. for fuck sake I don't know for what if I do care if you like that guy if I only just wanted to toy your feelings.

and believe me, from the start of everything you ask me to do, I DID IT BECAUSE OF YOU.

fuck me. kill me then. damn. not to say towards you. but your acts.

if these still not satisfying you, then ask me for truth and clarifications. please, if you still find me having a second chance.

1/2/34

apa ada dengan tarikh ini? ya, itu adalah tarikh ya sahabat-sahabat saya.

mesti ramai tak perasan, hari ini adalah tarikhnya. memanglah semua tak perasan sebab aku sendiri tak perasan. serius hebat kan? tarikh ni sebenarnya tarikh dalam kalendar Islam. ya, kalau kau rajin silalah tukar, kalau tak tengok web JAKIM pun ada. memang semua akan nampak hanya 12/12/12. tulah, kalau semua nak kahwin tarikh 1/2/34 ni, wallahua'lam kalau tahun depan yang kahwin pagi esok ni ingat ke tak tarikh mereka kahwin ni.

manusia, lumrahnya bukan selalu merujuk pada tarikh Kalendar Islam ni. tahu tak demo sapo buak kalendar Isle ni? haa kalau nak tahu... sila cari sendiri. aish, lupa pulak aku belajar dulu. sia-sia mama dengan abah hantar pergi sekolah agama. rosak rosak. tapi boleh je nak tahu jawapan dia. kejap gua flashback........ haa Saidina Umar Al-Khattab lah. nak tahu kenapa? hmm, nampaknya inilah masanya aku gunakan segala macam ilmu yang aku pelajari dulu. iyahaaa!


"Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untukmenggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besarJahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar danbertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi. 
Sumber : Mohd Fauzi Ismail, Unit Sumber Maklumat JMM
Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka"
sumber: http://amirulasril.com/asal-sejarah-kalender-hijrah/

haha. maafkan aku sebab aku google je faktanya.

12/12/12

berjalan blog

hmm. slide kicap aku belum siap. malas. dengan belum mandi.

huh, santai minda sebentar walaupun esok nak bentang. KELETUK KELETAK bunyi badan. ahh.

berjalan sebentar, tapi kaki tak bergerak. apakah? =.="

haha, bukan apa. cuma 'blogwalking'. ya, 'blogwalking'. tak faham? memang dasar kebabunan khoup khoup kkkhhauuu nehhh. apa kau tahu aku cakap apa ni kan? melainkan kau sama-sama melepasi alam persekolahan bersama aku.

sebenarnya aku bukan rajin pun nak tengok blog orang, walaupun banyak sangat masa terluang dibuang tanpa dihargai oleh aku. banyak masa, lempar macam tu je. memang bagus pun hidup ni. sesuka hati melepaskan barang paling berharga dalam hidup. sungguhpun kadang-kadang membaca blog ni seperti sesuatu yang mungkin tak berfaedah, tapi mengapa tidak seandainya penulis blog tersebut menyampaikan ilmu yang kita tak pernah tahu, yang kita lupa, kan?

bagus sebenarnya kalau rajin blogwalking ni. bukan apa. kadang kita cuba mencari beberapa alternatif untuk menyesuaikan diri kita dengan prasarana ilmu dalam dunia yang serba canggih. salah satu medium untuk kita mencari sedikit ilmu adalah dengan blogwalking. mungkin ilmu yang didapati kita dari blog-blog tersebut tidaklah seperti pendidikan formal yang diberi selama ini, tapi memadai sekadar menambah pengetahuan am serta sedikit 'soft-skill'. ya lah, ada kau tengok selalu orang yang menulis blog ni tulis benda yang sangat formal dan keras kematu macam batu dan kayu?

ehem ehem.

begitulah. nak menuntut ilmu pun bukan sekadar di buku, tapi ada ilmu itu dimana-mana. sedangkan sedikit peringatan dalam blog itu pun dah memadai untuk kita ambil dan aplikasikan dalam hidup. harap nak pergi majlis ilmu tu dah malas dah, walhal bukan jauh mana. aha. realitinya, bagus jugalah. ha, ni tengok siapa yang baca ni. bagusnyalah. anak siapa ni? kalau perempuan boleh tinggal nama FB ke, akaun Twitter ke, alamat blog ke kan. haha. tak pun yang baca ni sebenarnya salah cari maklumat. terima kasihlah menyinggah ye :)

p.s: aku sebenarnya baru buka blog Maria Elena sebab member cakap dia nak kahwin dah. baru blogwalking sekali dua dah eksyen aku ni. puihh!

12/10/12

minggu yang sibuk kembali

minggu yang sibuk bakal bermula. tapi aku masih berkesempatan mencuri masa melakukan perkara lagho yang selainnya. punyalah pemalas nak siapkan. tahu-tahu sahajalah kalau sekali malas tu datang, sampai ke sudah kerja tak habis. manakan tidak, buat itu ini. cakap sekejap, alih-alih berejam. tahu-tahu dah lepas 1-2 jam. kerja sekejap jadi lama. walhal semuanya dateline tak lama dah. main boleh.

tapi tu la, nak buat macam mana. susah kadang-kadang nak buat kerja ni sendirian. mesti berteman. tapi kena cari teman yang memang boleh tolong buat tugasan, dan teman yang tak berapa banyak nak fikir 'asal kerja aku siap je cukuplah, malas tolong dia'. patutnya bila kita dah buat sesama kawan, kenalah sehati sejiwa mencari penamatnya. takkanlah nak biar kawan terkontang-kanting. apa punya kawan dah.

sejak duduk rumah ni, aku pun tak tahu, apakah aku makin teruk dari semester lepas. nak kata main banyak, macam sem ni main lagi banyak sebab kelas pun kredit sikit. subjek tak banyak. masa banyak terluang dan dihabiskan dengan main game. study week pun dah nak dekat, final pun dah tak lama. tapi aku belum lagi mula mengulang kaji. macam mana entah nak buang malas ni. kemon la, jam kredit dah sikit patutnya boleh nak dapat yang terbaik, sebab dua sem aku dah teruk sebenarnya. sem lepas je pointer dah bawah dua. lepas tu ada je yang nak menangis mengaku lagi teruk. kalau mereka tahu pointer aku sebenarnya.

sem ni juga segalanya kembali terbukti. huh, bila dah sebut segalanya terbukti, memang cime back betul. hahahahahahaha.

hoi hari dah pagi, tapi belum tidur. ish.

kejadah

prenggg!

tiba-tiba deruman enjin yamaha 125z berbunyi dalam hati., bermain di minda. apa kaitannya?

entah. ya, hidup aku tak pernah berhenti dengan entah.

tiba terkenang saat aku yang didahulukan. sebenarnya kau pun tahu, yang aku suka kau. tapi kenapa?

tak habis lagi aku dengan ini.

12/7/12

malam ini, sekali lagi

assalamualaikum,

sekali lagi hendak menyatakan isi hati yang tak kesampaian. maafkan diri ini kerana melakukan segalanya. entah, masih runsing mengapa segalanya terjadi. tapi... hmm. ku tahu kau sangat bersedih, tapi jalan ini yang kau pilih. kau memaksa aku melakukan segalanya. mengapa tak kau sedar segalanya dari dulu? walaupun wajahmu sedikit tidak ku lihat tadi, namun nada lemahmu meyakinkan aku akan perasaanmu. kau tak lagi ketawa seperti dulu. mungkin tadi, sedikit pun senyum tidak terukir. mungkin. aku tidak tahu. tidak ku tatap walaupun sedikit tadi.

it is all your fault. it is yours. sorry. i try to keep these phrase but i know it doesn't have any use now.

sorry but i love you though. sorry my dear. sorry.

12/5/12

hari ini, sekali lagi

assalamualaikum,

saya takkan tahu kalau awak baca sekalipun, sebab tak akan ada bekas awak melawat. ya, sekali lagi saya menulis kepada awak. kerana disana saya amat tidak terdaya menulis segala yang berada dalam jiwa.

ya, awak kata saya telah buang awak dari hidup saya. namun sebenarnya tidak. sedikit pun tidak. tidak walau sejenak. saat ingin dilupa, makin ia mendatang. dan sekarang awak masih disini. nampak? memanglah tak nampak, kerana ia hanya mampu dirasa. tapi saya masih lagi tak tahu mengapa. kenapa? kenapa ini takdirNya?

saya sendiri tak tahu bilakah rasa ini akan terkubur. saya tak tahu. Dia yang menjadikan manusia melalui jalan hidup yang ditakdirkan.

*kalaulah ini kertas, memang aku dah keronyok. OK buat bunyi kertas.

KRSKHSKHSKHSKHKHSHKSHKK

11/30/12

lembaran takdir di hamparan dosa

"ya ALLAH, ampunkan aku. kerana cinta manusia aku leka, kerana cinta manusia ukhwahku musnah. namun Kau tahu apa yang Kau rancangkan. sesungguhnya mungkin bukan beliau dan dia, namun telah Kau catat nama sang pencintaku yang halal. 

ya ALLAH, aku sekadar memohon, namun kuasaMu lebih besar. ampunkan aku kerana tidak terdaya kedua tangan ini menadah kepadaMu meminta segala pertolongan. sesungguhnya Kau tahu apa yang ada dalam hati-hati hambaMu, seperti mana telah kau tunjukkan padaku akan isi hati dia.

ya ALLAH, moga Kau hindarkanlah aku dari bertemu pencinta halalku sebelum saatnya. biarlah ku tatap wajahnya di hadapan wali serta kedua saksi yang adil. hanya Kau yang tahu lembaran hidupku. sesungguhnya aku cuma hambaMu yang kerdil, menurut perintahMu yang Maha Berkuasa. saat ini ku tahu aku masih lagi berdosa, dan masih lagi jauh dari sebuah jalan yang Kau redhai. andai diberi kesempatan, maka Kau palingkanlah aku kembali ke lebuhraya hidayahMu.

biarlah lambat atau cepat, segalanya hanya Kau yang Maha Mengetahui."

amiin ya rabbal 'alamin

warkah untuknya

assalamualaikum,

menulis saya hari ini untuk awak yang sedang sengsara menagih cinta. tapi kenapa ya? kenapa perlu menanggung derita? saya pun tak tahu. sedih rasanya melihat awak merasa begitu. tapi saya tak tahu apakah awak melihat saya bersedih tika merasa begitu.

saya tahu, saya juga kadang kala membuat anda tersiksa, namun mengertilah, siksa itu kerana saya juga tersiksa. saya tahu awak menanti cinta darinya, namun mengapa pertu dialirkan air mata kerananya? dimanakah awak yang dulu? saya tahu awak bukan begini orangnya. perlukah awak menangis kerana cinta yang penghujungnya misteri?

ya, saya tak mahu awak ulangi apa yang saya lakukan terhadap awak. pernah jua saya tangiskan kepergian awak. saya tahu mungkin saya tidak layak untuk meraih apa yang terbuku di jiwa, tapi percayalah, perasaan ini senantiasa melanda tatkala saya sendiri kurang pasti akannya.

mungkin jua banyak perkataan yang saya lontarkan pada awak memberi kesan pada hari ini, namun percayalah, saya tahu mengapa ia terjadi.

dan hari ini segalanya berlaku. dan nampaknya tidak perlu saya berbicara akannya, kerana empunya badan sendiri tahu. namun ingin saya katakan, usahlah menyiksa diri andai ia merosak jiwa. usah mencari taufan saat badai lepas melanda.

seandainya masih ada peluang, dan ALLAH izinkan kita bersama, harap awak terima saya seadanya. saya tahu awak tak akan tahu akan ini, tapi biarlah ini sekadar luahan. jikalau Dia mahu awak melihat warkah ini, maka itulah takdirNya.

salam rindu yang tak kesampaian.

11/29/12

entah

entah mengapa aku terasa lemah.
entah mengapa aku ingin mengundur diri.
entah mengapa aku terasa sia-sia.
entah mengapa, entah mengapa.

entah mengapa kecewanya terasa
entah mengapa ia berlaku
entah mengapa aku bersedih
entah mengapa, entah mengapa

entah
segalanya kerja Dia
kita cuma menurut
menanti masa yang tiba
menuntut kita redha
menyerah dan pasrah

entah mengapa
segalanya terjadi
kerana hadir cinta dan benci
adalah kerja Dia

entah mengapa, entah mengapa

ajarkan aku Tuhan
erti redha
erti mengerti segala yang pasti
dan tidak menanti akan mimpi
moga tidak berpaling aku dari jalan ini.

11/20/12

saatnya

esok kelas pukul 10. dan aku malas nak pergi. sebab esok aku akan jumpa dia. ceh.

tapi aku malas sebenarnya sebab nak bincang pasal slide-slide Dr. Solah. dahlah dalam kuliah cakap Arab je, memang tak lah aku nak dengar. bukan pihak universiti ni tak faham, tapi mereka beranggapan dengan adanya kuliah dalam bahasa arab, maka pelajar sekalian akan dapat mengasah bakat serta ilmu ketika mempelajarinya saat tahun pertama dahulu. walhal dia tak fikir pula pelajar-pelajar yang malas dan lembab sikit bab arab-arab ni. tapi itulah, ada saja alasan yang nak dicari. kalau nak, petik jari je terus buat. hmm. hidup.

baru lepas siap slide. belum nak tidur. tak habis dengan aktiviti mencari BlackBerry second hand murah tahap murah yang tak dapat diterima murahnya oleh mereka yang murahan. dan aku terpandang tweet Nami. saja mencari The Wallflowers - One Headlight yang dia katakan. boleh tahanlah. teringat aku lagu Yellow yang Coldplay nyanyi. sedap kot. aku tak boleh lupa rentak dia. dan sampai bahagian ni, lemah terus aku dengar.


"Your skin 

Oh yeah your skin and bones 
Turn into something beautiful 
You know you know I love you so 
You know I love you so "



agaknya dia tahu yang aku suka dia lepas aku suruh dia dengar lagu 'Lafaz Yang Tersimpan'. rasanyalah. sebab lepas tu agaknya langsung dia tak balas mesej-mesej aku. memang gilalah kan dengar. dah minah tu dah suka orang lain, tiba-tiba aku suruh dia dengar lagu yang bagi aku agak berganda maksudnya (baca: double meaning). bertambahlah penafian. dan akhirnya, teka-teki terjawab. memang patut aku anti mamat tu. sebab dapat juga dia hati si gadis. aha.






hoi nak ngorat awek jepun macam mana ni? argh

11/17/12

cinta penyembuh untuk dia sang punya kelebihan (dengar rasa menyampah)

akhirnya kebenaran terbukti jua. cuma aku tak sempat nak screen capture apa yang ditulis. tapi kan, kenapa? mengapa sebuah kebenaran yang tersimpan lama, yang aku cuba korek, dia diamkan? mengelak dalam segala macam tindakan, perlukah menyembunyikan kebenaran? bukan aku tak pernah tanya. lainlah kalau aku mengambil prinsip berdiam diri. aku dah agak. ternyata apa yang aku buat sememangnya betul. alih-alih, mamat tu juga yang dapat. aku bukan apa, aku kecewa. marah. semua ada.

kalau dulu aku buat macam tu, sebab inilah. sebab apa aku marah, aku serkap jarang. bukan apa. cukup macam ini, "Saya suka dia. Harap awak faham." aku minta itu sahaja. tak lebih, tak kurang. ini tidak. mengelak fitnahlah, apalah. serius, aku bukan apa. aku cuma tidak menggemari sikapnya yang tidak profesional. aku tak marah kalau dia suka orang lain pun pada awalnya. tapi, tengoklah apa yang jadi. silap haribulan aku activate balik FB tu.

bukan payah pun. bukan susah pun. atau memang aku yang biol. entahlah.

baru nak baik sangka, dah jadi macam ni. hmm. memang bukan jodoh jugalah.

susah. bahagia memang bukan milik aku.

tunggu aku nak buat ceritalah. HAHA

11/6/12

hati dan memori

fuhh. 

memang seronok pun kan bila tugasan menggunung tapi berceloteh dalam blog juga menjadi keutamaan. masakan tidak, sepuluh kali anda menaip perkataan yang sama berulang kali, dan mengharapkan keputusan carian yang berbeza bagi memuaskan kehendak nafsu yang meninginkan kesempurnaan dalam penulisan.

berbicara tentang hati? kalaulah semudah ini tugasan.

ibarat kata pepatah, "rambut sama hitam, hati lain-lain". tapi sememangnya aku boleh tahu warna rambutnya sedangkan dia bertudung. hmm. samalah jua hati dan rambutnya, masing-masing tidak dizahirkan kepada manusia secara amnya, namun di laman maya itulah yang diluahkan. sememangnya tersembunyi seandainya insan yang dimaksudkannya itu tidak berkawan dengannya di facebook, mahupun aku yang telah membuat akaun baru. oh sudah. aku kembali perasan.

sememangnya aku tidak pasti, apakah sememangnya dia punya seseorang yang mengisi ruang hatinya? walau kadang kala dia cuba menyembunyikan segala dari pandangan mata, namun status-statusnya itu bisa menzahirkan prasangka, sama ada baik ataupun buruk. namun, kepada ALLAH aku berserah akan takdir. sungguhpun doa menggunung tinggi tapi seandainya Dia punya perancangan yang lebih hebat, siapalah kita sebagai hamba untuk mengubahnya. sudah cantik jalan cerita hidup kita diaturkanNya. bayangkan berjuta manusia didalam dunia ini, punya kisah yang tersendiri sepanjang hayat mereka di muka bumi.

memori?

entah. pahit manis masam masin. semua ada mungkin. cuma kita tak sedar betapa hidup ini telah dilakar indah oleh Sang Pencipta. memori bersama atau tidak, mengimbau kembali seaakan seperti mustahil. yang sedap kita ambil, yang tidak kita letak tepi, atau buang kalau takut dihurung lalat. ketawa bersama itu pasti ada, namun tangis dan duka sendiri merasa.






oh terbaiklah. bila aku nak siapkan ni? argh!

11/1/12

ราคาเท่าใดคืออะไร?

dah lama, hari ini baru rasa nak tulis.

lupa tarikhnya, sebab naik kereta, bukan bas. selalu kalau ada benda yang bertarikh dan ada nostalgia disitu aku akan simpan (macam tiket bas, resit membeli-belah).

dan kali ini aku bersama Apat sekali lagi berjalan ke tempat paling utara di Semenanjung Malaysia tercinta ini.

*GONGGG* Padang Besar. ini merupakan kali kedua aku dan Apat ke sana, melawat rumah Nasirah a.k.a Vidic Melayu Perempuan. sememangnya ini aktiviti yang mungkin bakal kerap berlaku selepas ini, walhal Vidic balik jarang sekali. maklumlah, belajar di mesir. barangkali ini adalah kebetulan dia balik beraya di Malaysia. setelah dua tahun lamanya aku pertama kali menjejakkan kaki di sempadan Siam, kini aku merantau kembali kesini, bertemu ahli keluarganya yang sememangnya menjangkakan kedatangan kami ini. oh ya, kali ini bukan kami berdua, tapi disertai dua lagi rakan Vidic, iaitu Sheera dan Kown. dan sesiapa pun tidak akan mengenali mereka berdua.

HARI PERTAMA

semangat aku bangun awal pagi tu. 5 pagi tepat penggera waktu berbunyi. tersentak aku dari lamunan membayangkan durian serta mempelam yang bakal menjadi santapanku. untung-untung macam dulu, dapat sekotak seorang mempelam. lazatnya tak terkata! umphh!

7 pagi Apat sampai. lama aku terpacak. boleh dia melencong makan mamak dulu. berkeroncong perut aku siapa tahu menunggu dari sebelum subuh? ah, tanpa berlengah, siap semuanya dan VROOM! bertolak ke bagan (f.y.i Butterworth = Bagan) menanti kehadiran anak dara dari sebelah pulau. sempat tapau dua bungkus nasi lemak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

3 jam lamanya mungkin, dihiasi pemandangan indah sawah padi dan ladang tebu, akhirnya Toyota Corolla hijau Apat memarkir masuk ke bawah bumbung rumah Vidic.

rehat sebentar... dan tak lama kemudian... **lost information**

haaa! pergi jitra mall, tengok expandables 2 lalu bermain boling. aku menang! sempat jugalah bercanda mesra "teruna dan dara". kena marah sebab tangkap gambar dalam pasaraya.

malamnya? menghadap makanan laut di Kuala Perlis. tak boleh lupa sambal belacan yang pedas sampai ke otak!

HARI KEDUA

seindah suria memancar menemani kami ke Chuping. khabarnya kami ke satu tempat, Puncak namanya. dulu pernah datang dengan seorang anak asuhan mak Vidic, tapi kali ini dia tiada kerana beraya di Johor. sungguh manis bila dia masih ingat akan aku walaupun dua tahun tak bertemu :) bersarapan juga disana, menyantap nasi gulai itik. boleh tahan. Vidic belanja sebungkus, fuhh!

di siang harinya sedikit, bersama pakcik Nasruddin and the Livinas (keluarga Vidic, yang adapun Alang saja) ke PADANG BESAR! melintasi imigresen sewenangnya, sebab mak Vidic salah seorang pegawainya. sempat menyambar sehelai kain batik, itupun dah lari bajet. hmm.

agaknya petang itu menyambung misi mencari jersi. Vidic hadiahkan aku Man United away musim ni, dan aku mengeluarkan apa yang terdaya untuk sehelai jersi Dortmund. namun, berbaloi :)

petangnya ke Gua Kelam, mengimbau kembali memori dua tahun lalu. ingat nak mandi namun masa tak mengizinkan.

perjalanan diteruskan lagi kembali ke Kuala Perlis, menikmati panorama indah matahari terbenam di kuala. rojak, char kuey teow dan kepak ayam menjadi juadah. nyum nyum!

HARI KETIGA

(aku tak ingat tiga atau empat hari disana)

hari terakhir sebelum kami bertolak pulang. Vidic mempamerkan aksi berani mati membuat begedil spesial untuk Apat. siap ada bentuk hati lagi, yang terkandung dalamnya kasih dan sayang seorang wanita.

lalu tibalah saat hiba antara dua insan mesra-mesraan. kami bertiga tabah sahaja melalui dugaan sebegini. namun harapan memadamkan keresahan jiwa mereka. berharap perjalanan ini akan kembali berkembara 4 tahun lagi.

tepat jam 8, kami bertolak pulang. sayu rasanya tatkala ingin pulang, kerana tak dapat pelam sekotak :(

ini sahajalah catatan ringkas seorang musafir di pekan orang. nak tulis panjang, tak terbaca pula.

tapi serius, TEH AIS PADANG BESAR PALING TERBAIK PERNAH AKU MINUM. SEPEKAT LIKAT WARNANYA, DITAMBAH DENGAN CUKUP RASA LEMAK SUSUNYA. PERGH! AIS HANCUR MEMENUHI SEGENAP PELUSUK PLASTIK.

sumpah sedap. sebab tu aku tulis macam tu.

nampaknya perlu merancang sebaiknya untuk kembali ke sana membeli-belah sakan. merancang perbelanjaan sebaiknya. ya, ingin lagi aku kesana (tapi kena tunggu lagi 4 tahun maksimum).


PADANG BESAR PHUKET CHIANGMAI!!!

10/30/12

sunyi

harapan. berharap. mengharap.

ya, itulah aku. manusia yang tak pernah kenal erti lelah dalam mengharap sesuatu yang tiada harapan untuk aku yang berharap. aku semakin celaru dalam dunia mimpi yang aku cipta sendiri. umur aku baru 20, tapi kesempitan pandangan hidup membuatkan jalan dihadapan aku gelita. pelik, kan?

5 tahun aku menunggu seseorang. dari sekolah menengah, tingkatan 3. serius aku tunggu beliau, serius. tapi satu hari, di hari yang aku rasakan melepasi ulang tahun ke-5 aku menunggu beliau, ALLAH sampaikan padanya yang masa depan aku bukanlah bersama beliau. namun aku redha, aku tahu masa depan aku sememangnya amat tipis peluangnya untuk aku melafazkan akad nikah berwalikan bapanya. aku tahu, aku tahu. tapi aku? terus menagih harapan. lama kemudia, harapan itu sendiri pudar. kerana aku mengerti, Tuhan telah tetapkan qada' antara aku dan dia beliau takkan bertemu dihujung garisan benua.

dan harapan itu berpindah pada seorang gadis yang aku kenali di sini. comel-comel orangnya. jauh ke belakang aku mengintai. tersenyum aku sendirian. dan sedikit sebanyak dia membalas senyuman dan usikan serta gurauan.

entah. rasa tak nak banyak cerita. cuma aku nak cakap yang harapan itu berpindah pada dia yang juga (mungkin) berharap pada insan lain. aku tak nak bersangka buruk, aku dah cuba sedaya upaya, tapi sepertinya aku terkadang terlepas jua perasaan.

ini sahaja yang aku mampu. mohon masih ada cahaya di hadapan. aku berharap lagi. ya, aku berharap. berharap lagi dan terus berharap. aku tak berhenti berharap. tidak. sesiapa pun tidak mampu memadamkan harapan ini kecuali Dia yang membuat aku berharap.

mengapa? kenapa aku berharap? oh, hanya ALLAH yang tahu. jalan ini Dia tetapkan untukku. Tuhan Maha Mengetahui, apa yang berlaku sebelum dan selepasnya.



hei kau. kalau dia betul sukakan kau, terimalah dia.


10/18/12

teruna dan dara bercumbu halal

tiba seorang sahabat mengajukan pendapatnya tentang kahwin awal. marah nampaknya.

walaupun aku belum lagi menempuhi ranjau yang berliku itu, aku ada pendapatku sendiri.

mungkin kita melihat perkahwinan di awal usia itu sebagai suatu perkara yang akan merunsingkan pelbagai pihak. dan perkara ini setahu aku telah lama dibangkitkan sebagai isu yang boleh dikatakan agak mega di Malaysia. pusing sikit, kahwin awal. pusing banyak pun sampai balik ke isu yang sama. memang dalam negara ni keluar satu isu, datanglah beribu kilometer sekalipun, patah balik juga benda yang sama.

ya, seorang itu mungkin tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut di usia muda, kata ibu dan ayahnya. tapi itu sebenarnya membantutkan niat seorang anak yang sudah mula untuk menjadi matang. kerana sampai bila-bila sekalipun, selagi mana ibu bapanya masih merasakan anaknya itu masih sama seperti mana yang mereka lihat ketika di tadika, sampai bila pun anak itu tidak akan keluar dari definisi keanak-anakan. kerana si anak itu sebenarnya telah tahu untuk membezakan antara yang baik dan buruk, dengan menghalalkan apa yang sepatutnya halal.

sedangkan ALLAH sendiri telah menjanjikan pertolongan untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.

`Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.’   (Surah An Nur, 24  :  32) 


jadi. mengapa perlu gusar? andai itu keinginan anak muda itu, maka mengapa ibu bapa tidak membantu anak terunanya? mungkin sebuah perkahwinan yang pantas itu mustahil, tapi dalam menyiapkan anak dalam menuju ke gerbangnya. bantuan kewangan itu pasti akan ada, datang sahaja dari segenap pintu rezeki, kerana itu janji ALLAH.

sedikit sebanyak, pada pandangan aku, ibu bapa kalau menghalang anaknya dari berkahwin adalah kerana tak nak menanngung kerenah anak-anak mereka dihari kemudian. serius tak salah nak kahwin awal. kadang ia kerana sterotaip masyarakat dari dahulu sehingga sekarang. kahwin awal, gatal. kahwin awal, miang. kahwin awal, sebab dah projek.


datang padanya! (baca: come on!)


mohon jangan salah faham. semuanya pendapat peribadi. aku pun tak minta berkahwin awal. tapi kalau itu yang terbaik, dan itu takdir Tuhan, maka siapakah aku untuk menolak? memikirkan calon, aku pun tak tahu. ALLAH sahaja yang tahu apa yang menanti dihujung jalan.

p/s: siap siaga itu penting.

10/16/12

jadah (?!)

keliru.

semakin hari dia mula bersikap terbuka, menceritakan akan perasaannya terhadap seorang lelaki. dan teka-teki kembali menyusup ke dalam minda. memerah otak mencari sesusuk tubuh yang berjaya menguis perasaan.

mungkin, lelaki itu seorang yang pernah mendiami hatinya sekian lalu.

hmm. kejadah semua ini. erk

ini bukan marah. ini cuma luahan. perasaan manusia itu seringkali berubah. hanya masa dan takdir ALLAH yang menentukan. sabar.

dan kalau saya menyakiti hati awak, maafkan saya. tidak langsung saya berniat.

10/13/12

pitih mung pitih ambo gop

wang. duit. pitih. rial.

apa lagi yang mengistilahkan sekeping kertas yang punya not tersendiri? apa lagi yang mampu menggambarkan sekeping besi yang punya nilai? ditukar ganti sehari-hari bagi memuaskan kehendak umat insani. segalanya perlu dibayar pada masa kini. katakanlah apa jua sekalipun yang diletakkan di suatu tempat lalu dipacakkan diatasnya kertas yang punya nombor-nombor yang mewakili harga material itu.

sedangkan pucuk paku pun ada nilai.

bayangkan. suatu hari nanti sebotol air secawan air kosong harganya mampu mencecah beringgit-ringgit. walhal masa kini telahpun merealisasikan impian saudagar-saudagar yang tamak harta. dan tamaknya mereka itu tidak lain dan tidak bukan akan dikaitkan dengan kenaikan harga barang oleh kerajaan. apa kes? air kosong bukannya letak gula. masakan tidak, tarif air di sekian negeri mungkin menindas (dan aku masih mencari relatif tarif air dengan air kosong yang kena cas sampai seringgit).

oh lari tajuk mungkin.

sekarang semua benda kena pakai duit. masuk tandas, minum air kosong, duduk kedai mamak pakai WiFi. tak kira apa saja benda yang dapat dilihat hasil autputnya akan dikomersialkan. sedangkan semudah alam sumbernya boleh didapatkan percuma boleh dinilaikan berkali ganda. maka akan dinamakanlah ia sebagai monopoli. haram tu cik kak sayang. eh.

bukan nak kata apa, wang kini bermaharajalela dalam kehidupan manusia. sampai terasa hidup ini langsung tiada yang percuma melainkan 'tester' di pasaraya yang hanya akan ada pada setiap hujung minggu. guna sikit, cas. ambil sikit, cas.

duhh. dunia ini penuh monopoli. duit sana sini. beli undi (oops).

jangan sampai satu hari nanti kau kena pijak maki sebab dalam poket sikit habuk pun tak ada.

jadi natijahnya? fikirkanlah.

10/9/12

dalam pertemuan ini



tapi pabila aku sedar diri
siapakah aku ini
aku bertanya sendiri
apakah akan terjadi...

*Dato' Siti Nurhaliza memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 pada 1996 melalui lagu ini, Jerat Percintaan, yang merupakan lagu single dalam album pertamanya. Juga memenangi Anugerah Lagu Balada Terbaik serta Persembahan Terbaik.

dan ku bertanya sendiri...

atas nama cinta (dan gelora nafsu yang membara)

terbaring di jalanan, merenung bintang di angkasa. agaknya sudah lama tidak aku melakukan sedemikian. terlihat berkelip bintang di awangan, bersinar megah menyinari alam. memagari bulan yang terang menyinar. kadang ku terbayang seraut wajah di balik benderangnya malam.
tapi wajah itu telah lama pergi meninggalkan aku. perginya dia kerana aku.

terkenang kembali dua tahun lalu. saat pertemuan pertama kali aku dengannya. menawan. rupawan. dan syukur tidak sawan. tiada cacat cela padanya bagiku, sungguh. ku pandang dari segenap sudut. cantik. anggun. potongan badannya tidak dapat aku nafikan. menggiurkan.

ahh. lamanya aku mengekspresikan.

gembiranya aku. setelah aku bertanyakan sedikit sebanyak soal dirinya, dia rela dibawaku pergi. alangkah gembiranya mendapat teman sebegitu rupa. lekuk badannya menawan perasaan. tak tertahan inginku ratah. namun aku bersabar. saat itu aku menumpang di teratak sahabatku.

dan sesampainya sahaja, aku terus membawanya ke ranjang. di atas, kebawah, dalam dan luar, puas ku jelajah. ahh, tidak sia-sia aku menghurungnya kemari. amat gembiranya perasaan ini. tidak ku sangka teman yang kucari mampu memuaskan keinginanku.

ya, aku masih tidak lupa lagi. 2 Disember 2010 tarikhnya. tarikh keramat penemu aku dan dia.

selang beberapa hari kemudian, entah dari mana datangnya, temanku itu jatuh dek kerana sergahan rakanku yang lainnya. berderau darahku mengalir. terasa deras pecutan adrenalin. kekasihku hampir sahaja jatuh dari tingkat empat bangunan. namun sempat ku capai, dia tersadai di hadapanku. luka di kepala dan badannya. uh, pedihnya hati ini melihat temanku ini disakiti. sedih sekali kurasakan. hampir sahaja aku ingin menjaganya dari apa jua bencana, namun takdir telah menghancurkan harapan.

tangis aku kerananya. sakitnya sakitku jua. uh.

namun dia tetap ceria. saat gembira dan dukaku. tatkala siang dan malamku. dia peneman sejati. dia pendamping abadi.

walau apa pun terjadi, dia tetap bersamaku.

hingga kini aku ke menara gading.

namun, setelah setahun lamanya, dia mula jatuh sakit. ini kerana gara-gara ku tidak meninggalkannya, saat aku berjuang mempertahankan kejuaraan, dia kecundang. dia mula tidak sedarkan diri. aku tidak tahu kenapa. apakah kerana aku menghimpitnya keras? entah. mungkin jua ya.

sebulan lamanya dia koma. akhirnya, doktor mengambil keputusan untuk membedahnya. sungguhpun perit buatku mengeluarkan belanja untuk pembedahannya, tatkala aku kekeringan punca. ibuku tidak mahu membantu, kerana ini tanggungjawabku. atas nama cinta, ku relakan segalanya, asalkan dia masih bernyawa di muka bumi ini, menemaniku hingga hari-hari terakhir nafasku.

operasi berjaya. dia kembali ceria menemaniku. tapi, sedar tak sedar, terdapat kesilapan dalam pembedahan tersebut. pandangan matanya kabur, tidak mampu melihat jelas. sarafnya terenjat, membuatkan dia tidak dapat bergerak seperti insan lainnya. tapi dia masih mengerti akan pertuturan ku padanya.

teringat saat aku membelikan pakaian untuknya. sungguh cantik. kelihatan dirinya terjaga dan terurus rapi dari sebelumnya. aku dapat merasakan cinta berahi darinya, dari setiap layanan yang diberi padaku, terserlah rasa sayangnya. bahagia terasa bagaikan syurga di dunia. ada juga aku hadiahkan pada dirinya perhiasan dan aksesori. bertambah goyah jatidiriku. biarlah, asalkan ada yang sayang.

******************

dan manusia itu cepat benar lupa.

sekali lagi ku ulangi perbuatan yang hampir meragut nyawanya. hampir sahaja aku terduduk.

sebenarnya, setelah berminggu, ia bagaikan kanser, tidak dapat dikesan di peringkat awal. saat itu, dia bagaikan rebah, disentap nyawanya. terpejam matanya, berhenti degupannya.

hilang. hilang. dia sudah hilang. pergi. pergi. pergi meninggalkanku.

walaupun dia mampu hidup dengan alat bantuan, tapi aku merelakan dia pergi.

selamat jalan kekasih.


perginya kau meninggalkan ku sepi.

Zylo. abadi dalam kenangan.

9/30/12

gerangan apa buat ku kemari?

kala mata bertemu,
saat itu terasa pasti,
kala jantung berdegup laju,
saat itu terasa berhenti,
kala lidah terkelu,
saat itu fikiran memati.

hai :)

9/28/12

back to school

back at the time I do like most of the local indie singers. and most of them were introduced by my friends. Hujan and Yuna (actually there's a lot, but I forgot) were the artists that I do hear to them a lot. Yuna's song caught my ears firstly with this song :) I heard it first on air and OMG it's so catchy! her lovely voice and beautiful lyrics do at the top of my favorite over the years.



and Hujan do rain over me. but most of the people don't like them. at some cases I do agree with them, but reversely on my thought, their song still can be a humming. 'Kotak Hati' for example, were in the charts of a popular radio station for weeks! 


*but I do admit this version was not better than the original one :(

most of success towards all musicians and artists in Malaysia!

and again I do get far away from what I'm going to write. aiyak

9/24/12

kewajipan dalam pemilihan

selasa mengundi woi!

riuh nampaknya perjalanan pelajar-pelajar di USIM tatkala PRK berjalan. calon-calon yang berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding tidak kurang hebatnya mempromosikan manifesto masing-masing yang pelajar lainnya menantikan segalanya terlaksana. dalam 48 jam kiranya masa akan tiba untuk semua warga universiti memilih calon terbaik yang bakal membawa suara siswa ke meja pentadbir. sesungguhnya semua membayangkan sejauh manakah para pemimpin ini akan melaksana segala janji-janji yang ditabur, kerana merekalah pemudah cara untuk segalanya. sebagai seorang yang boleh dikatakan bawahan, suara kami ini pastinya sukar untuk didengari, lebih-lebih lagi mereka di pihak atasan.

sesungguhnya menjadi pemimpin itu amatlah besar tanggungjawabnya. terletak dua kaki pemimpin itu antara syurga dan neraka. jadi di bahu mereka terdapat anak-anak buah yang bakal dipimpin menuju kesejahteraan atau kecelakaan selamanya. dan mereka juga akan ditanya kelak, kemanakah kamu membawa pimpinan kamu?

pasti semuanya akan melarikan diri dari memegang amanah yang bakal dipikul ini kerana tahu akan beratnya takdir yang bakal menjelma. namun mereka yang berani ini tidak dapat lari dari jalan cerita yang telah tertulis sejak azali. dan kerana KAMU mereka tidak dapat lari dari kesibukan realiti serta kesilapan dan kekurangan. maka jangan mudah melatah seandainya segala macam tuntutan tidak dapat dipenuhi. pastinya segala macam perkara sudah terlanjur dalam benak fikiran untuk kemaslahatan bersama.

dan kerana tangan dan hati yang memilih, maka akan terciptalah satu jawatankuasa yang bakal memacu Universiti Sains Islam Malaysia kehadapan!

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. [21:73]

*malam ni aku nak tulis lain sebenarnya, tapi layan saja! 

p/s: universiti lain ada GM dengan Aspirasi, tapi tak nampak di USIM. tak merasa menjadi penyokong pembangkang mahupun kerajaan.

9/17/12

jawapan

jawapan itu pada aku?

masih musykil. sedangkan sendiri aku terfikir, pada siapa dia ajukan soalan itu, dan apakah benar jawapan yang berada dalam minda aku ini? pada dasarnya, apakah semudah itu dia akan mengajukan soalan sebegitu padaku? bukan aku ingin sangsi, aku cuma takut salah sangka, kerana ia sebuah unmensi. dan unmensi amatlah berat untuk difahami secara literal tanpa pengolahan makna yang wajar. untuk diambil sebagai sebuah lontaran emosi padaku, aku sendiri bingung.

dan jawapan itu masih belum aku temui. apakah ia sebuah sarkasma atau ideologi tatkala jiwa bercengkerama?

siapakah insan itu yang dinantikan jawapannya? satu telah berada dalam minda. dan tidak mustahil aku juga merasakan ia untukku.

kepala bingung jiwa gelong.

9/16/12

tabah

hati adalah organ paling rapuh di dalam tubuh. namun dalam kerapuhannya mampu menjadi sekental besi yang senantiasa tahan akan pelbagai asakan padanya. dan kentalnya hati itu kerana pengalaman yang dilaluinya.

kerana pengalaman juga mungkin menjadi kelemahan. detik-detik sedih yang kembali mengundang ibarat gerimis yang turun saat panas membahang. dalam kebahagiaan yang hadir, terselit perit. tatkala kita sedang mengejar bahagia, duka terasa. dalam diri menuntut redha, hadir murka.

seharian perjalanan kita di muka bumi tidak akan langsung dapat diduga. esok harinya belum pasti dapat ditangkis segagahnya. pengalaman kelmarin juga mungkin tidak berguna. hari esok pastinya berbeza, sungguhpun sama pada situasi namun tahapnya berlainan.

jiwa yang kuat itu pasti mampu menahan amarah. “Bukanlah orang yang gagah itu kuat menjatuhi lawannya tetapi orang yang gagah atau kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya daripada marah” . pastinya jiwa yang lemah kini adalah kerana terlepasnya perasaan itu secara tidak semena.

tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.


duka dirimu kau sembunyi, duka dirimu hanya kau sendiri ingin lalui.


moga ALLAH membantumu :)

9/8/12

pra-semester

hoh.

hidup bakal bermula bagi setiap mahasiswa yang kini sedang belajar di IPTA seluruh negara. maka isnin bakal menjadi pembuka noktah bagi siswa memperjuangkan wadah di medan ilmiah sehingga tumpahnya darah. dan aku jua tidak ketinggalan bakal meneruskan perjalanan aku sebagai seorang biduan siswa di bumi bertuah lagi berharga, Nilai.

ya, disaat inilah ramai yang akan mula membuka pekung didada, memberontak tak tentu hala, berperang dengan laskar jiwa yang meronta ingin berada di dalam dakapan hangat ibu bapa. dan tidak kurang jua bagi mereka yang seronok ingin berjumpa sahabat handai yang sekian lama tidak bersua muka, dimana ada yang menambah sedikit sebanyak koleksi jerawat serta parut bagi mereka yang kurang mahir membuka lemang. abaikan jika tidak faham atau anda rasa hambar.

namun lain pula bagi aku. manakan tidak, selangkah jauhnya antara menara gading dengan syurga. setapak jauhnya tidaklah pula, melainkan setapak di kuala lumpur memanglah jauh. 10 kilometer dari rumah membayangkan aku seperti mana aku di sekolah rendah dahulu. pergi bersama ibu, balik berjemput. dan untuk 2 tahun lamanya mungkin, pergi bersama bapa, balik kadangkala sendiri. iyalah, ibuku ketika itu melanjutkan pelajaran jua di universiti.

ingat lagi, pergi sekolah, seringkali aku lewat. ibuku yang selalunya mengejutkan kami digantikan tugas oleh ayah. namun apakan daya, penat bekerja di sebelah malamnya terbawa pula ke siang hari. bangun sahaja, jarum sudah menunjukkan 7.15 pagi. berkejarlah beliau menyiapkan kami, sampaikan guru besar dah cam muka ni yang selalu lewat.

dan sekembalinya ke USIM juga, bangun selalu nak lambat. dekat pukul 7 mata baru nak celik. tapi sekarang aku telah kembali ke rumah, dimana ibu tidak akan pernah lambat dalam menjalankan ibadah. hmm, bangun pun masih berkejut. apakan daya, suara ibu jugalah yang mudah membangunkan aku dari tidur.

2 bulan lebih cuti sebenarnya tidaklah berapa aku manfaatkan sebaiknya, melainkan menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti, serta menjadi surirumah berjaya yang tak berapa nak jaya kalau bangun pun dah pagi buta. jemur baju, sapu sampah, kemas rumah bla bla bla etc. 

tapi alhamdulillah dengan jayanya, sebagai planner yang hampir gagal, dengan bantuan rakan-rakan, sebuah pertemuan kecil-kecilan berjaya dilaksanakan.

megaIFTAR xTROVERT'92~

walaupun ringkas tapi besar maknanya. sungguhpun tak ramai tapi berjaya kumpulkan sedikit antara mereka. yang Amerika, Mesir, Jordan, Maghribi dan tak dilupa di tanah air tercinta, Malaysia turun padang meraikan bersama cinta luhur yang terpisah sekian lama.

dan rayalah jua tidak dilupa disambut dalam cuti semester yang tak seberapa. ternyata raya semakin tahun semakin kurang meriah. entah dimana silapnya. sinar eidulfitri seolah-olah kurang begemerlapan. mungkin jua definisi satu syawal sudah semakin luntur. apakah kerana semakin ramai kanak-kanak hanyut dalam arus perdana gajet-gajet terkini? 

hampir ke penghujung cuti, maka ziarah-menziarahi sesama ahli FB senantiasa diamalkan. ke Putrajaya, Kuala Lumpur, dimudahkan cerita, banyaklah juga. dan di waktu inilah Latiff serta ahli rumah yang lainnya siap siaga mengemas rumah sewa baru. pelbagai perabot diimport masuk. dan hujung minggu ini juga, Farhan bercadang untuk mengadakan makan-makan. maka aku tidaklah menjemput kalianb sbab aku ini bukanlah ahli rasmi teratak mereka. sekian.

begitulah jua segala macam kelakuan di perhentian sementara. dan kembalilah kaki ini melangkah meneruskan perjalanan mencari ilmu sepanjang jalan. berkeraklah hati menerima dugaan, meneballah hati mengharungi cabaran.

أُطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ اِلىَ اللَّهْدِ

Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad.

9/6/12

janji

ada apa dengan janji?

besar maknanya. dalam ertinya.

manusia. manusia sendiri lahir dari janji dua insan. yang berjanji sehidup semati serta beranak cucu. dan manusia juga dari dalam perut lagi sudah berikrar setia dengan Ilahi.



Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam”

Al-An’am:162

dan hidup manusia seharian juga akan penuh dengan kata-kata yang disebut sebagai janji. iyalah, manakan tidak. 'InSya ALLAH', maka ia dikira janji. kerana kita hanya menanti izin ALLAH untuk punya kesempatan melaksanakannya.

begitulah jua ALLAH sering menunaikan janji-janjiNya kepada manusia yang senantiasa menantikan jawapan kepada setiap kalam ALLAH didalam kitabnya. sejak zaman jahiliyyah lagi manusia menantikan jawapan Sang Pencipta untuk tiap yang mereka ragukan. dan dalam  Surah Ar-Rahman sendiri ALLAH berfirman berulang kali akan mana nikmatnya yang masih tidak mencukupi untuk makhluk-makhluk ciptaanNya ini yang bijak berfikir serta dikurniakan akal. disini juga telah membuktikan bahawa janji ALLAH jua benar, serta kalamNya tidak pernah menipu. contohnya, dalam ayat ke 37 menunjukkan salah satu kuasaNya dalam mencipta keajaiban yang manusia sendiri tidak pernah dapat menyangka.


55:37


"And when the heaven is split open and becomes rose-colored like oil -"


انشقاق السماء
dan manusia juga, pabila berjanji haruslah kotakan. andai berjanji menjaga jiwa seseorang, maka tekunlah menjaganya, dan janganlah lupa diri sendiri. letakkan keutamaan atas riwayat, semoga hidup senantiasa selamat. andai diri sudah binasa, maka luntur janji dikota. 

moga janji-janji kita akan terus utuh, serta menjadi saksi kejujuran.

7/23/12

dimana letaknya pangkal?

manusia sering berteka-teki dengan hati. dan hati sering mempermainkan jiwa. dan jiwa seringkali terluka. dan akhirnya jawapan yang diperoleh menggugat kewarasan minda. dan minda yang kurang waras akan melakukan sesuatu berdasarkan nafsu. lalu nafsu akan memandu manusia ke arah yang tidak pasti. dan ketidak pastian itu biasanya membawa manusia ke arah kebinasaan. dan selalunya kebinasaan itu mengundang pelbagai bencana. bencana yang tidak diketahui apakah yang bakal berlaku. dan berlakunya sesuatu itu, tak mungkin akan membawa kepada kebaikan. dan kebaikan lampau jua tidak mampu menutup perkara kini. dan kini kita akan kembali kepada teka-teki yang langsung tidak kita ketahui dimana pangkalnya.

dari mana datangnya ia?

dan kenapa selalunya teka-teki mengundang kepada sebuah kehancuran? kehancuran moral dan jiwa. yang lebih menggerunkan seandainya keruntuhan spiritual yang melampau. manusia ni bila dah dikaitkan dengan perasaan, susah. sebenarnya aku juga sering terperangkap dalam perkara sebegini. kadang kerasionalan manusia akan tergugat. paradigma manusia akan mula menjadi tidak tentu hala. bermulalah neuron otak menafsir sekalian makna yang mungkin menjawab sebutir dua kata yang ditulis. kadang benar, kadang tidak. kadang menjadi nyata, kadang menjadi dusta.

kerunsingan akan berterusan dari hari ke hari memikirkan realiti yang tidak pasti. dan fikiran tidak pernah berhenti dari berterusan untuk memikirkan perkara yang sama. dan seterusnya, tanpa henti. mungkin sebentar ia berlalu, namun kembali bermain disini, di benak minda yang muak dengan sesuatu yang boleh dikatakan mimpi. imaginasi seorang manusia berotak kosong. umpama sebuah televisyen dipasang didalam bilik kosong yang gelap. tiada penonton yang boleh menilai jalan cerita. dan tiada kritikan mahupun pandangan. seperti itulah jua ia didalam otak yang tiada sambungannya pada hati dan jiwa.

apakah hari-hari berikutnya terpaksa diharungi dengan tangisan lagi? apakah berterusan bertelagah imaginasi dengan logik minda?

dan datanglah kemudiannya hari dengan khabar gembira buat jiwa yang menangisi perit.

7/18/12

dan sebenarnya

owh dunia yang bergerak pantas walaupun perlahan pada mata,
masa yang berlalu bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa.

ya, keputusan sudah keluar secara tidak rasmi. bolehlah menyemak di ePKI. spoiler terulung pelajar USIM.

http://epki.usim.edu.my

dan seperti yang dijangkakan, sememangnya tidaklah memberangsangkan seperti mana isu SYABAS bakal diambil alih oleh kerajaan negeri. krisis air di selangor tidaklah seteruk mana tapi mulalah angin meniup khabar-khabar dusta. eh, berbicara politik pula.

keputusan aku memang tak dapat dinafikan teruk, dan berharap kepada kalian yang mengenali ibu bapa aku janganlah mengadu. sumpah keturunan kalian langsung tak dapat masuk universiti. aku bukan apa, cuma biarlah suatu hari nanti seteruk mana anak mereka ini, biarlah dari mulut ini sendiri. dan apa aku mahukan, harapnya kebenaran ini akan senantiasa terlindung jua. biarlah rahsia sampai suatu hari nanti mereka akan alpa dan membiarkan anak teruna ini terus menempuhi alam kolej dengan tenang.

ya, semester lepas sememangnya semester yang aku sendiri tidak dapat bayangkan dengan kata-kata. agakku, aku yang paling teruk antara mereka. mungkin aku belum bertanya sepenuhnya, tapi kemungkinan itu amat tinggi, membayangkan wajah ibuku sahaja sudah cukup untuk menggambarkan ekspresi perasaan bapaku. dan semester sepan sememangnya aku langsung tidak dapat mengelak, memandangkan aku telah tinggal bersama keluargaku kembali. itulah dia kontranya mendapat universiti yang teramat hampir dengan rumah.

ahh, semestinya aku tidak dapat lari dari membuka mulut untuk menyembunyikan rahsia yang sememangnya bukan untuk tatapan umum. aku bukanlah genius di antara kalian. tapi tak mengapalah, janji aku boleh terus membuktikan yang aku mampu di semester hadapan. namun sebenarnya aku hanya bermain dengan bayangan kerana keadaan sebenar masih belum dapat aku bayangkan.

dan biarlah. moga-moga semester depan lebih baik.

hmm.