dah lama, hari ini baru rasa nak tulis.
lupa tarikhnya, sebab naik kereta, bukan bas. selalu kalau ada benda yang bertarikh dan ada nostalgia disitu aku akan simpan (macam tiket bas, resit membeli-belah).
dan kali ini aku bersama Apat sekali lagi berjalan ke tempat paling utara di Semenanjung Malaysia tercinta ini.
*GONGGG* Padang Besar. ini merupakan kali kedua aku dan Apat ke sana, melawat rumah Nasirah a.k.a Vidic Melayu Perempuan. sememangnya ini aktiviti yang mungkin bakal kerap berlaku selepas ini, walhal Vidic balik jarang sekali. maklumlah, belajar di mesir. barangkali ini adalah kebetulan dia balik beraya di Malaysia. setelah dua tahun lamanya aku pertama kali menjejakkan kaki di sempadan Siam, kini aku merantau kembali kesini, bertemu ahli keluarganya yang sememangnya menjangkakan kedatangan kami ini. oh ya, kali ini bukan kami berdua, tapi disertai dua lagi rakan Vidic, iaitu Sheera dan Kown. dan sesiapa pun tidak akan mengenali mereka berdua.
HARI PERTAMA
semangat aku bangun awal pagi tu. 5 pagi tepat penggera waktu berbunyi. tersentak aku dari lamunan membayangkan durian serta mempelam yang bakal menjadi santapanku. untung-untung macam dulu, dapat sekotak seorang mempelam. lazatnya tak terkata! umphh!
7 pagi Apat sampai. lama aku terpacak. boleh dia melencong makan mamak dulu. berkeroncong perut aku siapa tahu menunggu dari sebelum subuh? ah, tanpa berlengah, siap semuanya dan VROOM! bertolak ke bagan (f.y.i Butterworth = Bagan) menanti kehadiran anak dara dari sebelah pulau. sempat tapau dua bungkus nasi lemak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.
3 jam lamanya mungkin, dihiasi pemandangan indah sawah padi dan ladang tebu, akhirnya Toyota Corolla hijau Apat memarkir masuk ke bawah bumbung rumah Vidic.
rehat sebentar... dan tak lama kemudian... **lost information**
haaa! pergi jitra mall, tengok expandables 2 lalu bermain boling. aku menang! sempat jugalah bercanda mesra "teruna dan dara". kena marah sebab tangkap gambar dalam pasaraya.
malamnya? menghadap makanan laut di Kuala Perlis. tak boleh lupa sambal belacan yang pedas sampai ke otak!
HARI KEDUA
seindah suria memancar menemani kami ke Chuping. khabarnya kami ke satu tempat, Puncak namanya. dulu pernah datang dengan seorang anak asuhan mak Vidic, tapi kali ini dia tiada kerana beraya di Johor. sungguh manis bila dia masih ingat akan aku walaupun dua tahun tak bertemu :) bersarapan juga disana, menyantap nasi gulai itik. boleh tahan. Vidic belanja sebungkus, fuhh!
di siang harinya sedikit, bersama pakcik Nasruddin and the Livinas (keluarga Vidic, yang adapun Alang saja) ke PADANG BESAR! melintasi imigresen sewenangnya, sebab mak Vidic salah seorang pegawainya. sempat menyambar sehelai kain batik, itupun dah lari bajet. hmm.
agaknya petang itu menyambung misi mencari jersi. Vidic hadiahkan aku Man United away musim ni, dan aku mengeluarkan apa yang terdaya untuk sehelai jersi Dortmund. namun, berbaloi :)
petangnya ke Gua Kelam, mengimbau kembali memori dua tahun lalu. ingat nak mandi namun masa tak mengizinkan.
perjalanan diteruskan lagi kembali ke Kuala Perlis, menikmati panorama indah matahari terbenam di kuala. rojak, char kuey teow dan kepak ayam menjadi juadah. nyum nyum!
HARI KETIGA
(aku tak ingat tiga atau empat hari disana)
hari terakhir sebelum kami bertolak pulang. Vidic mempamerkan aksi berani mati membuat begedil spesial untuk Apat. siap ada bentuk hati lagi, yang terkandung dalamnya kasih dan sayang seorang wanita.
lalu tibalah saat hiba antara dua insan mesra-mesraan. kami bertiga tabah sahaja melalui dugaan sebegini. namun harapan memadamkan keresahan jiwa mereka. berharap perjalanan ini akan kembali berkembara 4 tahun lagi.
tepat jam 8, kami bertolak pulang. sayu rasanya tatkala ingin pulang, kerana tak dapat pelam sekotak :(
ini sahajalah catatan ringkas seorang musafir di pekan orang. nak tulis panjang, tak terbaca pula.
tapi serius, TEH AIS PADANG BESAR PALING TERBAIK PERNAH AKU MINUM. SEPEKAT LIKAT WARNANYA, DITAMBAH DENGAN CUKUP RASA LEMAK SUSUNYA. PERGH! AIS HANCUR MEMENUHI SEGENAP PELUSUK PLASTIK.
sumpah sedap. sebab tu aku tulis macam tu.
nampaknya perlu merancang sebaiknya untuk kembali ke sana membeli-belah sakan. merancang perbelanjaan sebaiknya. ya, ingin lagi aku kesana (tapi kena tunggu lagi 4 tahun maksimum).
PADANG BESAR PHUKET CHIANGMAI!!!
No comments:
Post a Comment