11/30/12

lembaran takdir di hamparan dosa

"ya ALLAH, ampunkan aku. kerana cinta manusia aku leka, kerana cinta manusia ukhwahku musnah. namun Kau tahu apa yang Kau rancangkan. sesungguhnya mungkin bukan beliau dan dia, namun telah Kau catat nama sang pencintaku yang halal. 

ya ALLAH, aku sekadar memohon, namun kuasaMu lebih besar. ampunkan aku kerana tidak terdaya kedua tangan ini menadah kepadaMu meminta segala pertolongan. sesungguhnya Kau tahu apa yang ada dalam hati-hati hambaMu, seperti mana telah kau tunjukkan padaku akan isi hati dia.

ya ALLAH, moga Kau hindarkanlah aku dari bertemu pencinta halalku sebelum saatnya. biarlah ku tatap wajahnya di hadapan wali serta kedua saksi yang adil. hanya Kau yang tahu lembaran hidupku. sesungguhnya aku cuma hambaMu yang kerdil, menurut perintahMu yang Maha Berkuasa. saat ini ku tahu aku masih lagi berdosa, dan masih lagi jauh dari sebuah jalan yang Kau redhai. andai diberi kesempatan, maka Kau palingkanlah aku kembali ke lebuhraya hidayahMu.

biarlah lambat atau cepat, segalanya hanya Kau yang Maha Mengetahui."

amiin ya rabbal 'alamin

warkah untuknya

assalamualaikum,

menulis saya hari ini untuk awak yang sedang sengsara menagih cinta. tapi kenapa ya? kenapa perlu menanggung derita? saya pun tak tahu. sedih rasanya melihat awak merasa begitu. tapi saya tak tahu apakah awak melihat saya bersedih tika merasa begitu.

saya tahu, saya juga kadang kala membuat anda tersiksa, namun mengertilah, siksa itu kerana saya juga tersiksa. saya tahu awak menanti cinta darinya, namun mengapa pertu dialirkan air mata kerananya? dimanakah awak yang dulu? saya tahu awak bukan begini orangnya. perlukah awak menangis kerana cinta yang penghujungnya misteri?

ya, saya tak mahu awak ulangi apa yang saya lakukan terhadap awak. pernah jua saya tangiskan kepergian awak. saya tahu mungkin saya tidak layak untuk meraih apa yang terbuku di jiwa, tapi percayalah, perasaan ini senantiasa melanda tatkala saya sendiri kurang pasti akannya.

mungkin jua banyak perkataan yang saya lontarkan pada awak memberi kesan pada hari ini, namun percayalah, saya tahu mengapa ia terjadi.

dan hari ini segalanya berlaku. dan nampaknya tidak perlu saya berbicara akannya, kerana empunya badan sendiri tahu. namun ingin saya katakan, usahlah menyiksa diri andai ia merosak jiwa. usah mencari taufan saat badai lepas melanda.

seandainya masih ada peluang, dan ALLAH izinkan kita bersama, harap awak terima saya seadanya. saya tahu awak tak akan tahu akan ini, tapi biarlah ini sekadar luahan. jikalau Dia mahu awak melihat warkah ini, maka itulah takdirNya.

salam rindu yang tak kesampaian.

11/29/12

entah

entah mengapa aku terasa lemah.
entah mengapa aku ingin mengundur diri.
entah mengapa aku terasa sia-sia.
entah mengapa, entah mengapa.

entah mengapa kecewanya terasa
entah mengapa ia berlaku
entah mengapa aku bersedih
entah mengapa, entah mengapa

entah
segalanya kerja Dia
kita cuma menurut
menanti masa yang tiba
menuntut kita redha
menyerah dan pasrah

entah mengapa
segalanya terjadi
kerana hadir cinta dan benci
adalah kerja Dia

entah mengapa, entah mengapa

ajarkan aku Tuhan
erti redha
erti mengerti segala yang pasti
dan tidak menanti akan mimpi
moga tidak berpaling aku dari jalan ini.

11/20/12

saatnya

esok kelas pukul 10. dan aku malas nak pergi. sebab esok aku akan jumpa dia. ceh.

tapi aku malas sebenarnya sebab nak bincang pasal slide-slide Dr. Solah. dahlah dalam kuliah cakap Arab je, memang tak lah aku nak dengar. bukan pihak universiti ni tak faham, tapi mereka beranggapan dengan adanya kuliah dalam bahasa arab, maka pelajar sekalian akan dapat mengasah bakat serta ilmu ketika mempelajarinya saat tahun pertama dahulu. walhal dia tak fikir pula pelajar-pelajar yang malas dan lembab sikit bab arab-arab ni. tapi itulah, ada saja alasan yang nak dicari. kalau nak, petik jari je terus buat. hmm. hidup.

baru lepas siap slide. belum nak tidur. tak habis dengan aktiviti mencari BlackBerry second hand murah tahap murah yang tak dapat diterima murahnya oleh mereka yang murahan. dan aku terpandang tweet Nami. saja mencari The Wallflowers - One Headlight yang dia katakan. boleh tahanlah. teringat aku lagu Yellow yang Coldplay nyanyi. sedap kot. aku tak boleh lupa rentak dia. dan sampai bahagian ni, lemah terus aku dengar.


"Your skin 

Oh yeah your skin and bones 
Turn into something beautiful 
You know you know I love you so 
You know I love you so "



agaknya dia tahu yang aku suka dia lepas aku suruh dia dengar lagu 'Lafaz Yang Tersimpan'. rasanyalah. sebab lepas tu agaknya langsung dia tak balas mesej-mesej aku. memang gilalah kan dengar. dah minah tu dah suka orang lain, tiba-tiba aku suruh dia dengar lagu yang bagi aku agak berganda maksudnya (baca: double meaning). bertambahlah penafian. dan akhirnya, teka-teki terjawab. memang patut aku anti mamat tu. sebab dapat juga dia hati si gadis. aha.






hoi nak ngorat awek jepun macam mana ni? argh

11/17/12

cinta penyembuh untuk dia sang punya kelebihan (dengar rasa menyampah)

akhirnya kebenaran terbukti jua. cuma aku tak sempat nak screen capture apa yang ditulis. tapi kan, kenapa? mengapa sebuah kebenaran yang tersimpan lama, yang aku cuba korek, dia diamkan? mengelak dalam segala macam tindakan, perlukah menyembunyikan kebenaran? bukan aku tak pernah tanya. lainlah kalau aku mengambil prinsip berdiam diri. aku dah agak. ternyata apa yang aku buat sememangnya betul. alih-alih, mamat tu juga yang dapat. aku bukan apa, aku kecewa. marah. semua ada.

kalau dulu aku buat macam tu, sebab inilah. sebab apa aku marah, aku serkap jarang. bukan apa. cukup macam ini, "Saya suka dia. Harap awak faham." aku minta itu sahaja. tak lebih, tak kurang. ini tidak. mengelak fitnahlah, apalah. serius, aku bukan apa. aku cuma tidak menggemari sikapnya yang tidak profesional. aku tak marah kalau dia suka orang lain pun pada awalnya. tapi, tengoklah apa yang jadi. silap haribulan aku activate balik FB tu.

bukan payah pun. bukan susah pun. atau memang aku yang biol. entahlah.

baru nak baik sangka, dah jadi macam ni. hmm. memang bukan jodoh jugalah.

susah. bahagia memang bukan milik aku.

tunggu aku nak buat ceritalah. HAHA

11/6/12

hati dan memori

fuhh. 

memang seronok pun kan bila tugasan menggunung tapi berceloteh dalam blog juga menjadi keutamaan. masakan tidak, sepuluh kali anda menaip perkataan yang sama berulang kali, dan mengharapkan keputusan carian yang berbeza bagi memuaskan kehendak nafsu yang meninginkan kesempurnaan dalam penulisan.

berbicara tentang hati? kalaulah semudah ini tugasan.

ibarat kata pepatah, "rambut sama hitam, hati lain-lain". tapi sememangnya aku boleh tahu warna rambutnya sedangkan dia bertudung. hmm. samalah jua hati dan rambutnya, masing-masing tidak dizahirkan kepada manusia secara amnya, namun di laman maya itulah yang diluahkan. sememangnya tersembunyi seandainya insan yang dimaksudkannya itu tidak berkawan dengannya di facebook, mahupun aku yang telah membuat akaun baru. oh sudah. aku kembali perasan.

sememangnya aku tidak pasti, apakah sememangnya dia punya seseorang yang mengisi ruang hatinya? walau kadang kala dia cuba menyembunyikan segala dari pandangan mata, namun status-statusnya itu bisa menzahirkan prasangka, sama ada baik ataupun buruk. namun, kepada ALLAH aku berserah akan takdir. sungguhpun doa menggunung tinggi tapi seandainya Dia punya perancangan yang lebih hebat, siapalah kita sebagai hamba untuk mengubahnya. sudah cantik jalan cerita hidup kita diaturkanNya. bayangkan berjuta manusia didalam dunia ini, punya kisah yang tersendiri sepanjang hayat mereka di muka bumi.

memori?

entah. pahit manis masam masin. semua ada mungkin. cuma kita tak sedar betapa hidup ini telah dilakar indah oleh Sang Pencipta. memori bersama atau tidak, mengimbau kembali seaakan seperti mustahil. yang sedap kita ambil, yang tidak kita letak tepi, atau buang kalau takut dihurung lalat. ketawa bersama itu pasti ada, namun tangis dan duka sendiri merasa.






oh terbaiklah. bila aku nak siapkan ni? argh!

11/1/12

ราคาเท่าใดคืออะไร?

dah lama, hari ini baru rasa nak tulis.

lupa tarikhnya, sebab naik kereta, bukan bas. selalu kalau ada benda yang bertarikh dan ada nostalgia disitu aku akan simpan (macam tiket bas, resit membeli-belah).

dan kali ini aku bersama Apat sekali lagi berjalan ke tempat paling utara di Semenanjung Malaysia tercinta ini.

*GONGGG* Padang Besar. ini merupakan kali kedua aku dan Apat ke sana, melawat rumah Nasirah a.k.a Vidic Melayu Perempuan. sememangnya ini aktiviti yang mungkin bakal kerap berlaku selepas ini, walhal Vidic balik jarang sekali. maklumlah, belajar di mesir. barangkali ini adalah kebetulan dia balik beraya di Malaysia. setelah dua tahun lamanya aku pertama kali menjejakkan kaki di sempadan Siam, kini aku merantau kembali kesini, bertemu ahli keluarganya yang sememangnya menjangkakan kedatangan kami ini. oh ya, kali ini bukan kami berdua, tapi disertai dua lagi rakan Vidic, iaitu Sheera dan Kown. dan sesiapa pun tidak akan mengenali mereka berdua.

HARI PERTAMA

semangat aku bangun awal pagi tu. 5 pagi tepat penggera waktu berbunyi. tersentak aku dari lamunan membayangkan durian serta mempelam yang bakal menjadi santapanku. untung-untung macam dulu, dapat sekotak seorang mempelam. lazatnya tak terkata! umphh!

7 pagi Apat sampai. lama aku terpacak. boleh dia melencong makan mamak dulu. berkeroncong perut aku siapa tahu menunggu dari sebelum subuh? ah, tanpa berlengah, siap semuanya dan VROOM! bertolak ke bagan (f.y.i Butterworth = Bagan) menanti kehadiran anak dara dari sebelah pulau. sempat tapau dua bungkus nasi lemak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

3 jam lamanya mungkin, dihiasi pemandangan indah sawah padi dan ladang tebu, akhirnya Toyota Corolla hijau Apat memarkir masuk ke bawah bumbung rumah Vidic.

rehat sebentar... dan tak lama kemudian... **lost information**

haaa! pergi jitra mall, tengok expandables 2 lalu bermain boling. aku menang! sempat jugalah bercanda mesra "teruna dan dara". kena marah sebab tangkap gambar dalam pasaraya.

malamnya? menghadap makanan laut di Kuala Perlis. tak boleh lupa sambal belacan yang pedas sampai ke otak!

HARI KEDUA

seindah suria memancar menemani kami ke Chuping. khabarnya kami ke satu tempat, Puncak namanya. dulu pernah datang dengan seorang anak asuhan mak Vidic, tapi kali ini dia tiada kerana beraya di Johor. sungguh manis bila dia masih ingat akan aku walaupun dua tahun tak bertemu :) bersarapan juga disana, menyantap nasi gulai itik. boleh tahan. Vidic belanja sebungkus, fuhh!

di siang harinya sedikit, bersama pakcik Nasruddin and the Livinas (keluarga Vidic, yang adapun Alang saja) ke PADANG BESAR! melintasi imigresen sewenangnya, sebab mak Vidic salah seorang pegawainya. sempat menyambar sehelai kain batik, itupun dah lari bajet. hmm.

agaknya petang itu menyambung misi mencari jersi. Vidic hadiahkan aku Man United away musim ni, dan aku mengeluarkan apa yang terdaya untuk sehelai jersi Dortmund. namun, berbaloi :)

petangnya ke Gua Kelam, mengimbau kembali memori dua tahun lalu. ingat nak mandi namun masa tak mengizinkan.

perjalanan diteruskan lagi kembali ke Kuala Perlis, menikmati panorama indah matahari terbenam di kuala. rojak, char kuey teow dan kepak ayam menjadi juadah. nyum nyum!

HARI KETIGA

(aku tak ingat tiga atau empat hari disana)

hari terakhir sebelum kami bertolak pulang. Vidic mempamerkan aksi berani mati membuat begedil spesial untuk Apat. siap ada bentuk hati lagi, yang terkandung dalamnya kasih dan sayang seorang wanita.

lalu tibalah saat hiba antara dua insan mesra-mesraan. kami bertiga tabah sahaja melalui dugaan sebegini. namun harapan memadamkan keresahan jiwa mereka. berharap perjalanan ini akan kembali berkembara 4 tahun lagi.

tepat jam 8, kami bertolak pulang. sayu rasanya tatkala ingin pulang, kerana tak dapat pelam sekotak :(

ini sahajalah catatan ringkas seorang musafir di pekan orang. nak tulis panjang, tak terbaca pula.

tapi serius, TEH AIS PADANG BESAR PALING TERBAIK PERNAH AKU MINUM. SEPEKAT LIKAT WARNANYA, DITAMBAH DENGAN CUKUP RASA LEMAK SUSUNYA. PERGH! AIS HANCUR MEMENUHI SEGENAP PELUSUK PLASTIK.

sumpah sedap. sebab tu aku tulis macam tu.

nampaknya perlu merancang sebaiknya untuk kembali ke sana membeli-belah sakan. merancang perbelanjaan sebaiknya. ya, ingin lagi aku kesana (tapi kena tunggu lagi 4 tahun maksimum).


PADANG BESAR PHUKET CHIANGMAI!!!