3/28/13

buruk untuk buruk?

awak.

berharap untuk seseorang menerima keburukan dan kekurangan awak.

kenapa pula?

kenapa pula awak tak mampu untuk menerima kekurangan dan keburukan saya?

sedangkan saya telahpun tutup sebelah mata saya dalam menilai awak?

fikirkanlah wahai awak.

jimba jimbit

lambat benau mandi.

pukul 2. mencari sabun tidak berjumpa.

ke dapur. kebelakang.

terjumpa botol sabun.

gembira.

mandi dengan senang hati.

ambil sabun.

kecewa.

rupanya softlan.

tahniah.


selamat malam :)

3/26/13

saya anak...?

haa. sat lagi aku mai la.

hoh. gapo gak? berat nanang!


hmm. tiba-tiba muncul satu persoalan dalam jiwa aku. aku ni sebenarnya asal dari mana?

seandainya jika dilihat dari garis masa sejak aku dilahirkan hinggalah ke saat aku menaip ini, aku dilahirkan di Perak, dan menetap disana dalam 6 tahun, sebelum berpindah ke Pulau Pinang. tamat persekolahan primer aku di sana, aku berpindah pula ke Kedah, rumah atok aku. dalam setengah tahun kemudian, kami sekeluarga menyewa rumah di Selangor, sebeleum ke Negeri Sembilan setahun kemudian. lalu di dalam Negeri Sembilan pula, setahun di Kuala Pilah, dan sehingga kini terus menetap di Nilai.

kalau nak diikutkan masa aku bersekolah dahulu, 5 tahun aku menempatkan diri dalam kalangan pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia ni. kiranya aku tak tahu untuk menggunakan dialek apa semasa berkomunikasi, memandangkan pelbagai gaya percakapan boleh digunapakai.

lalu, setelah berjaya menempatkan diri di menara gading, aku kembali bingung, dialek negeri mana yang sepatutnya aku pakai bagi menggambarkan dari mana aku sebenarnya?

menggunakan akal logik yang aku ada berdasarkan 21 tahun aku menapak di dunia ni; lahir dan menetap di Perak lebih 5 tahun - boleh digelar anak Perak, 6 tahun di Penang - anak Penang jugak kot, 5 tahun di Negeri Sembilan - anak Nogori? jadi?

namun dalam perbualan seharian, aku tak dapat melepaskan diri dari menggunakan bahasa standard atau bak kata orang Kampung Baru, 'bahasa kelumpo'. haha. bila nak guna bahasa kelumpo ni, aku semacam pelik. terus aku mengenangkan, aku orang negeri mana?

biasalah, hidup di negara mana sekalipun, pasti ada dialek atau loghat yang dibawa dari negeri masing-masing. sepertinya di Malaysia, telah nampak nyata bagaimana rakyat dari serata tanah air mampu berkomunikasi walaupun punya halangan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian masing-masing. kalau diikutkan, England setiap negeri ada loghat dia. macam di utaranya tak berapa nak difahami percakapannya, kerana ia lebih pekat keorang-putihannya. Jepun pun sama. kalau negara lain, aku tak berapa pasti. haa, begitu juga India.

ahh, rasanya sama saja di negara mana pun kan?

jadi, beginilah sebenarnya hidup bermasyarakat berbilang budaya dan adat :) datanglah kau dari ceruk mana sekalipun, tapi biarlah didalam jiwa anda tertanam semangat patriotisma menjunjung nama negara di tempat paling teratas antara kita dari serata negeri!

yang penting, SAYA ANAK MALAYSIA!

3/18/13



"Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again"

kelemumur jiwa dan daki hati

hai.

hmm. entah sejak bila aku dah malas nak menulis. ilham tak datang-datang. perasaan pun makin kurang. mungkin tu sebabnya. mungkin tak ada apa-apa nak diluahkan secara peribadi. haritu punya cerita pergi korea pun aku tinggal sekerat jalan. malas. haish.

tapi sebenarnya aku pelik. aku tak tahu kenapa. dua tiga hari ni, sedih sangat rasa. macam, sayu. tak tipu, aku masih teringat pada dia. memang, tak terluah sebenarnya benda ni.

mungkin, aku terfikir. sepanjang hidup aku mengenali dia, rasanya benda ni dah tiga kali. yalah, kenal, gaduh, senyap, baik, gaduh. dan sekarang aku mencuba untuk beri dia peluang, tapi sepertinya, hampa. aku, mungkin tak faham apa sebenarnya, dan selamanya, dan aku rasa kalau masuk post ni dah berapa kali aku ulang benda yang sama. dan dia juga masih melakukan perkara yang sama.

sampai hari ni, aku terus menerus membuka pintu hati aku untuk dia, yang aku pernah tutup buat seketika, namun gejolak rasa yang membuak menolak daun pintu dari terus tertutup. kenapa dia masih memegang kunci pintu ni? aku terus tertinggal dalam persoalan yang langsung, aku tak pernah yakin dan pasti akan kesudahannya. mungkin dua tahun lagi, setelah kami menamatkan pengajian. atau mungkin setelah kami benar-benar bertemu jodoh yang ditakdirkan ALLAH untuk menemani kita hingga ke akhir nafas. atau aku akan terus menyemai subur perasaan ini yang takkan pernah bercambah, di mana aku sering siraminya dengan harapan palsu.

aku tak tahu, mengapa aku terus merinduinya. mengapa aku ingin terus melihat senyuman yang lahir dari bibir yang terletak diantara dua pipi yang gebu? sungguhpun aku terus menerus menghalang pandangan ini dari terus merenung tepat, mencari dimana koordinatnya yang sebenar dalam kuliah, tapi aku tak mampu. mungkin, untuk kali pertama dan kedua aku boleh lakukannya, tapi untuk kali yang ketiga ini, terasa bagaikan ada arus yang menarikku untuk mencuba sekali lagi menembusi tembok hatinya, bahkan untuk tidak berhenti.

dan terus kepastian itu terus menjauh tatkala dia hadir dalam mimpi.

suatu pagi, aku tertidur kembali setelah mendapati kelasku di pagi itu dibatalkan. dalam mimpi itu, aku sedang melihat dirinya dalam keadaan mukaku terlekap di meja, lalu mencuri-curi memandangnya. saat itu, terlihat dirinya dalam kesakitan, perit menahan batuk dan mungkin lelah yang menghantuinya sejak kecil. dan dalam keadaan dirinya sebegitu, dia merenung aku. terus aku melarikan pandangan yang setentang dengan dua matanya yang sepet itu.

aku rasa, sampai bila-bila pun aku takkan mampu menemui jawapannya sungguhpun berkali aku meminta. sedikitpun aku rasa dia tak endahkan apa yang aku rasa selama ini. mengapa dia tak mahu mengubati hatinya dengan menggantikan perasaan yang menyiksa dengan mengubati hati aku yang terluka seperti namanya?

abaikan. yang penting, hidup mesti diteruskan. mana tahu, seorang pengganti mampu menebus luka, atau Tuhan membuka hatinya untuk memberi satu peluang keemasan?

hanya Kau yang mengerti, kerana ini takdirMu, ya ALLAH.


dan satu lagi, boleh pulak aku menapak pergi rumah budak tu tadi. ya, budak tu. hmm. malas aku nak cerita. selamat :)

trimas pembaca-pembaca!

3/5/13

perai hedonisma

aku cuma perai hedonisma
hidup terumbang ambing bergelumang dosa
mengejar dunia yang sementara
saat ukhrawi semakin dilupa

saat ini juga aku masih alpa
menaip dengan lagu menggila
dalam minda masih kosong
bingung

ahh persetan semuanya
aku cuma manusia biasa
penuh dosa

tapi mengapa harus membawa diri ke lubang durjana?
mahukah kau api neraka terus menyambar dan membakar

entah
aku cuma perai hedonisma
bukan aku leka
cuma aku belum mahu

tapi mengapa?
mahu hingga nafas di hujung kepala
baru sedar diri binasa?

entah
aku cuma perai hedonisma
mungkin berselingkuh di balik kata
azimat berharga nasihati semua
tutur kata indah berseloka

atau aku ini ejen pendusta?
penyesat manusia hingga ke jahannam?

entah
aku cuma perai hedonisma
keampunanNya jua aku cuba raih
kasih sayangNya jua aku tagih

entah
aku cuma perai hedonisma


rasanya tak sesuai pun lagu ni. zzz

3/4/13

hampa tahap andromeda blenda

23/2/2013


dalam hati berbunga-bunga. rancangan dah cukup cantik ni.

huh. pagi esok aku nak hantar orang pergi naik kapal terbang. ni la kali pertama aku rasa aku akan berjaya dalam menunaikan janji untuk menghantar memember naik kapal terbang. lagi-lagi yang nak pergi jejauh. haa

dan aku tidur dengan tenangnya. krohh krohh.

"hoi bangun subuh! telinga tu duk pakai earphone..." entah apa lagi mama membebel. aku langsung tidak endah, kerana pada pembangunan aku semasa itu, yang bermain di minda hanyalah janji kelmarin. nak menghantar manusia naik kapal terbang.

meraba mencari jam. 7.00 pagi!! ahh aku dah lewat! mana tidaknya, penerbangannya pukul 10 pagi. fuhh masak! memang dah cuak. lepas mandi dan bersiap, terus aku ke jalan besar menanti bas yang bakal menuju ke KLIA. dan masa ni la, bila benda yang kita nak tak datang. padahal selama aku tunggu bas masa nak pergi kuliah berlambak je lalu lalang depan aku. tapi  aku terus tabah. jam dah hampir pukul 8.00 pagi. dah, memang aku gelabah. sebab bila kau naik bas ni, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 30 minit telah menjadi sekali ganda lamanya.

dan aku tahu aku bakal memungkiri janji.

bas pertama yang aku nampak sejak menunggu tadi semakin hampir. dan yang kentutnya dia boleh bercelaru kepala otak. masakan tidak, ada pula teksi yang lalu bersebelahan, menyangkakan aku ingin menaiki teksi itu. dan pemandu bas itu juga semacam pening, dan dia sudah tidak sempat untuk memberikan isyarat masuk ke lorong kiri, kerana pada mulanya bas itu di lorong kanan. lalu aku sudah terlepas sebuah peluang. dan selepas ini aku amat pasti aku sudah tidak sempat, namun aku mencuba.

bas kemudian sampai tidak lama selepas itu. lalu aku naik, duduk, bernafas menenangkan fikiran.

berbekalkan Curve yang aku tak sempat cas malam tadi, aku tatal ke bawah segala tweet yang ada pagi itu. ah dah siap instag gambar pulak. nampak dah tak lama tu nak masuk boarding gate melepasi imigresen dan pemeriksaan kastam sebelum menaiki pesawat yang bakal berlepas ke dubai, transitnya sebelum berlepas ke glasgow.

dan tepat 9.20 pagi, kakiku menjejak lapangan terbang. rasanya memang sudah tidak sempat, berdasarkan pengalaman aku selama ini menaiki kapal terbang, lagi-lagi kena naik di terminal satu lagi, kerana penerbangannya penerbangan antarabangsa.

dan seperti yang dijangka. tepat sekali. 9.30 pagi aku sampai di balai perlepasan, melilau mencari dimana susuk tubuh yang telah aku berjanji dengannya. nampaknya hampa. tiga gate aku pergi mencari, sepertinya tiada. lalu aku biarkan sahaja. Tuhan tahu mengapa. Dia perancang terbaik. redha.

ya, hari ini sebenarnya telah aku rancang dengan teliti, satu persatu. pagi ini, menghantar member naik flight, GAGAL. seterusnya, mengepow anak dekan.

setelah aku bersarapan pagi di McD (terpaksa, aku dah tak tahu mana makan murah) aku lanjutkan perjalanan aku kembali ke USIM. tujuannya adalah untuk turut serta merasa nikmat geng terfaktab ni datang buat carboot sale. dan memandangkan aku dah lama tak bukak pesbuk, aku tak tahu ada karnival hari ni.

dalam pukul 12, aku sampai di Desa Acacia. turun di perhentian bas, lalu aku mendaki jalan yang tak seberapa curam. ku toleh kiri dan kanan, tiada kelihatan Saga FLX dengan bonet terbuka. mungkin lambat lagi, sebab dorang cakap datang lewat sikit. tak mengapa, aku lanjutkan kaki ini kembali ke rumah sewa. nasib aku baik. dorang semua baru nak keluar makan.

sekembalinya, jam hampir pukul 1.30 petang. ingatkan nak solat lalu ke karnival tu. okay. cek kejap JPJ ni bukak sampai pukul berapa.

haa, kalau ikutkan rancangan, aku akan ke Pudu Sentral lepas ni. asalnya, aku nak bersaing dengan lelejen yang lain dapatkan button 'I Am Lejen' dan tshirtnya. tapi malam semalamnya, abah suruh buat lesen sana. maka dengan ini mengukuhkan lagi niat aku untuk menjejakkan kaki disana setelah sekian lama.

dan cek tengok, tutup pukul 6 petang. wadepak? aku ingat pukul 8. ah, melepas aku nak turut serta merasakan kemeriahan karnival tu. lantas aku membuat keputusan, gerak secepat mungkin ke Pudu.

Muzammeer sudi menghantar aku ke KTM Nilai. setibanya aku disana, kelam kabut aku dibuatnya kerana komuter telahpun sampai. aku nak cepat, sebab rasanya lama ni nak sampai. pecut ke kaunter tiket. aku terlupa nak bawak keluar siap-siap kad diskaun komuter bang jibby jib korang bagi.

tapi yang bestnya tukang jaga kaunter tu tanpa banyak soal melepaskan aku dengan tiket separuh harga. dikeluarkan segala dalam kocek baju bagi mencari not-not kertas bernilai untuk membayar tiket tersebut. ah, tak cukup seposen! "Tak apa, aku belanja," dengan tenang dia berkata melihatkan aku tergesa-gesa. betapa aku berterima kasih padanya. namun segalanya sia-sia. kakiku belum cukup pantas melangkah. terlepas.

setelah menaiki tren seterusnya sehinggalah sampai di Kajang, tiba-tiba komuter berhenti pada tempoh yang agak lama. 'dah kenapa? lambat dah ni woi,' getus aku dalam hati. rupanya kereta api berlalu. hmm. dah pukul 4 ni. sempatkah?

Bandar Tasik Selatan. pertukaran ke apatah. tapi yang pasti aku nak ke Pudu Sentral. dan sangatlah menarik bila aku mengambil stesen Pudu. rupanya Pudu Sentral terletak bersebelahan stesen Pasar Rakyat.

lalu aku pun tanpa melengahkan masa, terus memacu langkah ke UTC, tempat yang diuar-uarkan kerajaan bakal memacu transformasi, kot. aha, sesampainya aku disana, ya. percayalah, ini bukan hari aku. ok, melangkah masuk pejabat JPJ. ambil nombor. trett tet tet. duduk. "Kak, saya nak buat lesen L sini, boleh?"

lalu... "Tak boleh dik, sini JPJ kecik je, kalau nak buat dekat Wangsa Maju boleh la. Kenapa tak buat dekat tempat adik buat lesen je?" dang. terkena. aku pun, pasrah. apa boleh buat.

biarlah. malas nak layan. jadi sekarang aku dah tak ada hala tuju... eh, terlupa! hari ni ada penulis-penulis Lejen Press dekat KB1M! ahh, dalam kepenatan itu aku terlupa, sedangkan inilah matlamat utama aku kesini.

dan terus aku melangkah laju. mana tahu, dapat aku jumpa Nami, nak suruh dia sain autograf dekat karya terulungnya, Awek Chuck Taylor.

sesampainya, oh.

mereka masih disini! haha. tapi aduhai, keseganan kemaluan yang menampakkan ketidak jantanan menyerlah, mengaburi hakikat dan keinginan membara yang tersemat didalam jiwa suatu ketika di siang hari tadi. duhh, aku dah lambat! segannya nak suruh diorang tandatangan kalau aku beli lagi buku ni. zzz. ramai yang ada. yang aku kenal 2 orang je, Nami dengan Linglung. haha, yang lain tu aku tak berapa kenal sangat, sebab selama ni aku baru baca karya Nami je. semua buku Nami aku ada! (bangga)

tapi,  ini semua hanya tinggal harapan. akhirnya, dengan kemaluan yang menjinjit aku menghindar pergi dari mereka. tup tup dorang cakap (yang aku dengar) nak pergi makan. ahh, sadis. hilanglah mereka. hilanglah peluang aku yang utama. cais.

namun kepenatan yang tak disangka, dapat dibalas dengan secawan CoolBlog yang terpampang wajah Heliza yang comel lotey. hmm, Heliza, Heliza. boleh tak kita date sekali? mungkin, aku perlu mencuba membaca KasaRnova. katanya ada tips mengorat awek. rasanya mungkin boleh diaplikasikan sekali '5 Golden Rules' Wan dalam Lelaki EksistenSial.

dan aku, dengan langkah yang hampa, namun sedikit gembira. penat, namun sedikit terubat. :)




sempat pakai baucer buku, beli Kontrol Histeria, Sperma Cinta dan satu buku dari Buku Hitam Press, Lari Dari Syurga.

pis!