7/23/12

dimana letaknya pangkal?

manusia sering berteka-teki dengan hati. dan hati sering mempermainkan jiwa. dan jiwa seringkali terluka. dan akhirnya jawapan yang diperoleh menggugat kewarasan minda. dan minda yang kurang waras akan melakukan sesuatu berdasarkan nafsu. lalu nafsu akan memandu manusia ke arah yang tidak pasti. dan ketidak pastian itu biasanya membawa manusia ke arah kebinasaan. dan selalunya kebinasaan itu mengundang pelbagai bencana. bencana yang tidak diketahui apakah yang bakal berlaku. dan berlakunya sesuatu itu, tak mungkin akan membawa kepada kebaikan. dan kebaikan lampau jua tidak mampu menutup perkara kini. dan kini kita akan kembali kepada teka-teki yang langsung tidak kita ketahui dimana pangkalnya.

dari mana datangnya ia?

dan kenapa selalunya teka-teki mengundang kepada sebuah kehancuran? kehancuran moral dan jiwa. yang lebih menggerunkan seandainya keruntuhan spiritual yang melampau. manusia ni bila dah dikaitkan dengan perasaan, susah. sebenarnya aku juga sering terperangkap dalam perkara sebegini. kadang kerasionalan manusia akan tergugat. paradigma manusia akan mula menjadi tidak tentu hala. bermulalah neuron otak menafsir sekalian makna yang mungkin menjawab sebutir dua kata yang ditulis. kadang benar, kadang tidak. kadang menjadi nyata, kadang menjadi dusta.

kerunsingan akan berterusan dari hari ke hari memikirkan realiti yang tidak pasti. dan fikiran tidak pernah berhenti dari berterusan untuk memikirkan perkara yang sama. dan seterusnya, tanpa henti. mungkin sebentar ia berlalu, namun kembali bermain disini, di benak minda yang muak dengan sesuatu yang boleh dikatakan mimpi. imaginasi seorang manusia berotak kosong. umpama sebuah televisyen dipasang didalam bilik kosong yang gelap. tiada penonton yang boleh menilai jalan cerita. dan tiada kritikan mahupun pandangan. seperti itulah jua ia didalam otak yang tiada sambungannya pada hati dan jiwa.

apakah hari-hari berikutnya terpaksa diharungi dengan tangisan lagi? apakah berterusan bertelagah imaginasi dengan logik minda?

dan datanglah kemudiannya hari dengan khabar gembira buat jiwa yang menangisi perit.

No comments:

Post a Comment