9/24/12

kewajipan dalam pemilihan

selasa mengundi woi!

riuh nampaknya perjalanan pelajar-pelajar di USIM tatkala PRK berjalan. calon-calon yang berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding tidak kurang hebatnya mempromosikan manifesto masing-masing yang pelajar lainnya menantikan segalanya terlaksana. dalam 48 jam kiranya masa akan tiba untuk semua warga universiti memilih calon terbaik yang bakal membawa suara siswa ke meja pentadbir. sesungguhnya semua membayangkan sejauh manakah para pemimpin ini akan melaksana segala janji-janji yang ditabur, kerana merekalah pemudah cara untuk segalanya. sebagai seorang yang boleh dikatakan bawahan, suara kami ini pastinya sukar untuk didengari, lebih-lebih lagi mereka di pihak atasan.

sesungguhnya menjadi pemimpin itu amatlah besar tanggungjawabnya. terletak dua kaki pemimpin itu antara syurga dan neraka. jadi di bahu mereka terdapat anak-anak buah yang bakal dipimpin menuju kesejahteraan atau kecelakaan selamanya. dan mereka juga akan ditanya kelak, kemanakah kamu membawa pimpinan kamu?

pasti semuanya akan melarikan diri dari memegang amanah yang bakal dipikul ini kerana tahu akan beratnya takdir yang bakal menjelma. namun mereka yang berani ini tidak dapat lari dari jalan cerita yang telah tertulis sejak azali. dan kerana KAMU mereka tidak dapat lari dari kesibukan realiti serta kesilapan dan kekurangan. maka jangan mudah melatah seandainya segala macam tuntutan tidak dapat dipenuhi. pastinya segala macam perkara sudah terlanjur dalam benak fikiran untuk kemaslahatan bersama.

dan kerana tangan dan hati yang memilih, maka akan terciptalah satu jawatankuasa yang bakal memacu Universiti Sains Islam Malaysia kehadapan!

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. [21:73]

*malam ni aku nak tulis lain sebenarnya, tapi layan saja! 

p/s: universiti lain ada GM dengan Aspirasi, tapi tak nampak di USIM. tak merasa menjadi penyokong pembangkang mahupun kerajaan.

No comments:

Post a Comment