2/22/13


                                                                         "Yellow"

Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow.
I came along,
I wrote a song for you,
And all the things you do,
And it was called "Yellow".
So then I took my turn,
Oh what a thing to have done,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
You know, you know I love you so,
You know I love you so.
I swam across,
I jumped across for you,
Oh what a thing to do.
Cos you were all "Yellow",
I drew a line,
I drew a line for you,
Oh what a thing to do,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
And you know,
For you I'd bleed myself dry,
For you I'd bleed myself dry.
It's true,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine for, 
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine.
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And all the things that you do.


percayalah, aku masih tidak mampu. namun aku cuba sembunyikan dalam ego dan kesombongan.
percayalah, berikan aku ruang sekiranya aku masih berpeluang. khabarkanlah aku berita gembira sekiranya kau juga suka.

tiba-tiba

semalam, masa tengah tengok AC Milan sedang mendahului Barcelona, tiba-tiba ia datang menjengah ke dalam minda.

apakah maksud kemesraan yang dia pamerkan selama ini?

hmm, kenapa tiba-tiba terasa aku nak menyebut nama dia walaupun aku sebenarnya cuba untuk pergi.

aku cuba menahan. aku sedang menahan.

aku dah tak ada mood nak menulis panjang-panjang. minda dah makin tak rasional.

tapi akan aku cuba atasi semua ini untuk menceritakan jaulah aku di bumi sonata musim salju

:)

hmm. cuma mampu mengeluh panjang. lebih panjang mengeluh itu dari kata-kata.

ya ALLAH :(

2/20/13

dah pukul 1.27 pagi. aku masih belum tidur kerana aku ingin menaip.

entah apa yang semangat sangat aku nak menaip, aku pun tak tahu.

hmm. sebenarnya.. ahh. hilang mood. tak tahu kenapa.

kejap.

ok malas. selamat malam.

2/8/13

tolong

assalamualaikum,

salam sejahtera sekali lagi buat awak. ya awak.

hmm. maaf kerana saya terlampau marah. ya, marah. jika kerana perkara yang lalu, tidak. yang lama sudah lama saya maafkan. tidak pula saya kisahkan. namun, semuanya tentang perkara kini.

ya, saya amat tidak faham akan awak. kenapa ya? kenapa awak selalu sangat dera hati saya ni? kenapa awak tak faham maksud pergi? kenapa awak masih disini membebani hati saya? ya, saya sedang lupakan awak, tapi saya masih tak mampu nak lupakan awak sepenuhnya. malah rasanya sedikit pun tidak. entahlah, seandainya awak rasa ini hanya sebuah karangan untuk membuat awak menoleh, maafkan saya. terpulanglah pada awak untuk meletakkan apa jua persepsi sekalipun.

ya, marah saya sebab kini. kenapa awak masih nak bagi saya harapan yang saya sendiri tak pernah tahu apakah ia akan menjadi nyata. kenapa? awak masih suka... oops maaf, pernahkah awak suka saya? maaf sekali lagi. biar saya betulkan. apakah awak telah mula sukakan saya? saya langsung tak mengerti apa yang bermain dalam lubuk hati ataupun benak fikiran awak.

entah kenapa awak cuba kembali membalas apa saja yang saya kaitkan tentang awak. tapi dalam masa yang sama, tidak pula awak cuba membela diri. kenapa awak sering berdolak dalih bila saya tanyakan dalam kalangan mereka, rakan-rakan awak? kenapa awak tidak mahu mengaku atas soalan yang saya ajukan? sekurang-kurangnya, biarlah antara kita menjadi rahsia itu.

namun, awak terus membisu tanpa kata, meninggalkan saya dengan sebuah tanda tanya. sedangkan dari dulu lagi saya mencari punca, tetapi awak masih gagal dalam memberi jawapan yang kukuh dan utuh. mengapa? sedangkan saya hanya minta satu sahaja jawapan kini. mungkin sekali awak telah memberi jawapan dahulu, dan saya akur. tapi kini?

tolonglah. berikanlah sebuah jawapan yang pasti. jangan buat saya merintih. tidak pula saya mahu terus mengemis cinta manusia. tidak juga saya ingin berdagang kata menagih cinta. tolonglah. jauhkanlah diri dari saya sekiranya dia yang awak pilih. tolonglah. tolonglah.

saya dah cukup minta sedikit ruang dari hati awak, dan saya dah penat, sebab awak sendiri mematikan harapan itu, dan kini awak ingin hidupkan kembali. tolonglah, saya minta dengan cara baik. saya pun tak mahu memarahi sesiapa, lagi-lagi orang yang saya sayang.

tolonglah, buatlah satu pilihan yang pasti. janganlah dalam satu masa awak menginginkan dua jejaka dalam hidup awak. dan maaf sekali lagi kerana merasakan bahawa saya seorang yang sepadan untuk awak. dan maaf juga kerana merasakan saya seorang yang istimewa buat awak.

dan jangan juga awak menyatakan yang saya ini istimewa, tetapi hanya sebagai rakan. jangan.

tolonglah. pergilah padanya sekiranya benar awak suka, sayang, cintakan dia. lupakanlah, dan jangan beri saya sedikit pun peluang untuk mendekati awak, sungguhpun meminta bantuan.

ya atau tidak.
itu sahaja.

tolonglah. moga awak tahu akan ini.

2/4/13

(sila cadangkan tajuk)

celaka. memang celaka.

aku sampai tak tahu nak cakap macam mana lagi. hmm. tak, teknikalnya aku tak salahkan dia, cuma aku yang celaka. ahh. mungkin juga dia yang salah.

semalam, tak henti-henti dalam kepala aku bermain-main nama dia. kenapa? musykil aku. entah. padahal aku tengah tengok bola ni. sebab kalau tengok bola, biasanya aku memang fokus, ditambah lagi dengan sorak sorai penonton sekeliling, memang dalam kepala aku ni tak fikir apalah. lagi-lagi semalam aku fokus City harus kalah, supaya Manchester United terus kukuh bertakhta di persada liga. tapi Reina semalam, ahh.
menyumpah seranah aku sebab patutnya pasukan dari Merseyside tu patut menang, lepas Gerrard meletakkan Liverpool di hadapan dengan rembatan kencang yang melencong masuk ke penjuru kiri gawang, menewaskan penjaga golnya yang juga penjaga gawang England, Joe Hart.

tapi sekarang aku tak nak cerita pasal bola. sekarang aku nak cerita pagi aku yang tak tenang ni. sumpah serabut, sumpah.

aku sendiri tak tahu apa puncanya, dari semalam dalam kepala ni bermain pasal dia. tak tahu kenapa. sekali aku fikir pasal dia, terus aku cari alternatif. tapi alternatif tu sikit pun tak bawa aku jauh dari memikirkan pasal dia. hmm, padahal bukan aku pergi stalk dia ke apa ke. tapi tiba-tiba je. tiba-tiba

sampai malam tadi, nak tidur pun aku terbawa-bawa. tapi nasib baik boleh tidur. mungkin sebab penat sangat tengok bola sampai pukul 4. yelah, sambung pula Valencia lawan Barcelona. game tak berapa nak panas. seri sampai habis.

dan bangun paginya pula, tenang sikit lepas solat Subuh. tapi sekali lagi perasaan tu datang bila aku tengok gambar budak-budak kelas lain ni pergi PD hari tu. best pulak.

dan tiba satu saat, sampai aku dah tak boleh nak menghadap muka perempuan. ahh, kenapa?

sumpah. aku tak tipu. bila aku tengok muka perempuan je, aku akan mula teringatkan dia. entah. kau tengok? apa dah parah sangat hidup aku ni?

aku dah tak tahu, sampai sekarang aku dah macam nak pertimbangkan untuk terus berhubung dengan kaum bukan sejantina dengan aku ke tidak.

lost my words. damn.

2/3/13

tragedi tahun baru

akhirnya, 2 minggu berlalu.

inilah dia sebenarnya akibat seorang anak yang melawan kata, mungkin. haha, puncanya aku masih mencari.

tanggal 19 januari, sesuatu berlaku. benarlah jua kata pepatah, 'malang tidak berbau'. masakan tidak, bau cat sahaja yang mengerumuni deria bau. segalanya berpunca dari kecuaian dan kelalaian. begitulah manusia yang seringkali terbabas dari landasan. dalam acuh tak acuh, segalanya terjadi.

pagi.

pagi itu aku membantu ibu bapaku mengecat dapur yang baru sahaja diubahsuai. segalanya hampir siap. kini tugas aku untuk mengecat. entah apa yang bermain di fikiran. semuanya mungkin gara-gara aku tak boleh bermain futsal semalamnya. mungkin juga kerana keratan akhbar Harakah yang menjadi pemisah dinding dan jubin. barangkali masa itu aku berfikir, bagaimanakah gamaknya kerajaan pakatan bakal memimpin negara suatu masa kelak. dan tanpa sedar, aku terjerumus ke dalam sebuah lubang yang menarik aku masuk kedalamnya. ahh  aku menjerit, seumpama ada daya yang menarik aku jauh kedalamnya. wah, dah macam fiksyen. namun sememangnya ada daya, graviti. graviti itulah yang menjerumuskan aku. sebenarnya lubang itu adalah lubang yang bakal memuatkan dapur gas yang baharu.

entah macam mana boleh terbabas. masakan tidak, lubang itu sepenuhnya ditutup dengan kertas guni simen tu. fuhh, layan tak layan, masa jatuh tu bagaikan aku terbang di awangan sambil disambut oleh bidadari. PAMM! sedar tak sedar, buntut sangkut pulak dekat situ. mak kau, sikit lagi aku nak pijak dapur baru tu. dahlah kaca.

pergi bilik air. ingatkan luka kecil. rupanya haa! ternganga baik punya!

mati-matian aku ingat sikit yang amat. sudah. terus bapak aku hidupkan enjin kereta. vroom pergi NCI Hospital.

lepas tu, sampai je terus masuk bilik rawatan. bapak aku pergi daftar semua bagai. hmm, terlentang aku atas katil. dekat sejam la juga. eh, lebih kot. hmm, campur x-ray apa semua. yelah, takut kan retak ke, kepala lutut hilang ke. dah nama luka betul-betul dekat bawah kepala lutut, cuma lemak je kot lebih sikit. tu tak sampai patella tu. fuhh fuhh.

tunggu punya tunggu, doktor datang. sembang sembang, doktor cakap jahit je kat situ. untungnya, aku tak payah nak masuk operesyen tieter sebab luka aku tak memerlukan pembedahan besar. tapi bila difikirkan, doktor cakap apa nak tahu? sikit lagi nak kena sendi! fuhh! berderau darah. takut je karier aku dalam bidang sukan akan terhenti begitu sahaja :'(

"ni sikit lagi nak kena sendi ni. kalau tak memang dah kena bius tidur," dengan muka selamba doktor tu cakap. Dr. Maidin nama dia.

ha, nampak tu nampak? heh. maka bermulalah adegan karingeri disini. bius mula disuntik. pehh! pedor rasanya. mula-mula tadi dah kena jugak suntik. suntikan kancing gigi dengan tahan sakit.

dah siap bius bagai, maka doktor pun memulakan upacara jahit menjahit. takut punya takut, sampai rasa kebas tu pun aku dah tak boleh beza. fulamak, cempiyen woo doktor ni! macam jahit baju je, siap boleh tanya aku nak ejas sikit isi, gunting-gunting bagai. CAPP CAPP dia gunting, macam kau orang potong daging. haa macam tu la!

dan dengan lejennya aku menyaksikan adegan seumpamanya dalam hidup aku. sikit sikit prosedur berjalan. lalu doktor pun memulakan upacara dengan memasukkan benang dalam jarum. mula-mula dijahitnya kapilari kecil yang pecah. memancut-mancut darah tu bila dikuis doktor. aku nampak sedikit demi sedikit darah yang terbazir. CRETT! jatuh ke lantai.

lepas tu dimulakan penjahitan unggul pada lutut suci ini. comel je bila melihat benang-benang yang bakal mengikat luka aku buat 2 minggu lamanya. dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah~

satu, dua, tiga, empat, lima...."eh jahitan ni kecik sangat,'' ZASS potong, lima, enam, tujuh..."err kecik jugak", ZASS potong lagi, tujuh, lapan. haa cukup dengan benang nilon warna biru.

maka tercantumlah luka ini secara fizikal dan luaran. dalam? belummmmm!

sebenarnya masa dia jahit tu, ada je kawasan yang tak berapa kena bius. ah, terasa jugak sedikit sebanyak kesakitan.

dan disini bermulalah kisah aku dan misi-misi hospital mahal (nasib baik ada insurans).

2 malam masuk wad. dan bosannya Tuhan saja yang tahu. tak berani aku nak tekan panggil misi teman aku tidur. auww!

entah. aku dah malas nak cerita. sebab part yang best masa dia jahit je. itu sebenarnya yang menjadikan ia suatu kenangan paling lejen dalam hidup aku, haha.

lepas tu balik.  kaki tak boleh bengkok. maka berjalanlah aku seperti si tempang kehilangan tongkat.

*****

1/2/2013. dah sampai masa dibuka jahitan.

dan keputusannya menakjubkan! saya bebas HIV!

oops maaf. salah main kaset.

dan keputusannya menakjubkan! luka aku pulih seperti yang dijangkakan. alhamdulillah!




dan setel! aku dah boleh menjalani kehidupan seperti biasa :)

dan apa yang berlaku pula esoknya? jeng jeng jeng~

Malaysia?



Malaysia. Hmm


tak lama lagi korang akan tengok orang Malaysia pakai kereta besar je di jalanan, rumah besar di tepian. sebab mereka yang tak mampu akan mati begitu sahaja tanpa diendahkan mereka yang telah mengaut kuntungan dengan rakus.

takut sudah aku, takut. mengejar status negara maju tak mungkin akan menjadikan rakyatnya bahagia, malahan menderita.

sebab satu hari nanti kau akan sedar, modenisasi ni sebenarnya hanya menjadikan manusia itu kembali ke belakang. satu hari nanti kau akan sedar hidup dalam gua, bawah jambatan adalah satu nikmat. sebab apa? sebab mereka ini yang senantiasa mengisi poket mereka tanpa henti.

ya, kesusahan rakyat perlu dibantu. namun, apakah sekadar RM500 itu cukup untuk keperluan setahun? apakah kerajaan sudah tidak mampu peruntukkan pelbagai lagi yang sepatutnya menjadikan manusia hidup lebih bahagia dan tenang tanpa memikirkan segala macam benda yang menjadikan manusia hidup dalam bencana dan kesukaran?

entah. siapa sebenarnya yang bakal menjerumuskan rakyat ke kancah kemunduran, kemusnahan? ya, hari ni kau boleh dijulang megah oleh rakyat dan warganegara yang tidak sedar bahawa kemajuan yang kau bawa hari ini sebenarnya merugikan seluruh penduduk di negara ini? sedikit demi sedikit kau tutup kelemahan. rumah murah kononnya, walhal kalau sebuah jalan penyelesaian diambil bagi mengatasi kenaikan harga rumah yang melampau, bukankah lebih elok? penyelesaian mudah membina rumah kos rendah sebenarnya menjadikan manusia itu lebih daif.

ya, negara bakal menjadi lebih maju seandainya kerajaan tidak korup dalam mentadbir negara, menjadikan segala macam pembangunan seperti membina istana pasir.

hmm, mungkin. sedikit sebanyak yang aku perkatakan ini adalah kesedaran yang timbul dari mereka yang faham dan sedar akan realiti yang menghantui rakyat Malaysia yang kini hanyut dengan segala janji yang bakal ditepati. entah pelbagai macam nak bina di Malaysia ni. kau orang tengoklah, sampai suatu hari nanti nak duduk dalam bilik berhawa dingin akan terasa panasnya. mungkin bukan panas kerana bahang habanya, kerana panas buntut, pening memikirkan hal-hal pembayaran balik pinjaman dan sebagainya.