5/28/12

salah


Aku tak tahu sampai sekarang, apa perkara yang aku buat itu betul.

Dari kecil, aku selalu buat benda yang salah, pilihan yang salah, langkah yang salah. Bukan aku tak yakin dengan takdir, cuma aku tak tahu. Dan dari dulu asyik kena marah. Kadang-kadang aku terfikir, apakah selamanya aku akan buat benda yang tak mungkin betul dipandangan mata aku sendiri?
Dulu, ronda-ronda naik basikal dalam hujan, umur berapa aku tak ingat. Tapi apa yang aku pasti aku menunggang basikal pertama aku. Basikal itu warna hijau. Sekali pusing satu taman, terjumpa ayah aku yang tengah cari aku. Mana tak angin, balik-balik mandi kena sebat. PIAPP!! Sedap jangan ceritalah. Pernah juga kena cubit dengan marah sebab main masa orang solat. Kadang orang lain fikir benda tu biasa sebab budak-budak. Tapi bila aku menjengah ke masa silam, bagaikan berkait sampai ke hari ini.

Apa yang salah aku sendiri tak dapat nak tulis.

Sumpah, aku tak salahkan takdir. Cuma kadang aku merenung diri aku, apakah selamanya aku akan buat benda yang salah? Jatuh cinta dengan orang yang salah? Pilih kerja yang salah? Berkahwin dengan teman yang salah? Aku sendiri musykil. Aku tahu, segalanya pasti ada hikmah. Ampunkan aku Ya ALLAH andai aku kurang sabar dengan takdir-Mu. Aku hanya tak mampu mencari jalan. Itu sahaja. Kadang mungkin aku mengeluh di pertengahan jalan kerana tidak menemui arah ke penghujung. Mungkin juga aku cuba mencari mentari di sebalik kelam langit diselubungi awan.

Biarlah. Mungkin ia bakal menjadi pengalaman dan kenangan. Kalau semua orang buat benda betul, tak adalah kesalahan kan? Tak mungkin semua orang akan jadi doktor, bukan? :)

Mengorak langkah menuju kesempurnaan, bukankah begitu? HAHA

5/6/12

demi mencari erti hidup

memang sukar. segalanya amat sukar. sebuah keputusan terpaksa diambil demi kebaikan bersama. aku tahu aku ini tidak sempurna, tidak maksum. aku juga insan biasa yang mengharap untuk hidup bahagia dengan yang lainnya. tapi aku tahu. bahagia bukan untuk aku buat kini. aku tahu, bahagia yang menarik aku ke arah derita. dan derita juga membuat aku semakin alpa. aku tahu, semua ini adalah buruk bagiku namun aku terus berjalan di atas jalan ini. sungguh, aku masih mencari bahagia. bahagia di dunia fana dan bahagia selamanya.

dan disebalik duka, Dia perkenalkan aku dengan seorang insan yang senantiasa menemani. aku tahu, aku lakukan segalanya dalam keadaan terburu-buru. sungguh, dia juga terpinga akan kelakuan aku. tindakan aku juga mencurigakan. tapi apa yang pasti, segalanya adalah yang terbaik buat semua, aku dan dia. segalanya pantas berlalu. perkenalan singkat ini barangkali mencuci sedikit duka. disaat minda memanggil memori pedih, lawak jenaka kadang kala menapis mata dari menerobos kedalam ruangan silam.

mungkin aku juga silap. segalanya berlaku secara drastik. aku sendiri bingung mengapa aku memilih jalan ini. aku sedikit pun tidak berniat untuk mempermainkan sesiapa. mungkin juga kadang jemari silap menyusun kata, namun andai tersalah pasti akan diundur semula perbuatan. andai aku bisa mengatur hidup, pastinya aku ingin membahagiakan semua insan yang berada di sekelilingku. sungguh, aku masih setia. iyalah, rambut manusia sama hitam, hatinya lain-lain. definisi hidup setiap manusia tak akan mungkin sama. aspirasi hidup juga tak mungkin sama. kerana hatinya ada bersama minda dan nafsunya. maka tidak hairan akan erti bahagia serta jujur dan setia itu disalah erti.

sungguh, aku sedih. aku sedih kerana meninggalkan insan-insan yang senantiasa menyokong aku dari belakang. aku juga manusia biasa. dua kaki ini tidak mungkin berdiri teguh sungguh seluas mana kangkangnya sekalipun. keluhuran hati juga pasti akan luntur. kata-kata juga pastinya berterabur. namun, sekali melangkah tidak semestinya dia tidak akan berpaling, tetapi biarlah palingnya hanya sekilas, demi mengubat siksa dijiwa, melepaskan yang lama. biar juga yang baru sepertinya, tetapi baik darinya. hidup tak selalunya indah.

segalanya takdir ALLAH. aku hanya merancang, Dia menentukan. sampai mana aku meniti jalan ini, aku jua tidak pasti. sesungguhnya hidup ini diatas landasan takwa. dan mengiringi kita adalah iman. andai berhenti kita di perhentian leka, maka nafsu bakal menggamit. iman semakin berlalu. saat kita ketinggalan, satu-satunya talian hayat kita gunakan. meminta hidayah datang membawa kita pulang.

ya ALLAH, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. AMIIN.

Dan ditanyakan kepada orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Rab (Tuhan) kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan." Bagi orang yang berbuat kebaikan di dunia ini, balasannya adalah kebaikan (pula). Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik lagi; dan amatlah nikmat negeri itu bagi orang yang bertakwa. (16:30)

5/3/12

segalanya terbukti

alhamdulillah.

hari ini segalanya ditunjukkan. hari ini aku tahu bagaimana rasanya ditohmah serta dituduh dengan segala prosa kata yang langsung lahir dari sebuah perasaan yang dinamakan cemburu. tapi bayangkan, cemburu membabi buta itu sememangnya membawa padah. dan hari ini aku tahu bila kasih sayang yang dicurah tanpa disedari bakal berpaling tadah menjadi sebuah amarah dan benci yang menyusup masuk dalam sebuah hati yang senantiasa menunggu sebuah titik pusingan untuk menuding jari atas perbuatan yang diri ini lakukan.

dan alhamdulillah aku telah sedar betapa sebuah kata yang bisa diungkap pada semua manusia namun hanya mereka yang mengerti bisa memahami.

tidak mampu aku ungkapkan disini kerana aku masih belum dapat mentafsir makna kata itu yang seringkali aku rasa untuk seorang manusia.

apakah segalanya sebuah petanda yang aku ini hanyalah boneka? boneka tentang kisah hati yang punya rasa. namun perasaannya kadang tidak dimengerti. sebuah perasaan yang sekadar singgah di pinggiran hati hanya datang mengetuk semata bertanya dimanakah jalan keluar dari hati manusia itu?

hikmah ALLAH itu kadang datang dalam bentuk yang kita sendiri tidak menyangka ia datang.

datangnya dalam kita gembira.
datangnya dalam kita hiba.
datangnya dalam kita ingat.
datangnya dalam kita alpa.

mungkin SAYANG itu bukan untuk diluah, tapi  untuk dirasa. mencari insan yang tepat untuk ditunjukkan rasa itu amat sukar, bila bayangan perasaan menyembunyikan jasadnya dari dilihat oleh mata kasar yang dikaburi oleh pandangan yang melulu.

ya. memang aku memang. manusia takkan pernah menyangka balasan akan tiba sekelip mata dihadapan mereka. sungguh.

moga SAYANG yang lahir selepas ini sememangnya hanya SAYANG yang lahir kerana SAYANGNYA kita pada Yang Maha PENYAYANG..

jangan pernah kau cari cinta manusia selagi cinta ALLAH tidak kau kecapi.

andai kau tahu coretan hati ini disini, berbahagialah dikau disamping mereka yang menyayangimu. aku sudah tidak layak.