1/1/12

tahun baru

assalamualaikum :)

alhamdulillah, bersyukur jua ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memebri kita peluang untuk terus bernafas serta bertapak di bumi ini. dan sekali lagi aku diberi peluang untuk melewati hari pertama dalam kalendar untuk kali ke-19. dan dalam 1 malam sahaja segalanya berlaku.


ternyata tiap tahun pastinya tidak akan terlepas dengan acara sedemikian : Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka. berkumpulnya sekalian manusia hanya untuk mendengar konsert dan menyaksikan pertunjukan bunga api (walhal di dalam televisyen juga nampak jelas, tidak bermakna cemburu tetapi ia realiti). dan ada juga ura-ura yang menyatakan ada satu lagi perhimpunan didalam sambutan ini.


sememangnya sangat rugi apabila terlepas dari mengikuti program ini. pengisian malam tahun baru telah sedikit lari dari kebiasaannya. sekiranya sebelum ini malam 1 januari pasti dicemari denagn himpunan muda-mudi berseronok tanpa pernah memikirkan untuk menjalani tahun baru dengan mukadimah yang suci. alhamdulillah, penganjur dengan jayanya telah mendapat ilham bagi menarik minat belia untuk tidak mensia-siakan malam pertama di tahun baru. bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, kehadiran Ustaz Azhar Idrus serta gelagat Zizan tidak mengecewakan hadirin yang menginginkan satu perubahan dalam kehidupan mereka saban tahun. 80,000 ribu orang dimaklumkan hadir ke majlis ilmu sebegini. amat indah apabila jemaah tidak terlepas dari melaksanakan solat Maghrib dan Isya' berjemaah. sekiranya tahun hadapan masih ada, insyaALLAH saya tidak akan terlepas untuk ke sana :)

dan tanpa disangka sebenarnya.


mahasiswa terus ditindas tanpa pernah melihat akan rasionalnya objektif mereka. berkumpul mereka adalah untuk menuntut sebuah kebebasan. kebebasan yang hanya mampu dilihat oleh hati dan jiwa yang luhur. bukannya sekadar melihat kulit serta paras rupa dan gaya. Himpunan Aman Mahasiswa hanyalah sekadar meluahkan isi hati serta harapan mahasiswa Malaysia demi sebuah kebebasan nyata dan bukan hanya sekadar kebebasan yang diwar-warkan. dan mahasiswa-mahasiswa inilah yang sebenarnya akan menegakkan serta membawa Malaysia kembali gah dan memimpin ibu pertiwi menuju ke arah lebih berjaya dan bukan berselindung di balik tabir janji politik semata-mata. dan dari khabarnya, polis bertindak ganas sehingga menitis darah di bumi ilmu UPSI. 

dan Malaysia, bagaimanakah anda hari ini? apa yang telah anda lakukan semalam? dan apakah hari ini lebih baik dari semalam? dan apakah yang telah anda rancang untuk hari esok?

baikkah? burukkah? samakah?

"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kelmarin maka dia termasuk orang yang beruntung, yang hari ini sama seperti kelmarin dia termasuk orang yang merugi dan yang hari ini lebih buruk dari kelmarin dia termasuk orang yang celaka"

maka ayuhlah, kita teraju hidup kita ke arah lebih baik, insyaALLAH :)