assalamualaikum,
menulis saya hari ini untuk awak yang sedang sengsara menagih cinta. tapi kenapa ya? kenapa perlu menanggung derita? saya pun tak tahu. sedih rasanya melihat awak merasa begitu. tapi saya tak tahu apakah awak melihat saya bersedih tika merasa begitu.
saya tahu, saya juga kadang kala membuat anda tersiksa, namun mengertilah, siksa itu kerana saya juga tersiksa. saya tahu awak menanti cinta darinya, namun mengapa pertu dialirkan air mata kerananya? dimanakah awak yang dulu? saya tahu awak bukan begini orangnya. perlukah awak menangis kerana cinta yang penghujungnya misteri?
ya, saya tak mahu awak ulangi apa yang saya lakukan terhadap awak. pernah jua saya tangiskan kepergian awak. saya tahu mungkin saya tidak layak untuk meraih apa yang terbuku di jiwa, tapi percayalah, perasaan ini senantiasa melanda tatkala saya sendiri kurang pasti akannya.
mungkin jua banyak perkataan yang saya lontarkan pada awak memberi kesan pada hari ini, namun percayalah, saya tahu mengapa ia terjadi.
dan hari ini segalanya berlaku. dan nampaknya tidak perlu saya berbicara akannya, kerana empunya badan sendiri tahu. namun ingin saya katakan, usahlah menyiksa diri andai ia merosak jiwa. usah mencari taufan saat badai lepas melanda.
seandainya masih ada peluang, dan ALLAH izinkan kita bersama, harap awak terima saya seadanya. saya tahu awak tak akan tahu akan ini, tapi biarlah ini sekadar luahan. jikalau Dia mahu awak melihat warkah ini, maka itulah takdirNya.
salam rindu yang tak kesampaian.
No comments:
Post a Comment