1/26/13

hairan

tiba-tiba sesuatu hadir ke fikiran.

kenapa seseorang itu masih memerlukan insan lain yang mahu menagih cinta dari dirinya? sedangkan dalam hatinya telah bertakhta seseorang yang telahpun menyingkirkan insan yang menyintai dan menyayangi dirinya suatu ketika dahulu.

hairan dan runsing memikirkan. tak perlu rasanya hendak memikirkan hal sedemikian sedang diri dalam penantian. kalau dulu senang-senang tolak orang lain, tapi sampai suatu ketika, dia masih mahukan orang itu suka pada dia.

aku tak tahu. mungkin bukan aku. tapi kalau orang lain yang kena macam ni, boleh nampak tak apa rasional dia? apakah dia tiba-tiba ada perasaan pada orang yang dikecewakan, atau sengaja mempermainkan perasaan manusia itu yang pernah hampir gila disebabkannya?

kabur.

tak mengapa, nantikanlah seandainya suatu hari nanti ALLAH tampakkan siapa jodohnya. berusaha seberapa kali pun, andainya kecundang, lama kelamaan kalau benar dia jodoh kita, pastinya Dia akan mempermudahkan jalan. pasti satu hari nanti dia sedar. pasti satu hari nanti dia akan sedar kekurangan pada dirinya akan dilengkapi kita.

'kalau takut dirundung kecewa, mengapa berani menduga cinta?'

1/25/13

maut

alhamdulillah. bernafas lagi aku hari ini. bernafas untuk terus berbakti. bernafas untuk terus menabur budi. biarlah aku coretkan dahulu segalanya sebelum peringatan ini menjauh dari aku  yang lalai.

sebentar tadi, baru sahaja aku membaca sebuah catatan. catatan seorang ibu akan tentang perjalanan anaknya yang tercinta menghadap Ilahi.

sesungguhnya, kuasa ALLAH itu amatlah besar. Dialah Al-Muhyii, Dialah Al-Mumiit. Dialah yang berkehendak dalam apa jua tindakan. berhak keatasNya memuliakan dan menghinakan manusia itu.

begitu indahnya perjalanan arwah Siti Hajar bt Ahmad Sabir meninggalkan dunia yang fana ini. bagaimana ALLAH ingin memperlihatkan mulianya insan yang diangkat darjatnya.

sungguhpun aku langsung tidak mengenalinya, warkah ibundanya ini sudah mampu menzahirkan getar dalam jiwa, membawa aku menilai diri dari semasa ke semasa. lalai, alpa. penuh dosa.

ya ALLAH, ampunkanlah aku. aku tahu, sifatku yang pelupa ini, bahkan sifat manusia itu sendiri yang sering alpa dan lalai. hadirkanlah peringatan buatku selalu. teguhkanlah imanku padaMu. sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkaulah jua Maha Pengampun dan Maha Berkehendak.

alFatihah.

http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html?m=1

1/24/13

maafkan aku ya Rasulullah

saban hari aku berjalan
memegang pangkat seorang khalifah
diberi tanggungjawab memakmur bumi
serta menjalankan ibadah kepada Dia

keranamu
aku Islam hari ini
keranamu
agama ALLAH masih berdiri
keranamu
mekar pekerti sekalian insani

namun
dalam aku mengenang semua ini
apakah dalam sekelumit rasa
masih terpahat namamu ya Rasulullah

maafkan aku ya Rasulullah
maafkan aku ya Rasulullah

ya ALLAH
berikanlah aku kekuatan
hadirkanlah peringatan
lapangkanlah fikiran
moga kekasihMU jua aku cintai



اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَّى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


aku masih belum sempurna mencintaimu ya Muhammad...




Salam Maulidur Rasul. 24 Januari 2013 12 Rabi'ul Awal 1434


"make a space for our Prophet in our heart"

1/23/13

sakit jiwa

pergh.

pahal la pagi-pagi ni ada nak buat aku sakit hati. ada nak makan penampar. ada je. ada je.

kalau dulu dah cakap macam-macam, kenapa hari ni? aishh. faham tak mental.

dahlah tak cakap siapa-siapa. aku ni dah lah mudah terasa. damn.

mampus. mampus. hanya Tuhan yang tahu apa aku rasa sekarang. hmm.

tolonglah jangan siksa jiwa aku.

1/18/13

aku dan rokok

huh. aku mental sebenarnya malam ni. mental gila sebab aku dah semangat nak pergi main futsal. berbekalkan semangat kesukanan serta semangat persahabatan aku tabah meminta kebenaran kepada bapakku, namun dengan mudah dia menyangkal permintaan aku, "mana ada orang main futsal pukul 12? pukul 7, 8 adalah." zzz. marah, kesal, semua ada. sebab aku pelik, tension dengan bapak aku. susah nak cakap dengan bapak aku. sebolehnya dia nak menang. tapi biarkanlah, malam dah berlalu.

sebenarnya bukan sebab itu aku nak menulis. lain sebenarnya.

aha, puas sebenarnya aku malam ni. haa, aku bukan tengok video lucah ke apa kan. aku baru selesai membaca blovel Nami. mesti siapa yang baca ni tak kenal siapa Nami, tak pun hanya aku yang tak tahu korang dah kenal Nami lama dah. ahh, benda kecil. bla bla bla.

baru hari ni sebenarnya aku dapat baca 'Rokok Nan Sebatang' karyanya. lepas 4 jam aku baca. geram punya pasal. ahaha. tapi apa yang membuatkan aku boleh baca blovel ni dari pukul 11 lebih sampai tak lama tadi, adalah kerana aku mampu menyusup masuk ke dalam setiap benak minda Nami. bayangkan, setiap kisahnya seperti benar-benar berlaku. kalau korang pergi baca terus Rokok Nan Sebatang ni, memang korang akan hilang, keliru dan tak tahu menahu watak-watak dalam blovel ni. tapi serius, korang kena baca dulu novel-novel dia. sebelum ni dia dah menulis novel, iaitu Bayang, Awek Chuck Taylor dan Lelaki EksistenSial. dan sekarang dia dah keluarkan dua novel baru, iaitu Bau Semangat Anak Muda dan Diorama Eksisten. sekarang kalau boleh aku nak kumpul semua novel dia, sebab dua novel yang aku ada sekarang, ACT dengan Lelaki EksistenSial terbaik amat.

bayangkan, ACT tu sebenarnya berlandaskan sebuah kisah benar. bak kata dialah, yang aku ada tweet dia sekali, bertanyakan tentang ACT. "50% betul" tak silap aku. tapi novel ni, yang mengisahkan Hafiz, seorang mahasiswa di universiti yang ditendang keluar kerana kerapkali gagal, kembali menuntut di sekolah. kisahnya, Hafiz jatuh cinta pada seorang gadis, yang tidak lama kemudian, jatuh cinta kepada adik Mira, teman wanitanya. Shayna, atau Nana juga menyimpan perasaan terhadap Hafiz. lepas tu, haaa... sendiri beli dan baca :) sumpah terbaik!

kemudian, Lelaki EksistenSial. mengisahkan seorang lelaki yang hidup dalam kemodenan, yang tidak berhenti mencari nilai hidup sebenar, dalam kebangkitan dirinya menerjah alam kehidupan yang menghimpit menjadi seorang eksekutif di syarikat. dalam masa yang sama, dia bertemu dengan pelbagai jenis wanita, yang baginya masih belum dapat memenuhi piawaian cinta yang ditafsir oleh watak utama novel ini. baginya, seorang gadis yang telah membuatkannya jatuh cinta itulah, membuatkan dia meletakkan garis panduan dalam mencari teman hidup.

kalau Rokok Nan Sebatang ni pulak, mengisahkan Wan, yang lari dari kesibukan kota dan lari dari hegemoni mamak dan tomyam yang menjajah lidah warga kota, bertemu Romi, seorang manusia terprogram dalam menjalani kehidupan seharian. mereka tanpa berkenalan dengan lanjut bersama mencari pengalaman dalam jauhnya perjalanan yang mereka lalui bersama, diwarnai dengan pelbagai watak dan babak-babak yang tak dijangka.

tapi sememangnya, bagi aku, Nami Cob Nobbler, seorang penulis yang terbaik. bagaimana dia mampu untuk mengolah sehabis baik kehidupannya sendiri serta persekitaran sosial yang mampu dimuatkan dalam sebuah karya. sungguhpun begitu, dia masih lagi dapat menggarap isu-isu yang bagi kita telah lapuk, ataupun beberapa isu yang kita langsung tidak cakna. pemikiran Nami yang luas juga sebenarnya yang menarik aku untuk membaca setiap kata yang ditulis dalam semua karya penulisannya. idea-ideanya yang mampu membuat minda berfikir serta menjadi lebih terbuka.

aku akui, kadang kala ideanya dalam novel-novelnya kadangkala seperti bercanggah dengan rasional yang kita hadapi, namun ia perlu sebuah minda yang dapat menafsir serta mengkaji setiap patah kata dan ideologi yang dilontarkannya kepada pembaca. mungkin bagi kita ia akan membuatkan kita melonjak serta melompat kehairanan, tetapi seandainya dibuka seluasnya pemikiran yang kita ada, bagi aku karya Nami dapat diletakkan sebaris dengan novel-novel aliran utama masa kini.

ahh. mungkin jua kerana aku baru baca novel-novel sebegini. haha. walauapapun, novel Nami tetap terbaik!

p/s: serius. bagi aku lebih baik dari novel RAM. dan nak sambung lagi, apa tah tajuknya. lupa.

silalah menjenguk: rokoknansebatang.tumblr.com

1/17/13

produktiviti? sifar

assalamualaikum :D

dah kenapa aku soleh sangat bagi salam ni. aku pun tak tahu. aku nak menulis sebenarnya, tapi langsung hilang. kemana sudah pergi segala idea keramat yang tersimpan dalam minda. hmm. bosan hidup ni.

entah. apa sebenarnya aku nak tulis ah? aduh, boleh sakit jiwa tahu tak.

ah.

1/13/13

pedor

pedor. sampai ke ulu hati terasa. bayangkan, kau mula-mula ingat member kau nak melawak kan. kejap lagi kau tengok apa jadi. pedor tak pedor kita ni. kalau kau tak rasa pedornya aku tak tahulah, melainkan kalau kau bukan saudara aku. kejap ye kejap.

printscreen printscreen. tak payah la aku nak hitamkan kot nama dia sebab dia tak privatekan akaun dia.


batak tak batak aku baca. terasa bhai. walaupun sebenarnya nanti dia jawab macam ni.


aku boleh nak cubit je pipi montel member aku ni. tadi dah macam serius dah. alih-alih memang ada ceritanya. zzz

tapi sini aku nak tanyalah. kalau kau orang tanya orang macam ni kan, tiba je dia jawab dengan seriusnya macam jawapan kat atas? tak tahulah kalau semua ni rajin baca Al-Quran selalu. alhamdulillah.

namun bagi aku, ia sesuatu yang amat mendalam. dalam sangat. mungkin, jarang sangat aku selak helaian demi helaian kalam ALLAH ni. mungkin, iklim dini yang ku rasakan dahulu kini pudar. hmm

tapi terima kasih sahabat atas peringatan ini. terima kasih :)

p/s: teringat nak cari cerita sultan muhammad al-fatih tu. mana hala pulak aku nak cari? zzz



1/10/13

beza

seminit sebelum pukul tiga. hanya aku yang masih belum melelapkan mata.

tak tahu kenapa aku membuang masa tanpa memanfaatkan masa rehat yang dikurnia ALLAH sebaiknya. hmm. apakah kerana aku masih berpegang pada falsafah "malam masih muda"? sekadar membuang masa, melepak di laman, menghirup udara didalam rumah. apakah? zzz

terfikir sejenak. kenapa orang yang suka menulis dalam bahasa inggeris ni macam agak dipandang? tak tahu. duh, terasa bodoh sebentar. aku tak tahu apa motif aku dengan melawat blognya. apa yang aku cari sebenarnya? tentang aku? tak. aku tahu dia tak mungkin begitu. dalam hal ni, mungkin aku mengaku salah walaupun aku tak tahu dan mengerti dengan jelas kesilapanku. tak, aku tak mahu apa jawapan atau pandangan dia terhadap aku, perbuatan aku. cuma aku nak tengok, apa isinya. apa yang menceritakan dan menerangkan kehidupannya.

aku tak tahu. aku cuma sempat menjeling sebelum aku menekan butang pangkah. sedikit sebanyak, aku cuma dapat membaca sekilas pandang. entah, apa yang dia tulis sebenarnya? tak faham, dan aku malas untuk memahami. sebab... hmm, aku hilang dalam kata.

ya, sebenarnya aku memang tidak suka akan kekalahan. siapa suka sedangkan kau telah berusaha sedaya upaya untuk menang, lalu semudah itu sahaja kemenangan berpihak kepada musuh ketat kita, musuh tradisi. sepertimana City menang BPL dari United. aku sendiri tak dapat menafsir apa yang kurang dalam diri aku yang ada pada dirinya. kalau nak cakap matang, jangan cakap dengan aku. mungkin perlakuan aku seharian tak memungkinkan manusia yang memandang untuk menyatakan apa yang sebenarnya berselindung disebalik  perwatakan yang bersahaja. ramai yang memandang manusia sebegini hidup tanpa arah tujuan. jangan. jangan pernah sekali menilai dari apa yang anda lihat sebelum anda betul-betul dan benar mengenali seseorang.

selalu aku berharap, jemari yang menaip ini tidak akan membawa imej hipokrit. kadang aku takut, ini sekadar kata sahaja, walhal aku ini memang benar sepertimana yang digambarkan kalian. aku tak tahu. manusia itu rambutnya sama hitam, hatinya lain lain. aku cuma mahu menjadi diri aku sendiri, tidak mahu aku dibayangi nama orang lain. biar aku punya watakku sendiri, walaupun kecil dan tiada yang memandang.

serius, jangan. jangan pernah perkecilkan orang lain. jangan terlalu awal menilai tanpa risikan terlebih dahulu.

jangan mudah percayakan aku andai kita belum pasti saling percaya.

sebenarnya aku tak pernah cukup untuk berkata kata. seandainya minda ku ini sebuah bekas, akan terus ku curahkan semuanya ke dalam blog ini. namun, sepertinya ia bagaikan keladak yang mendap di dasar perigi.

sumpah aku nak mencarut sebenarnya. sumpah.

1/6/13

kabut

aku nak cakap sesuatu tadi, tapi dah lupa sebab seronok sangat tengok kebangkitan setan dari ketinggalan :)

entah, sebab aku rasa cakap di sini lebih molek, sebab aku rasa member aku dah meluat tengok pelik-pelik aku tweet. haha, maaf sahabat sekalian :')

hmm, lupa. lupa. tapi mungkin nak cakap yang aku sangat sedih. tak tahu apa yang sedih sebenarnya. biarlah.

oh ya. aku tak perlu nak kabut kejar perempuan. awal sangat nak mengorat. haish.

lantak ah. serabut.

1/4/13

keputusan



kelihatan manusia ramai berpusu-pusu masuk kedalam dewan. aku sendiri sudah siap siaga menanti kedatangan tetamu kehormat. dihadapanku ada seorang yang aku minati. aku cuma dapat memerhatinya dari belakang. lalu pengacara memulakan acara.


"mengumumkan ketibaan seri paduka baginda yang dipertuan agong SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR....." aku tak berapa nak cakna apa yang dikatakan.


kelihatan seorang wanita berdiri diatas pentas. kurang pasti apa yang ingin diperkatakannya. sepertinya dia akan bersyarah akan sesuatu. kelihatan majlis ini seperti sebuah syarahan perdana gamaknya.


dan secara tidak semena, gadis yang aku minat itu mengadu sakit kepala. dan secara kebetulan, ada seorang lelaki yang duduk disebelah aku. kurang pasti aku akan wajahnya, namun seperti biasa sahaja ku lihat. tetapi akan sesuatu yang kurang menyenangkan, dengan sewenangnya dia menghulurkan pertolongan dengan memicit-micit lembut kepalanya. lalu, dengan perasaan yang bercampur baur, aku berlalu pergi keluar dari dewan itu.


aku kurang pasti perasaanku semasa itu. namun apa yang pasti, ia bukan sesuatu yang positif.





*****






aku terjaga. sepertinya ia satu petanda. ya, ia datang. terlebih dahulu, awal lagi dari apa yang ku coretkan baru-baru ini.






aku tidak tahu. sewaktu itu, belum terlintas lagi untuk ku memohon petunjuk dariNya akan perihal ku kini.






serasa ada benarnya juga kalam sahabatku itu. mungkin jua aku patut pergi. pergi dari kenyataan. berlalu tanpa menyertakan kata.






mugkin jua hidup dia ada jalannya, dan jalanku di arah yang berbeza. mungkin kami punya haluan yang sama, namun perhentian dan destinasi kami tidak sama.






lalu aku mengambil keputusan, aku sebulat hati merelakan pemergiannya. kini dia bebas dari belengguku. tidak lagi aku mempersoal perasaan dan perlakuannya. biarlah, semoga dia layak untuk insan yang dia suka.






selamat tinggal. bon voyage.






namun memori tetap ku simpan, buat panduan di masa hadapan. tidak ku berpaling untuk mencari, tetapi mencari silap yang pasti.






ya, tak mungkin juga dia berpaling. ah, biar sahaja dia berlalu.
















1/3/13

sentap

entah mengapa. satu rasa dan keputusan yang tiba-tiba mendatang.

saat perbincangan aku dengan rakanku malam tadi benar-benar mendatangkan sebuah tanda tanya. mungkin itu pendapat peribadinya, namun ia membuat aku berfikir sejenak, akan apa yang ku lakukan sebelum ini.

tak tahu kenapa.

segalanya bertitik tolak daripada mimpiku petang kelmarin. apa sahaja yang muncul dalam mimpi itu tak dapat aku tafsirkan secara menyeluruh. kadang kala mimpi itu hadir kerana kita terlalu berfikir akannya. apakah sejak dua menjak ini, aku asyik memikirkan tentang perkara yang pernah berlaku tidak lama dahulu.

ya, mungkin. sampai aku rasa bersalah akannya. tak tahu mengapa, bagaikan saja aku telah meranapkan impian yang dahulunya berdiri megah. ahh durjana semua ini.

mungkin, apa yang sahabatku katakan tadi benar. berdasarkan pandangannya, mampu membuat aku merenung akan apa yang ku lakukan sebelum ini. terus aku hilang tanpa kata. sambil aku mencari dimana garisan yang memisahkan sayang dan benci.

bila ku dengar apa yang diluahkan sahabat ku itu, terus hatiku berdetik, apakah selama ini aku buta? ataupun aku melakukan perkara yang benar? patutkah aku terus berada di jalan ini mengekorinya, ataupun terus aku mengambil simpang yang berdekatan?

hmm. ALLAH masih belum mengirimkan jawapan. atau mungkin aku yang tidak sedar petandanya.