12/31/11

cuti sekolah?

hmm. nampaknya bulan disember bakal menemui penghujungnya. maknanya, cuti sekolah juga bakal berakhir tidak lama lagi. maka berduyunlah ibu bapa serta anak-anak memenuhi pasaraya-pasaraya berhampiran untuk membeli persalinan persekolahan serta pelbagai aksesori berkaitan untuk anak-anak. tidak terlepaslah saya menemani ibu bapa ke pasaraya tadi. teringat pula zaman sekolah dahulu. mencari baju sekolah serta macam-macam yang hendak dibawa bersama ketika sekolah bakal dibuka kelak. mulalah ibu akan melenting dengan tidak semena kerana tiba-tiba sahaja hilang dari pandangan akibat terleka dengan alat tulis bertempek pelekat 'Power Rangers' dan 'Ultraman'. padahal masa itu segalanya perlu pantas. maklumlah, adik-adik saya juga perlu disiapkan dengan segala macam benda untuk ke sekolah kelak. bila balik dari cuti, pelbagai cerita mula dijaja. kemana bercuti serta pengalaman-penglaman manis akan memenuhi riak-riuh kelas yang dahulunya sunyi untuk berpurnama lamanya. ada juga yang bersunat serta membantu ibu bapa berniaga atau apa sahaja, segalanya bakal menjadi topik perbualan kanak-kanak sekalian.

bila melihat akan perubahan masa, kerenah kanak-kanak kini sudah tidak seperti dahulu. teknologilah yang menjadi kawan karib mereka sehingga mereka lupa bahawa hidup dalam dunia ini bukanlah kita seorang, tetapi adanya manusia lain yang turut serta bernafas di bumi ALLAH yang satu ini. turunnya manusia di bumi ini juga dijadikan berpuak-puak serta berlainan bangsa, sepeti dijelaskan ALLAH dalam firman-Nya di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud;

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

jadi, dengan cuti sekolah yang bakal tamat tidak lama lagi, ayuhlah berusaha menambah kenalan serta mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain, sesama Muslim ataupun tidak, agar dunia lebih sejahtera :)

12/24/11

satu semester berlalu

alhamdulillah.

nampaknya minggu kuliah semester satu telahpun tamat dengan jayanya. kini hanya tinggal secebis masa untuk mempersiap siagakan minda dan diri bagi menempuh sebuah lagi peperangan. peperangan di jalan menuju syurga. peperiksaan akhir semester :) nampaknya mimpi ngeri bagi tiap pelajar sarjana muda si malaysia telah tiba. kini, lebih ramai yang akan bersengkang mata demi menambah ilmu di dada. apakah segala ilmu itu hanya untuk dicurahkan ke atas sehelai kertas ataupun untuk diluahkan dalam kehidupan seharian kita selepas itu? sememangnya segala ilmu yang dituntut adalah untuk menjadi pedoman diri, tidak kira sama ada dalam kehidupan seharian mahupun ketika mencari rezeki untuk menampung perjalanan hidup hingga ke nafas yang terakhir.

mungkin ada yang mengambil masa ini untuk meluangkan masa bersama keluarga serta memohon restu agar terpelihara dalam perjalanan menuju kejayaan. insyaALLAH, bagi yang berjalan jauh, moga ALLAH melindungi kalian, agar segala beban di dada terlepas semuanya. agar tidak terasa sesuatu yang belum terlaksana. bagi yang dekat pula, jagalah keselamatan anda agar usaha anda menuntut ilmu selama ini berbaloi.

sekian sahaja sampai disini, harapnya ALLAH senantiasa bersama kita :)

2/7/11

a perfect man shall be

for the first time I wrote in my new blog. feel some kind of awesome. yeah!