1/18/13

aku dan rokok

huh. aku mental sebenarnya malam ni. mental gila sebab aku dah semangat nak pergi main futsal. berbekalkan semangat kesukanan serta semangat persahabatan aku tabah meminta kebenaran kepada bapakku, namun dengan mudah dia menyangkal permintaan aku, "mana ada orang main futsal pukul 12? pukul 7, 8 adalah." zzz. marah, kesal, semua ada. sebab aku pelik, tension dengan bapak aku. susah nak cakap dengan bapak aku. sebolehnya dia nak menang. tapi biarkanlah, malam dah berlalu.

sebenarnya bukan sebab itu aku nak menulis. lain sebenarnya.

aha, puas sebenarnya aku malam ni. haa, aku bukan tengok video lucah ke apa kan. aku baru selesai membaca blovel Nami. mesti siapa yang baca ni tak kenal siapa Nami, tak pun hanya aku yang tak tahu korang dah kenal Nami lama dah. ahh, benda kecil. bla bla bla.

baru hari ni sebenarnya aku dapat baca 'Rokok Nan Sebatang' karyanya. lepas 4 jam aku baca. geram punya pasal. ahaha. tapi apa yang membuatkan aku boleh baca blovel ni dari pukul 11 lebih sampai tak lama tadi, adalah kerana aku mampu menyusup masuk ke dalam setiap benak minda Nami. bayangkan, setiap kisahnya seperti benar-benar berlaku. kalau korang pergi baca terus Rokok Nan Sebatang ni, memang korang akan hilang, keliru dan tak tahu menahu watak-watak dalam blovel ni. tapi serius, korang kena baca dulu novel-novel dia. sebelum ni dia dah menulis novel, iaitu Bayang, Awek Chuck Taylor dan Lelaki EksistenSial. dan sekarang dia dah keluarkan dua novel baru, iaitu Bau Semangat Anak Muda dan Diorama Eksisten. sekarang kalau boleh aku nak kumpul semua novel dia, sebab dua novel yang aku ada sekarang, ACT dengan Lelaki EksistenSial terbaik amat.

bayangkan, ACT tu sebenarnya berlandaskan sebuah kisah benar. bak kata dialah, yang aku ada tweet dia sekali, bertanyakan tentang ACT. "50% betul" tak silap aku. tapi novel ni, yang mengisahkan Hafiz, seorang mahasiswa di universiti yang ditendang keluar kerana kerapkali gagal, kembali menuntut di sekolah. kisahnya, Hafiz jatuh cinta pada seorang gadis, yang tidak lama kemudian, jatuh cinta kepada adik Mira, teman wanitanya. Shayna, atau Nana juga menyimpan perasaan terhadap Hafiz. lepas tu, haaa... sendiri beli dan baca :) sumpah terbaik!

kemudian, Lelaki EksistenSial. mengisahkan seorang lelaki yang hidup dalam kemodenan, yang tidak berhenti mencari nilai hidup sebenar, dalam kebangkitan dirinya menerjah alam kehidupan yang menghimpit menjadi seorang eksekutif di syarikat. dalam masa yang sama, dia bertemu dengan pelbagai jenis wanita, yang baginya masih belum dapat memenuhi piawaian cinta yang ditafsir oleh watak utama novel ini. baginya, seorang gadis yang telah membuatkannya jatuh cinta itulah, membuatkan dia meletakkan garis panduan dalam mencari teman hidup.

kalau Rokok Nan Sebatang ni pulak, mengisahkan Wan, yang lari dari kesibukan kota dan lari dari hegemoni mamak dan tomyam yang menjajah lidah warga kota, bertemu Romi, seorang manusia terprogram dalam menjalani kehidupan seharian. mereka tanpa berkenalan dengan lanjut bersama mencari pengalaman dalam jauhnya perjalanan yang mereka lalui bersama, diwarnai dengan pelbagai watak dan babak-babak yang tak dijangka.

tapi sememangnya, bagi aku, Nami Cob Nobbler, seorang penulis yang terbaik. bagaimana dia mampu untuk mengolah sehabis baik kehidupannya sendiri serta persekitaran sosial yang mampu dimuatkan dalam sebuah karya. sungguhpun begitu, dia masih lagi dapat menggarap isu-isu yang bagi kita telah lapuk, ataupun beberapa isu yang kita langsung tidak cakna. pemikiran Nami yang luas juga sebenarnya yang menarik aku untuk membaca setiap kata yang ditulis dalam semua karya penulisannya. idea-ideanya yang mampu membuat minda berfikir serta menjadi lebih terbuka.

aku akui, kadang kala ideanya dalam novel-novelnya kadangkala seperti bercanggah dengan rasional yang kita hadapi, namun ia perlu sebuah minda yang dapat menafsir serta mengkaji setiap patah kata dan ideologi yang dilontarkannya kepada pembaca. mungkin bagi kita ia akan membuatkan kita melonjak serta melompat kehairanan, tetapi seandainya dibuka seluasnya pemikiran yang kita ada, bagi aku karya Nami dapat diletakkan sebaris dengan novel-novel aliran utama masa kini.

ahh. mungkin jua kerana aku baru baca novel-novel sebegini. haha. walauapapun, novel Nami tetap terbaik!

p/s: serius. bagi aku lebih baik dari novel RAM. dan nak sambung lagi, apa tah tajuknya. lupa.

silalah menjenguk: rokoknansebatang.tumblr.com

No comments:

Post a Comment