9/30/12

gerangan apa buat ku kemari?

kala mata bertemu,
saat itu terasa pasti,
kala jantung berdegup laju,
saat itu terasa berhenti,
kala lidah terkelu,
saat itu fikiran memati.

hai :)

9/28/12

back to school

back at the time I do like most of the local indie singers. and most of them were introduced by my friends. Hujan and Yuna (actually there's a lot, but I forgot) were the artists that I do hear to them a lot. Yuna's song caught my ears firstly with this song :) I heard it first on air and OMG it's so catchy! her lovely voice and beautiful lyrics do at the top of my favorite over the years.



and Hujan do rain over me. but most of the people don't like them. at some cases I do agree with them, but reversely on my thought, their song still can be a humming. 'Kotak Hati' for example, were in the charts of a popular radio station for weeks! 


*but I do admit this version was not better than the original one :(

most of success towards all musicians and artists in Malaysia!

and again I do get far away from what I'm going to write. aiyak

9/24/12

kewajipan dalam pemilihan

selasa mengundi woi!

riuh nampaknya perjalanan pelajar-pelajar di USIM tatkala PRK berjalan. calon-calon yang berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding tidak kurang hebatnya mempromosikan manifesto masing-masing yang pelajar lainnya menantikan segalanya terlaksana. dalam 48 jam kiranya masa akan tiba untuk semua warga universiti memilih calon terbaik yang bakal membawa suara siswa ke meja pentadbir. sesungguhnya semua membayangkan sejauh manakah para pemimpin ini akan melaksana segala janji-janji yang ditabur, kerana merekalah pemudah cara untuk segalanya. sebagai seorang yang boleh dikatakan bawahan, suara kami ini pastinya sukar untuk didengari, lebih-lebih lagi mereka di pihak atasan.

sesungguhnya menjadi pemimpin itu amatlah besar tanggungjawabnya. terletak dua kaki pemimpin itu antara syurga dan neraka. jadi di bahu mereka terdapat anak-anak buah yang bakal dipimpin menuju kesejahteraan atau kecelakaan selamanya. dan mereka juga akan ditanya kelak, kemanakah kamu membawa pimpinan kamu?

pasti semuanya akan melarikan diri dari memegang amanah yang bakal dipikul ini kerana tahu akan beratnya takdir yang bakal menjelma. namun mereka yang berani ini tidak dapat lari dari jalan cerita yang telah tertulis sejak azali. dan kerana KAMU mereka tidak dapat lari dari kesibukan realiti serta kesilapan dan kekurangan. maka jangan mudah melatah seandainya segala macam tuntutan tidak dapat dipenuhi. pastinya segala macam perkara sudah terlanjur dalam benak fikiran untuk kemaslahatan bersama.

dan kerana tangan dan hati yang memilih, maka akan terciptalah satu jawatankuasa yang bakal memacu Universiti Sains Islam Malaysia kehadapan!

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. [21:73]

*malam ni aku nak tulis lain sebenarnya, tapi layan saja! 

p/s: universiti lain ada GM dengan Aspirasi, tapi tak nampak di USIM. tak merasa menjadi penyokong pembangkang mahupun kerajaan.

9/17/12

jawapan

jawapan itu pada aku?

masih musykil. sedangkan sendiri aku terfikir, pada siapa dia ajukan soalan itu, dan apakah benar jawapan yang berada dalam minda aku ini? pada dasarnya, apakah semudah itu dia akan mengajukan soalan sebegitu padaku? bukan aku ingin sangsi, aku cuma takut salah sangka, kerana ia sebuah unmensi. dan unmensi amatlah berat untuk difahami secara literal tanpa pengolahan makna yang wajar. untuk diambil sebagai sebuah lontaran emosi padaku, aku sendiri bingung.

dan jawapan itu masih belum aku temui. apakah ia sebuah sarkasma atau ideologi tatkala jiwa bercengkerama?

siapakah insan itu yang dinantikan jawapannya? satu telah berada dalam minda. dan tidak mustahil aku juga merasakan ia untukku.

kepala bingung jiwa gelong.

9/16/12

tabah

hati adalah organ paling rapuh di dalam tubuh. namun dalam kerapuhannya mampu menjadi sekental besi yang senantiasa tahan akan pelbagai asakan padanya. dan kentalnya hati itu kerana pengalaman yang dilaluinya.

kerana pengalaman juga mungkin menjadi kelemahan. detik-detik sedih yang kembali mengundang ibarat gerimis yang turun saat panas membahang. dalam kebahagiaan yang hadir, terselit perit. tatkala kita sedang mengejar bahagia, duka terasa. dalam diri menuntut redha, hadir murka.

seharian perjalanan kita di muka bumi tidak akan langsung dapat diduga. esok harinya belum pasti dapat ditangkis segagahnya. pengalaman kelmarin juga mungkin tidak berguna. hari esok pastinya berbeza, sungguhpun sama pada situasi namun tahapnya berlainan.

jiwa yang kuat itu pasti mampu menahan amarah. “Bukanlah orang yang gagah itu kuat menjatuhi lawannya tetapi orang yang gagah atau kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya daripada marah” . pastinya jiwa yang lemah kini adalah kerana terlepasnya perasaan itu secara tidak semena.

tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.


duka dirimu kau sembunyi, duka dirimu hanya kau sendiri ingin lalui.


moga ALLAH membantumu :)

9/8/12

pra-semester

hoh.

hidup bakal bermula bagi setiap mahasiswa yang kini sedang belajar di IPTA seluruh negara. maka isnin bakal menjadi pembuka noktah bagi siswa memperjuangkan wadah di medan ilmiah sehingga tumpahnya darah. dan aku jua tidak ketinggalan bakal meneruskan perjalanan aku sebagai seorang biduan siswa di bumi bertuah lagi berharga, Nilai.

ya, disaat inilah ramai yang akan mula membuka pekung didada, memberontak tak tentu hala, berperang dengan laskar jiwa yang meronta ingin berada di dalam dakapan hangat ibu bapa. dan tidak kurang jua bagi mereka yang seronok ingin berjumpa sahabat handai yang sekian lama tidak bersua muka, dimana ada yang menambah sedikit sebanyak koleksi jerawat serta parut bagi mereka yang kurang mahir membuka lemang. abaikan jika tidak faham atau anda rasa hambar.

namun lain pula bagi aku. manakan tidak, selangkah jauhnya antara menara gading dengan syurga. setapak jauhnya tidaklah pula, melainkan setapak di kuala lumpur memanglah jauh. 10 kilometer dari rumah membayangkan aku seperti mana aku di sekolah rendah dahulu. pergi bersama ibu, balik berjemput. dan untuk 2 tahun lamanya mungkin, pergi bersama bapa, balik kadangkala sendiri. iyalah, ibuku ketika itu melanjutkan pelajaran jua di universiti.

ingat lagi, pergi sekolah, seringkali aku lewat. ibuku yang selalunya mengejutkan kami digantikan tugas oleh ayah. namun apakan daya, penat bekerja di sebelah malamnya terbawa pula ke siang hari. bangun sahaja, jarum sudah menunjukkan 7.15 pagi. berkejarlah beliau menyiapkan kami, sampaikan guru besar dah cam muka ni yang selalu lewat.

dan sekembalinya ke USIM juga, bangun selalu nak lambat. dekat pukul 7 mata baru nak celik. tapi sekarang aku telah kembali ke rumah, dimana ibu tidak akan pernah lambat dalam menjalankan ibadah. hmm, bangun pun masih berkejut. apakan daya, suara ibu jugalah yang mudah membangunkan aku dari tidur.

2 bulan lebih cuti sebenarnya tidaklah berapa aku manfaatkan sebaiknya, melainkan menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti, serta menjadi surirumah berjaya yang tak berapa nak jaya kalau bangun pun dah pagi buta. jemur baju, sapu sampah, kemas rumah bla bla bla etc. 

tapi alhamdulillah dengan jayanya, sebagai planner yang hampir gagal, dengan bantuan rakan-rakan, sebuah pertemuan kecil-kecilan berjaya dilaksanakan.

megaIFTAR xTROVERT'92~

walaupun ringkas tapi besar maknanya. sungguhpun tak ramai tapi berjaya kumpulkan sedikit antara mereka. yang Amerika, Mesir, Jordan, Maghribi dan tak dilupa di tanah air tercinta, Malaysia turun padang meraikan bersama cinta luhur yang terpisah sekian lama.

dan rayalah jua tidak dilupa disambut dalam cuti semester yang tak seberapa. ternyata raya semakin tahun semakin kurang meriah. entah dimana silapnya. sinar eidulfitri seolah-olah kurang begemerlapan. mungkin jua definisi satu syawal sudah semakin luntur. apakah kerana semakin ramai kanak-kanak hanyut dalam arus perdana gajet-gajet terkini? 

hampir ke penghujung cuti, maka ziarah-menziarahi sesama ahli FB senantiasa diamalkan. ke Putrajaya, Kuala Lumpur, dimudahkan cerita, banyaklah juga. dan di waktu inilah Latiff serta ahli rumah yang lainnya siap siaga mengemas rumah sewa baru. pelbagai perabot diimport masuk. dan hujung minggu ini juga, Farhan bercadang untuk mengadakan makan-makan. maka aku tidaklah menjemput kalianb sbab aku ini bukanlah ahli rasmi teratak mereka. sekian.

begitulah jua segala macam kelakuan di perhentian sementara. dan kembalilah kaki ini melangkah meneruskan perjalanan mencari ilmu sepanjang jalan. berkeraklah hati menerima dugaan, meneballah hati mengharungi cabaran.

أُطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ اِلىَ اللَّهْدِ

Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad.

9/6/12

janji

ada apa dengan janji?

besar maknanya. dalam ertinya.

manusia. manusia sendiri lahir dari janji dua insan. yang berjanji sehidup semati serta beranak cucu. dan manusia juga dari dalam perut lagi sudah berikrar setia dengan Ilahi.



Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam”

Al-An’am:162

dan hidup manusia seharian juga akan penuh dengan kata-kata yang disebut sebagai janji. iyalah, manakan tidak. 'InSya ALLAH', maka ia dikira janji. kerana kita hanya menanti izin ALLAH untuk punya kesempatan melaksanakannya.

begitulah jua ALLAH sering menunaikan janji-janjiNya kepada manusia yang senantiasa menantikan jawapan kepada setiap kalam ALLAH didalam kitabnya. sejak zaman jahiliyyah lagi manusia menantikan jawapan Sang Pencipta untuk tiap yang mereka ragukan. dan dalam  Surah Ar-Rahman sendiri ALLAH berfirman berulang kali akan mana nikmatnya yang masih tidak mencukupi untuk makhluk-makhluk ciptaanNya ini yang bijak berfikir serta dikurniakan akal. disini juga telah membuktikan bahawa janji ALLAH jua benar, serta kalamNya tidak pernah menipu. contohnya, dalam ayat ke 37 menunjukkan salah satu kuasaNya dalam mencipta keajaiban yang manusia sendiri tidak pernah dapat menyangka.


55:37


"And when the heaven is split open and becomes rose-colored like oil -"


انشقاق السماء
dan manusia juga, pabila berjanji haruslah kotakan. andai berjanji menjaga jiwa seseorang, maka tekunlah menjaganya, dan janganlah lupa diri sendiri. letakkan keutamaan atas riwayat, semoga hidup senantiasa selamat. andai diri sudah binasa, maka luntur janji dikota. 

moga janji-janji kita akan terus utuh, serta menjadi saksi kejujuran.