9/16/12

tabah

hati adalah organ paling rapuh di dalam tubuh. namun dalam kerapuhannya mampu menjadi sekental besi yang senantiasa tahan akan pelbagai asakan padanya. dan kentalnya hati itu kerana pengalaman yang dilaluinya.

kerana pengalaman juga mungkin menjadi kelemahan. detik-detik sedih yang kembali mengundang ibarat gerimis yang turun saat panas membahang. dalam kebahagiaan yang hadir, terselit perit. tatkala kita sedang mengejar bahagia, duka terasa. dalam diri menuntut redha, hadir murka.

seharian perjalanan kita di muka bumi tidak akan langsung dapat diduga. esok harinya belum pasti dapat ditangkis segagahnya. pengalaman kelmarin juga mungkin tidak berguna. hari esok pastinya berbeza, sungguhpun sama pada situasi namun tahapnya berlainan.

jiwa yang kuat itu pasti mampu menahan amarah. “Bukanlah orang yang gagah itu kuat menjatuhi lawannya tetapi orang yang gagah atau kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya daripada marah” . pastinya jiwa yang lemah kini adalah kerana terlepasnya perasaan itu secara tidak semena.

tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.


duka dirimu kau sembunyi, duka dirimu hanya kau sendiri ingin lalui.


moga ALLAH membantumu :)

No comments:

Post a Comment