walaupun aku belum lagi menempuhi ranjau yang berliku itu, aku ada pendapatku sendiri.
mungkin kita melihat perkahwinan di awal usia itu sebagai suatu perkara yang akan merunsingkan pelbagai pihak. dan perkara ini setahu aku telah lama dibangkitkan sebagai isu yang boleh dikatakan agak mega di Malaysia. pusing sikit, kahwin awal. pusing banyak pun sampai balik ke isu yang sama. memang dalam negara ni keluar satu isu, datanglah beribu kilometer sekalipun, patah balik juga benda yang sama.
ya, seorang itu mungkin tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut di usia muda, kata ibu dan ayahnya. tapi itu sebenarnya membantutkan niat seorang anak yang sudah mula untuk menjadi matang. kerana sampai bila-bila sekalipun, selagi mana ibu bapanya masih merasakan anaknya itu masih sama seperti mana yang mereka lihat ketika di tadika, sampai bila pun anak itu tidak akan keluar dari definisi keanak-anakan. kerana si anak itu sebenarnya telah tahu untuk membezakan antara yang baik dan buruk, dengan menghalalkan apa yang sepatutnya halal.
sedangkan ALLAH sendiri telah menjanjikan pertolongan untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.
`Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.’ (Surah An Nur, 24 : 32)
jadi. mengapa perlu gusar? andai itu keinginan anak muda itu, maka mengapa ibu bapa tidak membantu anak terunanya? mungkin sebuah perkahwinan yang pantas itu mustahil, tapi dalam menyiapkan anak dalam menuju ke gerbangnya. bantuan kewangan itu pasti akan ada, datang sahaja dari segenap pintu rezeki, kerana itu janji ALLAH.
sedikit sebanyak, pada pandangan aku, ibu bapa kalau menghalang anaknya dari berkahwin adalah kerana tak nak menanngung kerenah anak-anak mereka dihari kemudian. serius tak salah nak kahwin awal. kadang ia kerana sterotaip masyarakat dari dahulu sehingga sekarang. kahwin awal, gatal. kahwin awal, miang. kahwin awal, sebab dah projek.
mohon jangan salah faham. semuanya pendapat peribadi. aku pun tak minta berkahwin awal. tapi kalau itu yang terbaik, dan itu takdir Tuhan, maka siapakah aku untuk menolak? memikirkan calon, aku pun tak tahu. ALLAH sahaja yang tahu apa yang menanti dihujung jalan.
p/s: siap siaga itu penting.
No comments:
Post a Comment