3/18/13

kelemumur jiwa dan daki hati

hai.

hmm. entah sejak bila aku dah malas nak menulis. ilham tak datang-datang. perasaan pun makin kurang. mungkin tu sebabnya. mungkin tak ada apa-apa nak diluahkan secara peribadi. haritu punya cerita pergi korea pun aku tinggal sekerat jalan. malas. haish.

tapi sebenarnya aku pelik. aku tak tahu kenapa. dua tiga hari ni, sedih sangat rasa. macam, sayu. tak tipu, aku masih teringat pada dia. memang, tak terluah sebenarnya benda ni.

mungkin, aku terfikir. sepanjang hidup aku mengenali dia, rasanya benda ni dah tiga kali. yalah, kenal, gaduh, senyap, baik, gaduh. dan sekarang aku mencuba untuk beri dia peluang, tapi sepertinya, hampa. aku, mungkin tak faham apa sebenarnya, dan selamanya, dan aku rasa kalau masuk post ni dah berapa kali aku ulang benda yang sama. dan dia juga masih melakukan perkara yang sama.

sampai hari ni, aku terus menerus membuka pintu hati aku untuk dia, yang aku pernah tutup buat seketika, namun gejolak rasa yang membuak menolak daun pintu dari terus tertutup. kenapa dia masih memegang kunci pintu ni? aku terus tertinggal dalam persoalan yang langsung, aku tak pernah yakin dan pasti akan kesudahannya. mungkin dua tahun lagi, setelah kami menamatkan pengajian. atau mungkin setelah kami benar-benar bertemu jodoh yang ditakdirkan ALLAH untuk menemani kita hingga ke akhir nafas. atau aku akan terus menyemai subur perasaan ini yang takkan pernah bercambah, di mana aku sering siraminya dengan harapan palsu.

aku tak tahu, mengapa aku terus merinduinya. mengapa aku ingin terus melihat senyuman yang lahir dari bibir yang terletak diantara dua pipi yang gebu? sungguhpun aku terus menerus menghalang pandangan ini dari terus merenung tepat, mencari dimana koordinatnya yang sebenar dalam kuliah, tapi aku tak mampu. mungkin, untuk kali pertama dan kedua aku boleh lakukannya, tapi untuk kali yang ketiga ini, terasa bagaikan ada arus yang menarikku untuk mencuba sekali lagi menembusi tembok hatinya, bahkan untuk tidak berhenti.

dan terus kepastian itu terus menjauh tatkala dia hadir dalam mimpi.

suatu pagi, aku tertidur kembali setelah mendapati kelasku di pagi itu dibatalkan. dalam mimpi itu, aku sedang melihat dirinya dalam keadaan mukaku terlekap di meja, lalu mencuri-curi memandangnya. saat itu, terlihat dirinya dalam kesakitan, perit menahan batuk dan mungkin lelah yang menghantuinya sejak kecil. dan dalam keadaan dirinya sebegitu, dia merenung aku. terus aku melarikan pandangan yang setentang dengan dua matanya yang sepet itu.

aku rasa, sampai bila-bila pun aku takkan mampu menemui jawapannya sungguhpun berkali aku meminta. sedikitpun aku rasa dia tak endahkan apa yang aku rasa selama ini. mengapa dia tak mahu mengubati hatinya dengan menggantikan perasaan yang menyiksa dengan mengubati hati aku yang terluka seperti namanya?

abaikan. yang penting, hidup mesti diteruskan. mana tahu, seorang pengganti mampu menebus luka, atau Tuhan membuka hatinya untuk memberi satu peluang keemasan?

hanya Kau yang mengerti, kerana ini takdirMu, ya ALLAH.


dan satu lagi, boleh pulak aku menapak pergi rumah budak tu tadi. ya, budak tu. hmm. malas aku nak cerita. selamat :)

trimas pembaca-pembaca!

No comments:

Post a Comment