3/5/13

perai hedonisma

aku cuma perai hedonisma
hidup terumbang ambing bergelumang dosa
mengejar dunia yang sementara
saat ukhrawi semakin dilupa

saat ini juga aku masih alpa
menaip dengan lagu menggila
dalam minda masih kosong
bingung

ahh persetan semuanya
aku cuma manusia biasa
penuh dosa

tapi mengapa harus membawa diri ke lubang durjana?
mahukah kau api neraka terus menyambar dan membakar

entah
aku cuma perai hedonisma
bukan aku leka
cuma aku belum mahu

tapi mengapa?
mahu hingga nafas di hujung kepala
baru sedar diri binasa?

entah
aku cuma perai hedonisma
mungkin berselingkuh di balik kata
azimat berharga nasihati semua
tutur kata indah berseloka

atau aku ini ejen pendusta?
penyesat manusia hingga ke jahannam?

entah
aku cuma perai hedonisma
keampunanNya jua aku cuba raih
kasih sayangNya jua aku tagih

entah
aku cuma perai hedonisma


rasanya tak sesuai pun lagu ni. zzz

No comments:

Post a Comment