3/26/13

saya anak...?

haa. sat lagi aku mai la.

hoh. gapo gak? berat nanang!


hmm. tiba-tiba muncul satu persoalan dalam jiwa aku. aku ni sebenarnya asal dari mana?

seandainya jika dilihat dari garis masa sejak aku dilahirkan hinggalah ke saat aku menaip ini, aku dilahirkan di Perak, dan menetap disana dalam 6 tahun, sebelum berpindah ke Pulau Pinang. tamat persekolahan primer aku di sana, aku berpindah pula ke Kedah, rumah atok aku. dalam setengah tahun kemudian, kami sekeluarga menyewa rumah di Selangor, sebeleum ke Negeri Sembilan setahun kemudian. lalu di dalam Negeri Sembilan pula, setahun di Kuala Pilah, dan sehingga kini terus menetap di Nilai.

kalau nak diikutkan masa aku bersekolah dahulu, 5 tahun aku menempatkan diri dalam kalangan pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia ni. kiranya aku tak tahu untuk menggunakan dialek apa semasa berkomunikasi, memandangkan pelbagai gaya percakapan boleh digunapakai.

lalu, setelah berjaya menempatkan diri di menara gading, aku kembali bingung, dialek negeri mana yang sepatutnya aku pakai bagi menggambarkan dari mana aku sebenarnya?

menggunakan akal logik yang aku ada berdasarkan 21 tahun aku menapak di dunia ni; lahir dan menetap di Perak lebih 5 tahun - boleh digelar anak Perak, 6 tahun di Penang - anak Penang jugak kot, 5 tahun di Negeri Sembilan - anak Nogori? jadi?

namun dalam perbualan seharian, aku tak dapat melepaskan diri dari menggunakan bahasa standard atau bak kata orang Kampung Baru, 'bahasa kelumpo'. haha. bila nak guna bahasa kelumpo ni, aku semacam pelik. terus aku mengenangkan, aku orang negeri mana?

biasalah, hidup di negara mana sekalipun, pasti ada dialek atau loghat yang dibawa dari negeri masing-masing. sepertinya di Malaysia, telah nampak nyata bagaimana rakyat dari serata tanah air mampu berkomunikasi walaupun punya halangan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian masing-masing. kalau diikutkan, England setiap negeri ada loghat dia. macam di utaranya tak berapa nak difahami percakapannya, kerana ia lebih pekat keorang-putihannya. Jepun pun sama. kalau negara lain, aku tak berapa pasti. haa, begitu juga India.

ahh, rasanya sama saja di negara mana pun kan?

jadi, beginilah sebenarnya hidup bermasyarakat berbilang budaya dan adat :) datanglah kau dari ceruk mana sekalipun, tapi biarlah didalam jiwa anda tertanam semangat patriotisma menjunjung nama negara di tempat paling teratas antara kita dari serata negeri!

yang penting, SAYA ANAK MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment