7/9/12

pasca semester

haish. sejak ada twitter ni aku dah malas nak menulis. penat menaip disana agaknya.

menulis aku malam ni kerana sebuah mimpi, meminta aku menaip. dan pintaan itu hadir melalui sms yang dikirim bersama sekeping gambar. agak musykil sebenarnya. tapi nasib baik orang dalam gambar itu ada rupa :)


aku sendiri tak tahu apa perlu aku tulis. nak kata celaru perasaan, ada jugalah. tapi macam ni lah, sendiri melayan. sendiri mengenang, walaupun aku nyatakan pada umum. biarlah. aku sendiri tak minta orang melayan. tapi agak bodoh juga, menulis di umum, padahal manusia itu tidaklah pula bertwitter.


aku pun dah pening. tersiksa jiwa dan batin wooo.


tapi sekarang aku nak cerita tentang program yang aku dipaksa melaluinya. ALSP. fuhh, memang terngangalah mencari maksudnya. Arabic Language Support Program. haa, kencang tak kencanglah program kan. program yang dirancang untuk mendidik manusia pelajar tahun satu mengukuhkan serta tidak melupakan bahasa arab yang selepas ini tidak lagi bakal dituntut di semester-semester seterusnya. dan menjadikan kami insan-insan berguna pada bangsa dan negara (objektif tambahan).


macam kem bahasa jugalah program ni. kira macam kembali ke sekolah gitu, belajarlah bersungguh-sungguh menelaah kitab RM13 yang penuh dengan tips-tips yang menyiapkan kita pengguna bahasa arab moderasi. interview, pidato, debat, pengucapan umum. segalanya, lebih sikit dari dahulu. diikutkan perjalanan ALSP dalam hidup aku, ini kali ketiga. sebab memang ada tiga kali ALSP ni sepanjang hidup di bumi USIM. masa awal-awal dulu, diajarnya asas-asas. kekanan, kekiri, terus. macam-macam. kali keduanya, diajarnya tentang sedikit tatabahasa. buat ayat itu, ayat ini. aku sendiri abaikan bahasa arab. apa aku dapat? kosong. teruk.


tiba aku teringat ustazah (lecturer) aku panggil pergi bilik. dia tanya kenapa aku (dan lelaki-lelaki eksistensial yang wujud) tak menyerlah dalam kelas arab dia. markah teruk, semuanya teruk. kurang juga mengambil bahagian. aku sendiri sebenarnya tak tahu apa jawapannya. aku cuma mendiamkan diri, berdiri membilang jari kaki. giliran aku, mula jawapan merapu. tibailah. sedih bila ustazah cakap, "cuba tengok orang yang dulu muda-muda tak belajar arab, dah tua merangkak nak belajar." banyak pendidik-pendidik lain mengulang frasa yang sama. tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. tak pun otak ni macam tin kosong. angin banyak.


sebenarnya kisah tadi adalah kisah sem 1. tapi kisah apa, nama pun pasca semester.


teringat ALSP 1. langsung aku tak dapat butir katanya. sepenuhnya arab. dan ALSP 1 pemula aku mengenali budak kelas aku. kelas aku dua budak lelaki (tiga campur aku) dan sememangnya kerana budak course aku memanglah sikit lelakinya. dan masuk ALSP 2, masing-masing berpecah. campur fakulti lain. kurang masuk sikit. tak tahulah sama ada mereka menganggap aku sombong atau apa, sebab memang aku senyap sangat. bukan apa, aku hanya mengharap orang lain menghulurkan salam perkenalan, dan mungkin sebab aku gila hilang dalam cahaya. apa diajar aku langusng tak tumpu. maklumlah, sekadar menyusun kata membuat ayat. dan paling tak tahan kena boria pula. terkencing menari depan orang ramai.


ALSP 3 agak menarik. syukur dapat ustazah sporting. hmm, sumpah aku ingat aku nak diam sepanjang minggu, sebab ada budak kelas aku dengan gadis itu. ye, tiba aku terasa budak kelas akulah pemangkin semua ni berlaku. sedih juga. ye sedih sangat. sangatlah sedih.

hmm.

tapi ustazah tu sporting sangat. aku tak boleh nak kawal diri dari terus melayan ustazah itu berceloteh. awal-awal lagi dia dah melawak. memang silaplah. dan begitulah seminggu aku berlalu.

walaupun sedikit sebanyak aku terasa terluka sepanjang cuti ni, nampaknya aku terpaksalah melayan sakit. sedih sangat sebab sebulan rasanya aku dapat hindarkan diri aku dari melayan kaum hawa. kaum sejenis dengannya. dan balik-balik seminggu pula aku dengan budak kelas aku. dan minggu depan seminggu lagi.

dan sebenarnya aku hampir terlanggar dia depan pintu kelas aku khamis lalu. dan aku terkesima sebentar. dan aku berlalu mengenangkan hati yang hancur luluh.

dan begitulah hendak dikira daripada dua puluh sembilan haribulan enam sehingga sembilan haribulan tujuh. dan mohon esok aku gembira. dan seterusnya sehinggalah aku gembira tanpa sedih bodoh :)

p/s moga cepat sampai jodoh. tapi tak mungkin kalau asyik hari-hari sedih bodoh.

No comments:

Post a Comment