5/28/12

salah


Aku tak tahu sampai sekarang, apa perkara yang aku buat itu betul.

Dari kecil, aku selalu buat benda yang salah, pilihan yang salah, langkah yang salah. Bukan aku tak yakin dengan takdir, cuma aku tak tahu. Dan dari dulu asyik kena marah. Kadang-kadang aku terfikir, apakah selamanya aku akan buat benda yang tak mungkin betul dipandangan mata aku sendiri?
Dulu, ronda-ronda naik basikal dalam hujan, umur berapa aku tak ingat. Tapi apa yang aku pasti aku menunggang basikal pertama aku. Basikal itu warna hijau. Sekali pusing satu taman, terjumpa ayah aku yang tengah cari aku. Mana tak angin, balik-balik mandi kena sebat. PIAPP!! Sedap jangan ceritalah. Pernah juga kena cubit dengan marah sebab main masa orang solat. Kadang orang lain fikir benda tu biasa sebab budak-budak. Tapi bila aku menjengah ke masa silam, bagaikan berkait sampai ke hari ini.

Apa yang salah aku sendiri tak dapat nak tulis.

Sumpah, aku tak salahkan takdir. Cuma kadang aku merenung diri aku, apakah selamanya aku akan buat benda yang salah? Jatuh cinta dengan orang yang salah? Pilih kerja yang salah? Berkahwin dengan teman yang salah? Aku sendiri musykil. Aku tahu, segalanya pasti ada hikmah. Ampunkan aku Ya ALLAH andai aku kurang sabar dengan takdir-Mu. Aku hanya tak mampu mencari jalan. Itu sahaja. Kadang mungkin aku mengeluh di pertengahan jalan kerana tidak menemui arah ke penghujung. Mungkin juga aku cuba mencari mentari di sebalik kelam langit diselubungi awan.

Biarlah. Mungkin ia bakal menjadi pengalaman dan kenangan. Kalau semua orang buat benda betul, tak adalah kesalahan kan? Tak mungkin semua orang akan jadi doktor, bukan? :)

Mengorak langkah menuju kesempurnaan, bukankah begitu? HAHA

No comments:

Post a Comment