5/6/12

demi mencari erti hidup

memang sukar. segalanya amat sukar. sebuah keputusan terpaksa diambil demi kebaikan bersama. aku tahu aku ini tidak sempurna, tidak maksum. aku juga insan biasa yang mengharap untuk hidup bahagia dengan yang lainnya. tapi aku tahu. bahagia bukan untuk aku buat kini. aku tahu, bahagia yang menarik aku ke arah derita. dan derita juga membuat aku semakin alpa. aku tahu, semua ini adalah buruk bagiku namun aku terus berjalan di atas jalan ini. sungguh, aku masih mencari bahagia. bahagia di dunia fana dan bahagia selamanya.

dan disebalik duka, Dia perkenalkan aku dengan seorang insan yang senantiasa menemani. aku tahu, aku lakukan segalanya dalam keadaan terburu-buru. sungguh, dia juga terpinga akan kelakuan aku. tindakan aku juga mencurigakan. tapi apa yang pasti, segalanya adalah yang terbaik buat semua, aku dan dia. segalanya pantas berlalu. perkenalan singkat ini barangkali mencuci sedikit duka. disaat minda memanggil memori pedih, lawak jenaka kadang kala menapis mata dari menerobos kedalam ruangan silam.

mungkin aku juga silap. segalanya berlaku secara drastik. aku sendiri bingung mengapa aku memilih jalan ini. aku sedikit pun tidak berniat untuk mempermainkan sesiapa. mungkin juga kadang jemari silap menyusun kata, namun andai tersalah pasti akan diundur semula perbuatan. andai aku bisa mengatur hidup, pastinya aku ingin membahagiakan semua insan yang berada di sekelilingku. sungguh, aku masih setia. iyalah, rambut manusia sama hitam, hatinya lain-lain. definisi hidup setiap manusia tak akan mungkin sama. aspirasi hidup juga tak mungkin sama. kerana hatinya ada bersama minda dan nafsunya. maka tidak hairan akan erti bahagia serta jujur dan setia itu disalah erti.

sungguh, aku sedih. aku sedih kerana meninggalkan insan-insan yang senantiasa menyokong aku dari belakang. aku juga manusia biasa. dua kaki ini tidak mungkin berdiri teguh sungguh seluas mana kangkangnya sekalipun. keluhuran hati juga pasti akan luntur. kata-kata juga pastinya berterabur. namun, sekali melangkah tidak semestinya dia tidak akan berpaling, tetapi biarlah palingnya hanya sekilas, demi mengubat siksa dijiwa, melepaskan yang lama. biar juga yang baru sepertinya, tetapi baik darinya. hidup tak selalunya indah.

segalanya takdir ALLAH. aku hanya merancang, Dia menentukan. sampai mana aku meniti jalan ini, aku jua tidak pasti. sesungguhnya hidup ini diatas landasan takwa. dan mengiringi kita adalah iman. andai berhenti kita di perhentian leka, maka nafsu bakal menggamit. iman semakin berlalu. saat kita ketinggalan, satu-satunya talian hayat kita gunakan. meminta hidayah datang membawa kita pulang.

ya ALLAH, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. AMIIN.

Dan ditanyakan kepada orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Rab (Tuhan) kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan." Bagi orang yang berbuat kebaikan di dunia ini, balasannya adalah kebaikan (pula). Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik lagi; dan amatlah nikmat negeri itu bagi orang yang bertakwa. (16:30)

No comments:

Post a Comment