1/4/13
keputusan
kelihatan manusia ramai berpusu-pusu masuk kedalam dewan. aku sendiri sudah siap siaga menanti kedatangan tetamu kehormat. dihadapanku ada seorang yang aku minati. aku cuma dapat memerhatinya dari belakang. lalu pengacara memulakan acara.
"mengumumkan ketibaan seri paduka baginda yang dipertuan agong SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR....." aku tak berapa nak cakna apa yang dikatakan.
kelihatan seorang wanita berdiri diatas pentas. kurang pasti apa yang ingin diperkatakannya. sepertinya dia akan bersyarah akan sesuatu. kelihatan majlis ini seperti sebuah syarahan perdana gamaknya.
dan secara tidak semena, gadis yang aku minat itu mengadu sakit kepala. dan secara kebetulan, ada seorang lelaki yang duduk disebelah aku. kurang pasti aku akan wajahnya, namun seperti biasa sahaja ku lihat. tetapi akan sesuatu yang kurang menyenangkan, dengan sewenangnya dia menghulurkan pertolongan dengan memicit-micit lembut kepalanya. lalu, dengan perasaan yang bercampur baur, aku berlalu pergi keluar dari dewan itu.
aku kurang pasti perasaanku semasa itu. namun apa yang pasti, ia bukan sesuatu yang positif.
*****
aku terjaga. sepertinya ia satu petanda. ya, ia datang. terlebih dahulu, awal lagi dari apa yang ku coretkan baru-baru ini.
aku tidak tahu. sewaktu itu, belum terlintas lagi untuk ku memohon petunjuk dariNya akan perihal ku kini.
serasa ada benarnya juga kalam sahabatku itu. mungkin jua aku patut pergi. pergi dari kenyataan. berlalu tanpa menyertakan kata.
mugkin jua hidup dia ada jalannya, dan jalanku di arah yang berbeza. mungkin kami punya haluan yang sama, namun perhentian dan destinasi kami tidak sama.
lalu aku mengambil keputusan, aku sebulat hati merelakan pemergiannya. kini dia bebas dari belengguku. tidak lagi aku mempersoal perasaan dan perlakuannya. biarlah, semoga dia layak untuk insan yang dia suka.
selamat tinggal. bon voyage.
namun memori tetap ku simpan, buat panduan di masa hadapan. tidak ku berpaling untuk mencari, tetapi mencari silap yang pasti.
ya, tak mungkin juga dia berpaling. ah, biar sahaja dia berlalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment