12/16/12

liku noda

berbekalkan kafein aku meredah malam gelita ini. ya, aku dirundung sebuah manifestasi hidup yang aku cipta sendiri. menempuh fantasi yang direka untuk kepuasan minda dan diri, namun kecundang akhirnya kerana realiti milik Tuhan lebih ampuh menerjah kehidupan. alam maya ini takkan pernah menemui pengakhiran yang bahagia, kerana alam nyata terlebih dahulu menyapa sebelum mimpi sampai ke klimaksnya.

puas sudah aku merancang hidup yang tak mungkin menjadi nyata. mungkin aku perlu sedar, apa yang dikirimkannya melalui jalan cerita yang tiada cela ini patut aku jadikan iktibar. bekalan hidup sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. patut aku lupakan luka yang lahir dari azab sengsara mengimpikan cinta sang puteri yang mencari ilham dalam bait-bait kalam suci Yang Esa. patut juga aku buang segala memori dan kenangan yang lahir dari bibit mesra perhubungan maya.

tapi, Dia seperti memberi tanda agar aku patut terus berjuang mencapai apa yang aku kejar selama ini. aku tak tahu, kenapa pada dirinya masih ada sesuatu yang dia nampak dalam diri aku. sedangkan aku dah mencuba sedaya upaya agar dia lupakan aku. mungkin juga, ini semua angkara syaitan durjana. apakah dia sedar? dia menyukai insan lain, bukan? tapi?

entah, tapi. mungkin? aku keliru jua.


No comments:

Post a Comment