2/3/13

tragedi tahun baru

akhirnya, 2 minggu berlalu.

inilah dia sebenarnya akibat seorang anak yang melawan kata, mungkin. haha, puncanya aku masih mencari.

tanggal 19 januari, sesuatu berlaku. benarlah jua kata pepatah, 'malang tidak berbau'. masakan tidak, bau cat sahaja yang mengerumuni deria bau. segalanya berpunca dari kecuaian dan kelalaian. begitulah manusia yang seringkali terbabas dari landasan. dalam acuh tak acuh, segalanya terjadi.

pagi.

pagi itu aku membantu ibu bapaku mengecat dapur yang baru sahaja diubahsuai. segalanya hampir siap. kini tugas aku untuk mengecat. entah apa yang bermain di fikiran. semuanya mungkin gara-gara aku tak boleh bermain futsal semalamnya. mungkin juga kerana keratan akhbar Harakah yang menjadi pemisah dinding dan jubin. barangkali masa itu aku berfikir, bagaimanakah gamaknya kerajaan pakatan bakal memimpin negara suatu masa kelak. dan tanpa sedar, aku terjerumus ke dalam sebuah lubang yang menarik aku masuk kedalamnya. ahh  aku menjerit, seumpama ada daya yang menarik aku jauh kedalamnya. wah, dah macam fiksyen. namun sememangnya ada daya, graviti. graviti itulah yang menjerumuskan aku. sebenarnya lubang itu adalah lubang yang bakal memuatkan dapur gas yang baharu.

entah macam mana boleh terbabas. masakan tidak, lubang itu sepenuhnya ditutup dengan kertas guni simen tu. fuhh, layan tak layan, masa jatuh tu bagaikan aku terbang di awangan sambil disambut oleh bidadari. PAMM! sedar tak sedar, buntut sangkut pulak dekat situ. mak kau, sikit lagi aku nak pijak dapur baru tu. dahlah kaca.

pergi bilik air. ingatkan luka kecil. rupanya haa! ternganga baik punya!

mati-matian aku ingat sikit yang amat. sudah. terus bapak aku hidupkan enjin kereta. vroom pergi NCI Hospital.

lepas tu, sampai je terus masuk bilik rawatan. bapak aku pergi daftar semua bagai. hmm, terlentang aku atas katil. dekat sejam la juga. eh, lebih kot. hmm, campur x-ray apa semua. yelah, takut kan retak ke, kepala lutut hilang ke. dah nama luka betul-betul dekat bawah kepala lutut, cuma lemak je kot lebih sikit. tu tak sampai patella tu. fuhh fuhh.

tunggu punya tunggu, doktor datang. sembang sembang, doktor cakap jahit je kat situ. untungnya, aku tak payah nak masuk operesyen tieter sebab luka aku tak memerlukan pembedahan besar. tapi bila difikirkan, doktor cakap apa nak tahu? sikit lagi nak kena sendi! fuhh! berderau darah. takut je karier aku dalam bidang sukan akan terhenti begitu sahaja :'(

"ni sikit lagi nak kena sendi ni. kalau tak memang dah kena bius tidur," dengan muka selamba doktor tu cakap. Dr. Maidin nama dia.

ha, nampak tu nampak? heh. maka bermulalah adegan karingeri disini. bius mula disuntik. pehh! pedor rasanya. mula-mula tadi dah kena jugak suntik. suntikan kancing gigi dengan tahan sakit.

dah siap bius bagai, maka doktor pun memulakan upacara jahit menjahit. takut punya takut, sampai rasa kebas tu pun aku dah tak boleh beza. fulamak, cempiyen woo doktor ni! macam jahit baju je, siap boleh tanya aku nak ejas sikit isi, gunting-gunting bagai. CAPP CAPP dia gunting, macam kau orang potong daging. haa macam tu la!

dan dengan lejennya aku menyaksikan adegan seumpamanya dalam hidup aku. sikit sikit prosedur berjalan. lalu doktor pun memulakan upacara dengan memasukkan benang dalam jarum. mula-mula dijahitnya kapilari kecil yang pecah. memancut-mancut darah tu bila dikuis doktor. aku nampak sedikit demi sedikit darah yang terbazir. CRETT! jatuh ke lantai.

lepas tu dimulakan penjahitan unggul pada lutut suci ini. comel je bila melihat benang-benang yang bakal mengikat luka aku buat 2 minggu lamanya. dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah~

satu, dua, tiga, empat, lima...."eh jahitan ni kecik sangat,'' ZASS potong, lima, enam, tujuh..."err kecik jugak", ZASS potong lagi, tujuh, lapan. haa cukup dengan benang nilon warna biru.

maka tercantumlah luka ini secara fizikal dan luaran. dalam? belummmmm!

sebenarnya masa dia jahit tu, ada je kawasan yang tak berapa kena bius. ah, terasa jugak sedikit sebanyak kesakitan.

dan disini bermulalah kisah aku dan misi-misi hospital mahal (nasib baik ada insurans).

2 malam masuk wad. dan bosannya Tuhan saja yang tahu. tak berani aku nak tekan panggil misi teman aku tidur. auww!

entah. aku dah malas nak cerita. sebab part yang best masa dia jahit je. itu sebenarnya yang menjadikan ia suatu kenangan paling lejen dalam hidup aku, haha.

lepas tu balik.  kaki tak boleh bengkok. maka berjalanlah aku seperti si tempang kehilangan tongkat.

*****

1/2/2013. dah sampai masa dibuka jahitan.

dan keputusannya menakjubkan! saya bebas HIV!

oops maaf. salah main kaset.

dan keputusannya menakjubkan! luka aku pulih seperti yang dijangkakan. alhamdulillah!




dan setel! aku dah boleh menjalani kehidupan seperti biasa :)

dan apa yang berlaku pula esoknya? jeng jeng jeng~

No comments:

Post a Comment