2/8/13

tolong

assalamualaikum,

salam sejahtera sekali lagi buat awak. ya awak.

hmm. maaf kerana saya terlampau marah. ya, marah. jika kerana perkara yang lalu, tidak. yang lama sudah lama saya maafkan. tidak pula saya kisahkan. namun, semuanya tentang perkara kini.

ya, saya amat tidak faham akan awak. kenapa ya? kenapa awak selalu sangat dera hati saya ni? kenapa awak tak faham maksud pergi? kenapa awak masih disini membebani hati saya? ya, saya sedang lupakan awak, tapi saya masih tak mampu nak lupakan awak sepenuhnya. malah rasanya sedikit pun tidak. entahlah, seandainya awak rasa ini hanya sebuah karangan untuk membuat awak menoleh, maafkan saya. terpulanglah pada awak untuk meletakkan apa jua persepsi sekalipun.

ya, marah saya sebab kini. kenapa awak masih nak bagi saya harapan yang saya sendiri tak pernah tahu apakah ia akan menjadi nyata. kenapa? awak masih suka... oops maaf, pernahkah awak suka saya? maaf sekali lagi. biar saya betulkan. apakah awak telah mula sukakan saya? saya langsung tak mengerti apa yang bermain dalam lubuk hati ataupun benak fikiran awak.

entah kenapa awak cuba kembali membalas apa saja yang saya kaitkan tentang awak. tapi dalam masa yang sama, tidak pula awak cuba membela diri. kenapa awak sering berdolak dalih bila saya tanyakan dalam kalangan mereka, rakan-rakan awak? kenapa awak tidak mahu mengaku atas soalan yang saya ajukan? sekurang-kurangnya, biarlah antara kita menjadi rahsia itu.

namun, awak terus membisu tanpa kata, meninggalkan saya dengan sebuah tanda tanya. sedangkan dari dulu lagi saya mencari punca, tetapi awak masih gagal dalam memberi jawapan yang kukuh dan utuh. mengapa? sedangkan saya hanya minta satu sahaja jawapan kini. mungkin sekali awak telah memberi jawapan dahulu, dan saya akur. tapi kini?

tolonglah. berikanlah sebuah jawapan yang pasti. jangan buat saya merintih. tidak pula saya mahu terus mengemis cinta manusia. tidak juga saya ingin berdagang kata menagih cinta. tolonglah. jauhkanlah diri dari saya sekiranya dia yang awak pilih. tolonglah. tolonglah.

saya dah cukup minta sedikit ruang dari hati awak, dan saya dah penat, sebab awak sendiri mematikan harapan itu, dan kini awak ingin hidupkan kembali. tolonglah, saya minta dengan cara baik. saya pun tak mahu memarahi sesiapa, lagi-lagi orang yang saya sayang.

tolonglah, buatlah satu pilihan yang pasti. janganlah dalam satu masa awak menginginkan dua jejaka dalam hidup awak. dan maaf sekali lagi kerana merasakan bahawa saya seorang yang sepadan untuk awak. dan maaf juga kerana merasakan saya seorang yang istimewa buat awak.

dan jangan juga awak menyatakan yang saya ini istimewa, tetapi hanya sebagai rakan. jangan.

tolonglah. pergilah padanya sekiranya benar awak suka, sayang, cintakan dia. lupakanlah, dan jangan beri saya sedikit pun peluang untuk mendekati awak, sungguhpun meminta bantuan.

ya atau tidak.
itu sahaja.

tolonglah. moga awak tahu akan ini.

No comments:

Post a Comment