1/25/13

maut

alhamdulillah. bernafas lagi aku hari ini. bernafas untuk terus berbakti. bernafas untuk terus menabur budi. biarlah aku coretkan dahulu segalanya sebelum peringatan ini menjauh dari aku  yang lalai.

sebentar tadi, baru sahaja aku membaca sebuah catatan. catatan seorang ibu akan tentang perjalanan anaknya yang tercinta menghadap Ilahi.

sesungguhnya, kuasa ALLAH itu amatlah besar. Dialah Al-Muhyii, Dialah Al-Mumiit. Dialah yang berkehendak dalam apa jua tindakan. berhak keatasNya memuliakan dan menghinakan manusia itu.

begitu indahnya perjalanan arwah Siti Hajar bt Ahmad Sabir meninggalkan dunia yang fana ini. bagaimana ALLAH ingin memperlihatkan mulianya insan yang diangkat darjatnya.

sungguhpun aku langsung tidak mengenalinya, warkah ibundanya ini sudah mampu menzahirkan getar dalam jiwa, membawa aku menilai diri dari semasa ke semasa. lalai, alpa. penuh dosa.

ya ALLAH, ampunkanlah aku. aku tahu, sifatku yang pelupa ini, bahkan sifat manusia itu sendiri yang sering alpa dan lalai. hadirkanlah peringatan buatku selalu. teguhkanlah imanku padaMu. sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkaulah jua Maha Pengampun dan Maha Berkehendak.

alFatihah.

http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html?m=1

No comments:

Post a Comment