1/10/13

beza

seminit sebelum pukul tiga. hanya aku yang masih belum melelapkan mata.

tak tahu kenapa aku membuang masa tanpa memanfaatkan masa rehat yang dikurnia ALLAH sebaiknya. hmm. apakah kerana aku masih berpegang pada falsafah "malam masih muda"? sekadar membuang masa, melepak di laman, menghirup udara didalam rumah. apakah? zzz

terfikir sejenak. kenapa orang yang suka menulis dalam bahasa inggeris ni macam agak dipandang? tak tahu. duh, terasa bodoh sebentar. aku tak tahu apa motif aku dengan melawat blognya. apa yang aku cari sebenarnya? tentang aku? tak. aku tahu dia tak mungkin begitu. dalam hal ni, mungkin aku mengaku salah walaupun aku tak tahu dan mengerti dengan jelas kesilapanku. tak, aku tak mahu apa jawapan atau pandangan dia terhadap aku, perbuatan aku. cuma aku nak tengok, apa isinya. apa yang menceritakan dan menerangkan kehidupannya.

aku tak tahu. aku cuma sempat menjeling sebelum aku menekan butang pangkah. sedikit sebanyak, aku cuma dapat membaca sekilas pandang. entah, apa yang dia tulis sebenarnya? tak faham, dan aku malas untuk memahami. sebab... hmm, aku hilang dalam kata.

ya, sebenarnya aku memang tidak suka akan kekalahan. siapa suka sedangkan kau telah berusaha sedaya upaya untuk menang, lalu semudah itu sahaja kemenangan berpihak kepada musuh ketat kita, musuh tradisi. sepertimana City menang BPL dari United. aku sendiri tak dapat menafsir apa yang kurang dalam diri aku yang ada pada dirinya. kalau nak cakap matang, jangan cakap dengan aku. mungkin perlakuan aku seharian tak memungkinkan manusia yang memandang untuk menyatakan apa yang sebenarnya berselindung disebalik  perwatakan yang bersahaja. ramai yang memandang manusia sebegini hidup tanpa arah tujuan. jangan. jangan pernah sekali menilai dari apa yang anda lihat sebelum anda betul-betul dan benar mengenali seseorang.

selalu aku berharap, jemari yang menaip ini tidak akan membawa imej hipokrit. kadang aku takut, ini sekadar kata sahaja, walhal aku ini memang benar sepertimana yang digambarkan kalian. aku tak tahu. manusia itu rambutnya sama hitam, hatinya lain lain. aku cuma mahu menjadi diri aku sendiri, tidak mahu aku dibayangi nama orang lain. biar aku punya watakku sendiri, walaupun kecil dan tiada yang memandang.

serius, jangan. jangan pernah perkecilkan orang lain. jangan terlalu awal menilai tanpa risikan terlebih dahulu.

jangan mudah percayakan aku andai kita belum pasti saling percaya.

sebenarnya aku tak pernah cukup untuk berkata kata. seandainya minda ku ini sebuah bekas, akan terus ku curahkan semuanya ke dalam blog ini. namun, sepertinya ia bagaikan keladak yang mendap di dasar perigi.

sumpah aku nak mencarut sebenarnya. sumpah.

No comments:

Post a Comment