4/12/12

How To Get Rid Of Jealousy?

haha.tak sangka lama blog tak diupdate.iyalah, bukan untuk bacaan sesiapa pun.sekadar untuk diri sendiri meluahkan perasaan.haha.tapi aku terasa bodoh untuk melahirkan perasaan cemburu.bayangkan, seorang gadis yang langsung tidak punya hubungan dengan kita terperangkap dalam bayangan perasaan kita.kadangkala dari jauh hanya dapat kita menggamit pandangan.biasalah, dengan lambakan media sosial sekarang, tidak mustahil untuk mudah berasa demikian.sememangnya tidak diminta untuk menzahirkan rasa ketika itu tapi, bila makan cili, tahulah anda bagaimana terasa.dan pedasnya mestilah ingin anda hilangkan bukan? ya. pedasnya cili tidaklah semudah untuk pergi, kerana sepuluh teguk air berais sekalipun hanya dapat menghilangkan pedas sekadar di pinggiran. dan entri ini saja ditulis kerana perasaan cemburu.haha.sekali lagi bodohnya terasa.dan sememangnya andai diketahui perkataan bodoh ini diungkap, perasaan bersalah akan timbul dalam dirinya.haha.tapi tak mustahil memang aku ini bodoh.kerana mudah jatuh cinta.tapi apakah ini cinta?  entahlah.ALLAH yang tahu kerana perasaan ini ciptaanNya.aku hendak mentafsir sendiri pun takut terluka hati.sungguh semenjak dua menjak hatiku mudah tersentuh.bodoh katakan.muka rock tapi hati sentimental (tapi sememangnya andai dilihat dari zaman ke zaman mat rock sekalian pasti mencipta satu atau dua, malah lebih lagu jiwang).haha, biarlah.aku ini bukanlah sebaik mana disangka manusia lainnya.memang banyak kekurangan.kerana aku insan biasa.punya juga perasaan.bukan tidak ingin menjaga yang lainnya.kerana perasaan diri ini juga aku palitkan pada mereka yang lain.lalu perasaan itu mereka sangkakan lumpur, lalu dianggap kotoran yang menjelikkan, serta dilakukan seperti najis (sekadar hiperbola. maaf andai terasa secara overdose).biarlah.hidupnya adalah hidupnya.jadi apa hak aku untuk bersuara.dia punya ramai teman.untunglah :) tidak mengapa.janji dirinya bahagia.kerana saya bukan sesiapa.lagi-lagi untuk mengharap cinta manusia.kerana saya hambaNya.mungkin cintaNya sahaja yang bakal menemani hingga keakhirnya.

p/s : sorry

3 comments:

  1. jgn dok jeles sgt..
    kalau ada jodoh x kmana..

    ReplyDelete
  2. kecikbeso mata aku membacenye. haha. sampaikan sorry mu itu. =p

    ReplyDelete