4/15/12

dan sekembalinya ke sana

nampaknya seminggu telah berlalu. hari ini sudah hari ahad (12.58 pg) dan pastinya pada petang atau malamnya, kaki ini akan kembali menjejak ke pusat keilmuan yang akan menjulang aku sebagai seorang pemegang sarjana muda (andai kesampaian, inSyaALLAH). dan dengan kepala yang kosong tanpa mengulangkaji walau sedikitpun, serta test yang akan dibuat (2 pulak tu, memang maut stadi malam itu) keesokan harinya, memang menduga akal seorang mahasiswa yang masih mengatur langkah dalam menjadi seorang insan yang sempurna.

esok juga aku bakal bertemu sekalian rakan yang aku tinggalkan. mestinya banyak cerita. aku? tiada apa untuk dibawa pulang sebagai ole-ole, kerana kediamanku hanyalah 10 kilometer dari USIM =.=" ( dah tak boleh nak jauh, memang dapat situ, syukurlah :P). andai dikira hanya sekali aku pergi agak jauh, iaitu ke matrikulasi (KMJ).

dan esok juga pastinya (entah iya atau tidak) akan bertemu dengan seseorang (yang aku rasa pastinya marah, lebih lagi akan hal semalam, tapi mungkin blog ini tidak disinggahnya, abaikan). ya, hanya teman biasa. apa lagi hendak dikata. senyap sahaja, habis cerita. lagipun video (yang bakal memenangi Oscar andai ditayang di Amerika) belum siap lagi. dan dia bakal berlakon dengan diri ini. sememmangnya perlu untuk mewujudkan suasana harmoni andai 'chemistry' itu hendak diwujudkan.

entahlah, abaikan. esok juga yang menentukan. berdoa andai takdirku esok adalah baik untuk diriku dan dirinya.

"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).

No comments:

Post a Comment