12/24/11

satu semester berlalu

alhamdulillah.

nampaknya minggu kuliah semester satu telahpun tamat dengan jayanya. kini hanya tinggal secebis masa untuk mempersiap siagakan minda dan diri bagi menempuh sebuah lagi peperangan. peperangan di jalan menuju syurga. peperiksaan akhir semester :) nampaknya mimpi ngeri bagi tiap pelajar sarjana muda si malaysia telah tiba. kini, lebih ramai yang akan bersengkang mata demi menambah ilmu di dada. apakah segala ilmu itu hanya untuk dicurahkan ke atas sehelai kertas ataupun untuk diluahkan dalam kehidupan seharian kita selepas itu? sememangnya segala ilmu yang dituntut adalah untuk menjadi pedoman diri, tidak kira sama ada dalam kehidupan seharian mahupun ketika mencari rezeki untuk menampung perjalanan hidup hingga ke nafas yang terakhir.

mungkin ada yang mengambil masa ini untuk meluangkan masa bersama keluarga serta memohon restu agar terpelihara dalam perjalanan menuju kejayaan. insyaALLAH, bagi yang berjalan jauh, moga ALLAH melindungi kalian, agar segala beban di dada terlepas semuanya. agar tidak terasa sesuatu yang belum terlaksana. bagi yang dekat pula, jagalah keselamatan anda agar usaha anda menuntut ilmu selama ini berbaloi.

sekian sahaja sampai disini, harapnya ALLAH senantiasa bersama kita :)

No comments:

Post a Comment